Wednesday, June 13, 2012

13 JUN


Alhamdulillah syukur kepada Allah Taala sebab hari ini saya telah dapat bergraduasi. Saya sekarang adalah graduan universiti Yarmouk. Haflah khirij ataupun sambutan hari graduasi sebentar tadi diadakan di gym Kholid al-Walid. Tak sangka ramai orang datang. Tapi yang ramai datang tu keluarga-keluarga orang arab. Saya tiada siapa-siapa disini. Sangat berharap ada ibubapa disisi semasa berkonvo dan mereka melihat apabila naik ke pentas. Pastilah mereka tidak dapat datang kerana mereka di Malaysia. Tidak mengapalah. Dapat bercakap dengan ibu sekejap semasa sebelum konvo dan selepas konvo tadi pun sudah rasa lega walaupun ibu nampak macam sibuk je. Konvo di Jordan ini hanyalah bertemankan kawan-kawan, berseronok bersama mereka. Beruntung juga belajar di Jordan ini kerana ramai orang melayu. Jadi, tidaklah sedih sangat berkonvo tanpa keluarga.

Seseorang menelefon saya semasa sedang berada di tempat duduk graduasi. Disebabkan ramai sangat orang masa itu, saya tidak dapat mencari dimana dia. Seringkali juga melihar kiri dan kanan, semasa mengambil shahadah pun saya turut memandang kearah penonton, namun tidak nampak juga. Susahnya kalau pakai fon mahal-mahal, tapi kredit tiada. Nasib baik masa last-last baru nampak. Tenang sikit hati ini.

Peliknya majlis konvo di Yarmouk ni, sebab sekejap sangat. ada satu ucapan pelajar lepas itu ambil shahadah, kemudian nyanyi, dan tamat. Orang arab pun meloncat-loncat. Seronoknya konvo di Malaysia. Ada keluarga, makan-makan, ada orang bagi hadiah, tempat pun besar, cantik, banyak jualan, pameran, ada anugerah-anugerah khas, ada persembahan dan macam-macam lagi. Rasanya Yarmouk kena buat perubahan lah sikit. Supaya nampak lebih menarik dan bermakna untuk graduan-graduan semua khususnya graduan Malaysia. Hehe.

"Okey, semua angkat bunga ea". Kata jurukamera.

"Emmmmm :( semua dapat bunga, nape aku tak dapat, sedihnya :(....takde mood la macam ni. Malunyeeee....lantaklah...".

Kenapa la manusia ni suka bunga hidup tu, nanti layu juga kan. Nampak macam bazir je. Mungkin kebiasaannya macam tu kot. Biarlah tak dapat bunga pun, janji saya sudah khirij. Tapi balik tadi ada kawan bagi bunga hidup tu kat rumah, tapi bagi kat rumah macam sudah tiada erti je lagi. Ambil jela orang sudah beri. Masih segar lagi bunga tu sebab letak dalam air. Cantik. Cuma bunga ni tak wangi je, kenapa ek?

Rasa sikit sangat kenangan berkonvo ni. Ruginya. Mungkin sebab kami semua tidak dapat grad bersama. Papepun terima kasih sebab dapat datang juga.

Alamak lupa pulak, nak ucap terima kasih kepada semua yang telah mengajar saya daripada sekolah rendah sampailah sekarang. Saya ingat lagi masa sekolah rendah dulu ada seorang cikgu perempuan ni, baik sangat, sangat baik. Dia bagi sebuah buku sebab saya dapat tinggi subjek dia. Banyak kenangan di sekolah rendah dulu, lepas tu rasa lama sangat bila sekolah rendah tu, mungkin sebab letih sikit sekolah rendah ni, kena bawa buku banyak, jadual belajar pun padat, sekolah jauh, kena naik basikal. Dulu pernah kena lempang sampai tersungkur, tapi ustaz tu baik sangat juga. Terima kasih sebab banyak bagi pengajaran pada saya.

Masa sekolah menengah, lagi seronok. Tapi mula-mula masuk tu takut juga kena buli, dah la kecik saya ni, memang kena buli la. kadang-kadang nangis juga, tingkatan satu biasalah kan. Haha. Hilang tuala pun sedih. Kena lempang dengan abang senior lagi lah sedih. Paling banyak kenangan dengan ustaz Din, sebab dia ni warden sekolah. Macam-macam dia buat kat kami. Salah ni kena denda, salah tu kena denda. Jadi macam-macam lah dia kena pikir tentang pelajar. Kesian dia. Sabar lah ustaz. Bila dah habis sekolah haritu, kami datang lah melawat ustaz ni, tak sangka baiknye ustaz ni, tak macam biasa. Beliau kata, tak boleh sama layanan orang dah habis sekolah dengan yang masih sekolah. Betul cakap ustaz tu. Terima kasih ustaz-ustaz, ustazah-ustazah, cikgu-cikgu SMA Chenor sebab dah mengajar dulu. Rindu dekat kamu semua.

Lepas tu masuk tingkatan 6 di Kuliah Pekan. Seronok juga sebab boleh jalan-jalan tengok istana, tengok padang golf, pusing padang polo, jalan-jalan dekat bandar pekan, kadang-kadang tengok kerabat raja main polo. Pertama kali main golf kat pekan. Dapatlah merasa pegang kayu golf. Orang kata, orang kaya je boleh main golf, alhamdulillah orang miskin pun boleh je main. Jangan nak tipu la. Teringat dekat ustaz-ustaz kat kuliah yang kelakar-kelakar. Saya rasa ustaz Syukur lah yang selalu buat lawak dan saya masih ingat lagi lawak tu. Hehe. Kelas asing dengan akhowat, ramai yang tak puas hati, rupanya seronok je kelas asing ni, dapat tidur dalam kelas. Haha.

Setengah tahun je masuk kuliah, lepas tu pergi IKIP. Sebab kalau tak masuk ikip, macam mana nak pergi luar negara. Selalu fikir macam tu dulu. Sebab saya tak nampak lagi cara-cara nak pergi luar negara ni macam mana. So masuk jela ikip. Melalui ikip la akhirnya saya dapat menghabiskan Ijazah ni. Terima kasih IKIP.

Yang paling penting terima kasih Doktor-doktor jamiah Yamouk.....Sayang kamu semua...Jasa kamu tak akan dilupakan..

No comments:

Post a Comment

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan