Tuesday, June 19, 2012

ADUN Chenor Meninggal Dunia


IRBID, JORDAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh, meninggal dunia pada pukul 8.55 pagi Selasa.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda negeri itu dimasukkan ke Hoshas pada 8 Jun lalu selepas mengalami cirit-birit dan kehilangan banyak darah akibat keracunan makanan.

Bagaimanapun, ADUN itu ditempatkan di ICU hospital berkenaan kerana mengalami komplikasi jantung dan tekanan darah rendah.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Nooraihan Mohamad dan dua orang anak.

Anak jati Chenor itu merupakan Ketua Umno Bahagian Maran dan telah lima penggal menjadi anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Chenor.

Beliau juga pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Besar Pahang sebelum ini.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan petang ini di Tanah Perkuburan Islam Chenor.

Saya wakil rakyat Chenor mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Pemergian beliau pasti dirasai oleh seluruh rakyat Chenor kerana beliau telah banyak menabur bakti dan jasa di Chenor.

No comments:

Post a Comment

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan