Friday, February 5, 2016

Selamat Hari Jadi Diri Sendiri

 
Tiba-tiba rasa ingin menulis pada hari kelahiranku kali ini. Walaupun dah berlalu beberapa hari. Sudah genap 25 tahun aku berada dalam dunia ini. Rasa semakin tua. Semestinya mengingatkan aku kepada kematian. Cukupkah amalan aku. Semoga Allah selalu merahmatiku dan memberi keberkatan kepada umurku dan rezeki yang dikurniakan kepadaku. Firman Allah Taala dalam surah al-Jumu'ah:
Katakanlah, Sesungguhnya kematian yang kalian lari darinya, sesungguhnya kematian itu akan menemui kalian, kemudian kalian akan dikembalikan kepada Allah, Yang mengetahui keghaiban dan yang nyata. Lalu Ia akan beritakan kepada kalian apa yang kalian telah kerjakan. [Al-Jumu’ah/62: 8].
Insaf...
Sudah dua kali juga aku menyambut ulang tahun kelahiranku bersama isteri tercinta. Tahun lepas isteriku meraikan hari kelahiranku dengan belanja makan di equestrian resort (ada restoran yang boleh tahan juga sedapnya). Tahun ini isteriku memberi kejutan dengan memberikan hadiah kasut yang agak mahal padaku. Tak sanggup nak beli kalau ikutkan hati. Kasut crog. Harga lebih kurang tiga ratus lebih. Ishhhh3. Terima kasih isteriku.
Masa hari kelahiran isteriku dulu, aku hanya belikan die kek biasa dan hadiah botol air Tupperware je. Hehe. Sorry sayang. Semoga kita menjadi keluarga yang diberikan bahagia dunia dan akhirat. aminnn..

Thursday, February 4, 2016

2016 Pasti Mencabar


Kian cepat masa berlalu. Kini telah memasuki tahun 2016 yang mana berbagai persepsi telah dimainkan di media massa terutama di laman-laman sosial. Topik paling hangat adalah berkaitan kos sara hidup. Rata-rata insan yang ditemui akan bercerita mengenainya. Gaji baru seminggu masuk tapi telah habis dikeluarkan minggu berikutnya. Berbagai bayaran perlu dilunaskan. Pasti dan sangat pasti memeningkan kepala. Tidak mengira umur dan berapa gaji mereka. Semuanya akan merungut. Salah siapa. Diri sendiri yang tidak pandai mengurus harta atau salah kerajaan yang tidak mampu mengawal keadaan ekonomi. Atau salah majikan yang tidak menaikkan gaji setara dengan kenaikan kos sara hidup. Penulis pun pening kepala memikirkan masalah ini sehingga membiarkan masa yang menentukan. Usaha perlu diteruskan. Lebihkan berdoa dan mengadu kepada Allah supaya diberkati rezeki yang dikurniakan ini. Selebihnya tawakal jualah kepada Pencipta. Renungilah ayat al-Quran dan Hadis berikut:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” Surah at-Thalaq : ayat 3
Zubair bin Awwam radiallahu anhu berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya, jika seseorang di antara kamu membawa tali-talinya dan pergi ke bukit untuk mencari kayu api yang dipikul di belakangnya untuk dijual sehingga dia mampu memenuhi keperluannya, adalah lebih baik daripada meminta-minta kepada orang lain, baik mereka memberi atau tidak [HR al-Bukhari: 1471].
Ayuh sahabat-sahabat sekalian untuk kita terus berusaha mengharungi cabaran 2016 ini.

Monday, August 19, 2013

Tangisan Umat Islam

umat islam di mesir, syria, palestin sedang menangis apabila yang memerangi mereka adalah umat islam itu sendiri. mengapa umat islam begitu lemah sehingga sanggup mengikut dan menjadi hamba kepada orang bukan islam sehingga sanggup memerangi rakyat sendiri. semoga Allah membantu umat islam yang dizalimi ini. apa yang mampu kami lakukan apabila melihat saudara kami dibunuh di kejauhan sana. kami hanya mampu berdoa semoga umat islam yang benar itu diberikan kemenangan dan dihapuskan golongan yang munafik.

wahai kawan2 marilah kita sama-sama berdoa semoga umat islam terus dihormati darah mereka. berdoa semoga sifat kemanusiaan itu wujud dalam diri setiap manusia. agar sikap suka menumpahkan darah dan melakukan kezaliman itu dihindarkan.

Wednesday, August 14, 2013

KERJA BARU AKU

sekarang aku bekerja sebagai executive shariah di MAA takaful. alahmdulillah akhirnya dapat jgak aku bekerja di institusi kewangan Islam. walaupun aku agak lambat jugak untuk mendapatkan kerja tapi akhirnya dapat jugak peluang menceburi bidang ini.

aku memulakan kerjaya ini di awal bulan 8. termasuk hari ni baru 6 hari aku bekerja. memang tak ade kerja lagi yang dapat aku buat. cuma biasa kan diri dengan suasana kerja je dulu. mybe hari ini akan dapat kerja daripada bos unit aku. harap kerja nya mudah saja.

okeyla, aku nak kerja dulu la.



Thursday, June 6, 2013

KISAH AKU


alhamdulillah tidak sangat menyangka sudah 5 bulan bekerja sebagai research assistant. apa yang paling seronoknyakerja ni sangat sempoi. 2 bulan aku bekerja tanpa doktor, masa tu doktor pergi madinah. korang faham-faham la kan kalau bos tak ada. memang tak ada kerja dan sangat-sangat bosan. bila bos da balik pon tak ada kerja juga, bertambah lagi bosan. tambah lagi kawan RA ni tak datang ofice. aku sorang-sorang jela duduk kat ofice ni. sangat-sangat mengantuk. tak kan nak makan gaji buta je kan. huhu. tapi jangan ingat tak ada kerja langsung. aku kerja tolong-tolong sapa yang memerlukan bantuan aku. lagipun aku ni da sain kontrak dengan um. jadi kena lah berkhidmat untuk jabatan aku ni, jabatan syariah pengurusan.

aku pun tak faham kenapa aku tak ada kerja. agak-agaknya nanti macam ni la kot kalau kerja kerajaan. kerja tak banyak. pastu bosan. jenis aku ni memang suka kalau ada kerja daripada tak ada kerja. bosan sangat kalau tak ada kerja. baru-baru ni dapat la merasa jadi vip kat jabatan aku ni. bergambar ngan student setiap batch. makan dengan pensyarah. fuhhhh...memang tak sangka aku dapat kerja kat sini walaupun tak lama kan. masih berbaki 6 bulan kontrak. lama lagi tu.

dalam masa yang sama aku masih mencari-cari peluang kerja di luar sana. aku pun tak faham kenapa susah sangat nak dapat kerja. aku rasa da nak dekat 10 kali aku pergi interview. memang mencabar betul nak cari kerja sekarang ni. lebih-lebih lagi kerja yang kita suka dan dalam bidang kita. memang harapan la. tak apa, aku akan terus berusaha untuk mendapatkan kerja yang terbaik demi masa depan aku dan keluarga aku yang bakal aku bina. haha. doakan. minggu depan pun ada satu interview. minggu lepas tak pergi interview sebab aku nak balik kampung. haha. harap interview minggu depan menyebelahi nasib aku ni. hehe.nasib baik kerja kat um ni tak payah nak mintak cuti sangat kalau nak pergi interview. memang best.

2 hari lepas sangata terkejut bila ada sorang kawan aku ni dah bertunang. memang terkejut. nak nak dia bertunang dengan sahabat sama-sama master. fulamak. hebat la dia. baru kenal da dapat. nasib baik umur dia dah 26. aku pun nak berusaha kearah itu juga. hehe. sedang mengumpul modal sedikit-sedikit untuk kearah itu. semoga Allah permudahkan.

cerita pasal master aku ni pulak, ramai dah asyik menyoal bila nak habis master. padahal baru sem 2 kot. aissssshhh. tak tau la bila nak siap. tu jela jawapan jujur aku ni. aku pasti akan siapkan. cuma tak tau la bila siap kan. hehe. baru lulus tajuk je. proposal pon belum siap lagi. sedang dalam proses membaca lagi. bahan da la bahasa inggeris, memang lambat la aku ni membacanya. korang semua doakan la aku siap cepat.

lupanak bagitau aku dah beli motor baru. da tak tumpang orang lagi. beli cash tau guna duit sendiri. tak minta kat mak atau ayah. lepas ni nak beli kereta pulak. hehehe. sebab aku dah ada lesen motor dengan kereta. hehe. memang tak sangka lulus terus haritu. tak ada ulang-ulang ujian. terbaikkk...padahal lupa pakai seatbelt. nasib baik jpj tu tido. haha. alhamdulillah lulus dengan cemerlang walaupun 3 kali enjin mati. hahaha. terbaikk la.

Tuesday, January 15, 2013

Syukur dan Terus Bersyukur


Alhamdulillah selesai sahaja exam subjek-subjek master di UM. Alhamdulillah juga dapat bekerja sebagai research assistant kepada dr Kamaruzzaman. memang sangat tidak sangka dapat bekerja walaupun hanya sementara tapi dapat melihat suasana dunia akademik. dapat bergaul dengan para ilmuan di um ni. dapat menambahkan ilmu apabila sering bersama para doktor.

sekarang sedang menunggu dr yang sibuk dengan viva. terpaksalah tunggu diluar office dr. memang bosan kalau tiada kerja yang hendak dibuat. semalam memang penat sikit menyiapkan dokumen attenden yang banyak perlu ditukar tarikh dan sebagainya. hari ni da setel semua tu, jadi da tak tahu nak buat apa. kena tunggu dr bagi arahan seterusnya la. sekarang dr kata kerja belum banyak lagi sebab dr belum start research lagi. nanti kalau dah start tak tahu lah kan macam mana sibuknya.

sahaja selesai buat kerja sedikit tadi iaitu masukkan nama pelajar dengan markahnya. sekarang sudah boring semula. harap semangat bekerja ini terus ada dalam diri ini supaya kau tak makan hasil yang tak berkat. insyaAllah.

bersama islah iaitu sahabat daripada aceh. macam muka pelakon sinetron kan.
kawan-kawan indonesia rata-rata akan pulang ke negara mereka. mereka tak dapat dinafikan sangat peramah dan baik, seronok kawan dengan mereka. lebih-lebih lagi mereka daripada aceh. walaupun mereka telah berumur tetapi perangai mereka yang boleh masuk dengan orang muda seperti aku ini sangat menyeronokkan. insyaAllah kalau ada peluang mahu terbang ke aceh untuk berjumpa kawan-kawan disana.

perut sudah sangat lapar, menunggu hazim menyiapkan form kerja nya. cepat la sikit. perut dah lapar sangat ni. tadi dr tanya, dah sarapan ke belum, sebab waktu sudah hampir tengah hari kan. lepas tu aku jawab makan tengah hari terus. saving betul kata dr. biasalah kan hidup membujang dan kerja biasa-biasa ini perlukan saving. kalau tak memang tak terbayar la sewa rumah dengan internet bagai tu. banyak ongkos nya.

k nak pergi makan dululah. bye2.

Tuesday, January 8, 2013

Musim Exam


sekarang rata-rata pelajar universiti sedang menghadapi peperiksaan. akan terpaparlah di dinding fb dan twitter post-post mengenai ragam mereka yang sedang tension dengan peperiksaan. lumrah dah exam ni di malaysia. sejak sekian lamanya sudah bergelumang dengan exam. sejak daripada pra sekolah lagi dah ada exam. tapi kenapa masih lagi takut dengan exam kan? aku yang sekarang sudah mengambil master pun masih lagi ada exam. bayangkan sudah berapa exam yang aku lalui sejak pra sekolah? tak terkira kalau nak kira. tapi seronoknya master ni exam sikit sahaja. sem ni aku mengambil 4 subjek. dan ada 3 subjek yang perlu diambil exam. tahap master ni memang malas kalau bab-bab exam ni. biasela dah jemu dengan perkataan exam ni. tapi apakan daya exam tetap perlu diambil, kalau tak, tak dapatlah status master tu nanti.

setakat ni baru lepas satu paper iaitu subjek 'pengajian syariah lanjutan'. ape yang seronoknya ialah banyak pensyarah yang ajar subjek ni. mybe dalam 10 orang yang ajar rasanya. jadi banyak pemikiran yang student dapat dari semua pensyarah ni. jadi kita dapat nilai pemikiran-pemikiran tersebut dan gabungkan ia menjadi satu pemikiran yang natural. penting tau mempunyai pemikiran yang natural ni iaitu menerima pendapat orang lain dengan dada yang lapang. maksudnya tak adalah nak mengutuk, mencaci, perlekehkan pendapat pensyarah-pensyarah tersebut. dulu masa aku sekolah menengah ada sorang ustaz ni kata profesor-profesor universiti ni mengajar tak sedap, cakap tak ada lawak tapi sebenarnya pendapat tu salah. kebanyakan pensyarah yang ajar kat universiti malaya ni memang best. kelakar mereka semuanya ada isi. cara mereka ajar memang senang nak faham. tapi bila pensyarah suruh student terang semula susah jgak nak terang macam mereka terangkan. kalau tak percaya jom la belajar kat universiti malaya. yang paling best yuran pun murah. dan paling penting jugak belajar semua dalam bahasa melayu. ada arab dan bi tu sikit-sikit je.

berbaki lagi 2 exam. exam kat um ni semuanya esei. kat jordan dulu mana biase buat esei pnjang-pangjang ni. jadi memang aku jawab tak berapa panjang la. tengok orang lain jawab mengalahkan tulis tesis da. takut takut markah rendah. huhu. 

alhamdulillah semalam buka mybrain then dapat tawaran biasiswa. maknanya permohonan dah diluluskan walaupun isi borang online haritu cincai je. haha. tapi da 7 hari berlalu surat tawaran tu. hanya tinggal 7 hari sahaja lagi. OMG. sempat ke tak nak siapkan ni. da la tengah musim exam ni. banyak la pulak kpt ni mintak isi tu ngan isi ni. aishhhh... macam mane ni wei??insyaAllah sempat. harap-harapnya. masa-masa ni lah kewangan macam ape ntah. satu sen pon tak ada. terpakse la telefon mama tercinta tadi mintak duit. huhu. sadis sadis. malu pun ada. tapi terpaksa la kan. tu je cara terakhir yang aku ada. sory mama sebab selalu susahkan mama. nanti adan da kerje adan bantu ma pula ea.

sebenarnya biasa la kan anak berumur 22 tahun ni mintak duit family lg. hehe. yang penting kena belajar betul-betul pastu tak guna duit tu untuk benda bukan-bukan. untuk pengetahuan semua, aku ngan kawan aku selalu makan kat rumah je. kami masak kat rumah. tapi masakan bujang jela.

harap-harapnya duit dermasiswa, duit claim tiket flight cepat-cepat la dapat. aku da tak mampu duduk kat kl ni tanpa duit. kalau duduk kampung tak ada duit satu sen pun aku tak kisah sebab setiap hari ada makan free. haha. tapi duduk bandar ni nak bayar sewa, internet, transpot dan bagai-bagai lagi yang memang memeningkan kepala aku untuk belajar dengan tenang. doakan aku berjaya dalam master ni. dapat biasiswa nanti aku boleh cepat-cepat habiskan master ni dengan tenang sekali. insyaAllah.

Sunday, January 6, 2013

POLITIK MEMBOSANKAN


tahun baru 2013 pastinya ditunggu oleh ramai pihak. akhirnya 2013 muncul dengan kisah-kisah politik yang semakin hangat, maklumlah pilihanraya yang semakin hampir. banyak kisah mula disiarkan bagi meraih perhatian dalam undian. jentera-jentera politik telah mula sibuk mencari ahli-ahli lama dan juga baru. paling yang menyampah apabila ada yang asyik nak mintak fotostat ic, macam la tak tahu dia nak masukkan nama dalam parti dia.

jujurnya aku masih belum berminat untuk daftar mana-mana parti memandangkan aku masih belajar. biarlah rahsia aku undi yang mana satu nanti. yang penting kerajaan itu menjaga "maqasid syariah" hehe. yang penting juga aku dah daftar mengundi. excited sebab kali pertama nak mengundi ni nanti. akhir-akhir ini juga nampaknya banyak isu-isu yang telah dimainkan oleh parti politik sampai tak tahu nak percaya yang mana. biarlah percaya dalam hati sahaja, takut diluahkan nanti boleh jadi fitnah pulak, kemudian diikut oleh orang, dah kita yang bertanggungjawab.

nampaknya mahasiswa turut serta dalam membahas isu-isu umno pas dan sebagainyanya ni. aku tak tahu lah dimana sumbangan mereka apabila mereka asyik bertekak sambil berperli-perli ni. tak tahu dimana kesudahannya. atau mungkin aku sahaja yang tak tahu, minta maaf sebab tak ambil tahu walaupun tahu la juga sikit-sikit. alhamdulillah kalau mereka bertekak sambil menyumbang. tapi kurang-kurangkanlah perli-perli sesama islam ni. nampak tak manis.

aku jamin lepas habis pilihanraya nanti semua isu-isu akan sunyi sahaja. masing-masing akan mula sibuk belajar semula. kalaulah berterusan kan okey tu. kadang-kadang aku fikir nampak bagus juga banyak isu ni, banyak juga program yang dapat dijalankan untuk membahas isu-isu tersebut. minda pun semakin berkembang dan terbuka.

aku perhatikan pensyarah-pensyarah universiti terutamanya malaya ni tak ada lah sesibuk mana dalam membahas isu politik ni nak dibandingkan dengan mahasiswa ni semua. kenapa ye? kita lagi hebat ke? hehe. biasalah darah muda memang macam ni, da tua nanti kami senyap la.

bagi aku paling bagus kita jadilah natural, tak terlalu ekstrim dalam memihak parti. bila da ekstrim ni, yang jahat pon boleh nampak bagus, yang bagus lagilah nampak bagusnya. tapi bagus pada parti pihak lain akan dilihat tidak bagus. pasti akan dikorek sehingga jumpa yang tidak bagusnya. masalah tu. aku pasti masing-masing mempunyai sumbangan tersendiri.

lagi satu, cuba-cuba lah mendengar pendapat orang lain dan berlapang dada dengan pendapat orang lain. mungkin kita rasa pendapat dia salah tapi dia rasa betul, nak buat macam mana kan. atau pendapat kita salah tapi kita je syok sendiri rasa betul. so, hati-hati.

Friday, January 4, 2013

KAEDAH TALFIQ DIHARUSKAN DALAM MENYELESAIKAN ISU IBADAH SEMASA


Konsep talfiq telah diamalkan oleh umat Islam tanpa sedar. Indonesia dan Malaysia secara khususnya bermazhab Syafie’ dalam praktik ibadah namun realitinya seringkali teramalkan kaedah talfiq. Maka tajuk ini ingin membahaskan sejauhmanakah kaedah talfiq dapat menyelesaikan isu dalam ibadah semasa umat Islam terutamanya di Malaysia.

Talfiq jika dilihat dari segi bahasa bermaksud mencantumkan, mengumpulkan dan menyatukan. Manakala dari segi istilah pula bermaksud penggabungan antara dua unsur atau lebih. Imam al-Bani al-Husayni telah membahagikan talfiq dari segi usul-fiqh kepada tiga bahagian:

  1. Melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh para mujtahid iaitu perlakuan menggabungkan pendapat dari pelbagai mazhab dalam satu perkara.
  2. Menggabungkan dua mazhab atau lebih dalam satu masalah. Contohnya orang berwuduk dalam masalah membasuh kepala hanya membasuh sedikit sahaja dalam mazhab syafie’ kemudian menyapu kaki tanpa membasuhnya mengikut sesetengah ulama. Penggabungan ini dinamakan talfiq.
  3. Tidak terikat seorang muslim dengan sesuatu mazhab bahkan mengamalkan pendapat pelbagai mazhab dalam pelbagai perkara.

Jadi talfiq adalah perbuatan mencampurkan pelbagai pendapat mazhab dalam sesuatu masalah dan juga mengamalkannya serta tidak terikat dengan mana-mana mazhab.

Wahbah Zuhaili pula mentakrifkan talfiq sebagai menghimpunkan antara taqlid dua imam atau lebih dalam sesuatu perbuatan diamana setiap perbuatan itu mempunyai rukun atau juziyat yang mempunyai hubungan antara satu sama lain. Apabila seseorang bertaqlid kepada mazhab tertentu dalam sesuatu hukum dan bertaqlid kepada mazhab yang lain dalam masalah hukum lain, maka perbuatan ini dianggap talfiq diantara dua mazhab atau lebih.

Pandangan Ulama Semasa Terhadap Talfiq

Yusuf al-Qaradhawi mengatakan sesungguhnya talfiq yang dilakukan dengan tujuan untuk bertalfiq kepada mana-mana pendapat yang mudah dari setiap mazhab mengikut hawa nafsu semata-mata tanpa meraikan dalil-dalil syara’ adalah tidak harus.

Melihat kepada pandangan-pandangan yang telah diberikan oleh ulama, maka harus untuk bertalfiq dalam perkara yang mempunyai nas-nas yang dilihat lebih menepati syara’ dan juga menepati kepada maqasid syariah. Pada masa sekarang juga amat sulit untuk berpegang kepada satu mazhab sahaja dan sudah tidak relevan lagi doktrin perlarangan talfiq kerana keperluan manusia telah bertambah. Contohnya  dalam hukum pembayaran zakat fitrah di Malaysia dan pelbagai lagi masalah telah tidak hanya bergantung kepada mazhab syafie’ sahaja malah menggunapakai pelbagai mazhab dalam menyelesaikan masalah manusia.

Wednesday, November 28, 2012

Sasana Kijang seindah namamu


Alhamdulillah pada 27th November 2012 iaitu semalam saya telah berkesempatan menghadiri satu majlis yang diadakan oleh ISRA atau dinamakan dengan Colloqium. ISRA adalah singkatan kepada International Shari'ah Research Academy for Islamic Finance dan tempatnya terletak berhampiran dengan UM dan juga bangunannya bercantum dengan INCEIF. Mereka ini adalah institusi yang banyak menghasilkan kajian-kajian baru dalam industri islamic finance yang semakin berkembang sekarang ini.

Apa yang paling menerujakan ialah program ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Dato' Dr Zeti Akhtar Aziz. Ini adalah kali pertama saya melihat dia secara live. Walaupun tidak berkesempatan berjumpa dengan beliau, cukuplah dapat mendengar ucapan beliau. Sebelum itu juga semasa ingin mendaftar sempat menegur CEO ISRA iaitu Dr Akram Laldin dan beliau masih mengenali saya. Alhamdulillah. Hehe. Kemudian sempat juga menegur Dr Asyraf Wajdi yang pastinya sangat dikenali ramai kerana dahulunya beliau adalah seorang ahli politik dan sekarang giat dengan penyelidikan akademik dan juga memberi beberapa pandangan akademik dalam politik.

Isra juga telah melancarkan satu laman web yang dipanggil I-FIKR yang akan memuatkan didalamnya dengan ilmu berkaitan islamic finance. Jadi apabila laman web ini dilancarkan nanti kita mestilah memanfaatkannya sebaik mungkin.

Dalam program ini juga ramai presenter yang membentangkan kertas kerja mereka. Mereka hanya diberikan masa selama 10 minit sahaja. Ini adalah keunikan program ini. Jadi kita tidaklah merasa jemu kalau hanya tertumpu pada satu-satu orang sahaja nanti. Hampir 30 kertas kerja dibentangkan pada hari tersebut. Osem kan. Kalau kita pergi program ni memang akan jumpa ramai banker, academician dan students dan catering. Hehe. Disitu juga berjumpa dengan senior-senior yang telah bekerja. Dapat juga lah dari mereka pengalan sedikit sebanyak tentang kerja.

Sebenarnya saya nak cerita mengenai sasana kijang ni, tempat ni memang sangat cantik, maklumlah bangunan baru. so, teringin sangat nanti nak buat rumah macam ni. Haha berangan besar kan? unik sungguh bentuk bangunan ni dan memang sangat tenang suasananya. Dalam sasana ni ada muzium, library yang cantik, buku pun latest-latest je semua. Kenapa lah selama ni tak tahu ada bangunan secantik ini disini?

Alhamdulillah program yang semurah ini disediakan break yang banyak disertakan makanan. Rasa berbaloi sangat.

Selesai sahaja program, semua orang balik kecuali yang bermotor. Hujan mencurah dengan lebatnya. Memang terpaksa menunggu sehingga hujan berhenti. Tetapi apakan daya, sudah menunggu dari pukul 5 lebih sehingga 9 malam hujan tidak juga berhenti, akhirnya mengambil keputusan untuk meredah juga hujan tersebut. Sanggup tunggu lama tadi sebab sasana kijang ni sangat cantik, tak sanggup nak tinggalkan dia. Kalau nak duduk situ kena jadi pengawal la. Alhamdulillah  walaupun basah tapi selamat sampai ke rumah.

Monday, November 26, 2012

cerita kedai kopi


Hari ini tiba-tiba tiada kelas pulak. Kalau la tahu lebih awal kan boleh stay je dekat library tadi. Boleh jugak siapkan assignment yang dah bertimbun tak siap-siap lagi. Huhu. selalu menyesal kemudian hari, dulu banyak masa lapang rasa tak pandai je nak buat. sekarang bila dah terpaksa ni memang kena siapkan juga lah nampaknya.

Hari ini juga aku keluar awal dari rumah, sejuk je kalau pergi awal ni, tak de la nak mengeluh sebab panas. Naik motor kan. Tapi bukan senang nak bangun awal ni pastu nak pergi kelas. Memang kena paksa diri la. Lagipun hari aku dipanggil Tuan Isa untuk hadir ke program Road To Umrah. Program ni sebenarnya untuk orang-orang yang full time dalam takaful ikhlas ni. Aku ni kan part time sahaja. Tapi aku pun pergi jugak la sebab bos dah suruh datang. Dapat jugak kenalan baru kat situ tadi.

Sabtu yang lepas alhamdulillah aku telah lulus exam takaful. Dapat B. Okay la kot. Sekarang aku dah boleh untuk mempromosikan takaful ni pada orang ramai. Assignment pun aku buat pasal takaful. Sebenarnya takaful ni memang sangat penting untuk setiap orang terutama ketua keluarga. Kita bukan tau apa yang akan terjadi pada kita pada masa depan. Kalau jadi pada kita sesuatu pastu kesusahan akan terjadi pada tanggungan kita. Sebab itulah pentingnya takaful untuk memberi perlindungan kewangan pada keluarga kita. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang banyak berhutang. Kalau mati sapa mahu bayar hutang kau? Hehe. 

Nak dijadikan cerita pada sabtu tu juga, selepas exam, aku try la jalan kaki ke stesen lrt paramount. Memang jauh la. Pastu dah jumpa buat-buat tak nak naik sebab ingatkan rumah dah dekat, rupa-rupanya jauh lagi. Kawan aku suruh la aku pusing balik tapi biasalah kalau dah jalan jauh mesti rasa tak berbaloi kalau pusing semula. Mesti nak tau apa ada kat depan. Memang nyesal la sikit lepas tu dengan lalu tepi kubur cina la, eh tepi tu kubur melayu pulak. nasib baik tak gelap lagi masa tu, kalau tak mau naik bulu roma. tak lama lepas tu azan maghrib, puas la juga mencari bunyi azan tu, nasib baik dekat je dengan kubur tu. huhu. Blurr da lepas tu nak jalan arah mana. jauh dah aku berjalan, sejam lebih kot. Akhirnya terpaksa naik teksi lepas tanya orang semua tak tahu arah rumah aku. naik teksi punya lah dekat kena bayar 5 ringgit. Redha jela. Bukan hantar sampai rumah tapi kat sungai way je. jauh kot nak sampai rumah. Tapi alhamdulillah selamat juga sampai.

Alamak batery laptop pulak nak habis, tak sempat nak cerita panjang. nak pergi library hujan la pulak.  

Tuesday, November 20, 2012

5 Muharam


Hari ini hari selasa. Sekarang kalau tengok dimana-mana media sedang cerita mengenai kejahatan zeonis Israel terhadap palestin, dan juga masalah di Syiria. Kita sama-sama doakan umat Islam disana diberikan kekuatan dalam melawan musuh-musuh yang sering menganggu umat Islam. Kita juga mendoakan umat Islam di seluruh dunia mendapat kesedaran betapa pentingnya bersatu supaya musuh-musuh Islam gentar dengan umat Islam. Jika umat Islam seluruh dunia bersatu ataupun hanya 50% antara mereka sahaja yang bersuara sudah cukup untuk menggerunkan musuh Islam.

Umat Islam disuruh mencari kekayaan supaya kita dapat membantu umat Islam yang didalam kesusahan. bayangkan kalau kita mempunyai lebihan harta yang banyak dan kita mampu menghantar bantuan ke Palestin sekarang ini yang sangat memerlukan bantuan dalam bentuk harta seperti perubatan, pakaian, bahan binaan dan sebagainya. Walaupun tidak dapat menyumbang nyawa dalam membantu mereka tetapi dapat menyumbang harta juga sudah cukup baik.

Kenapa negara umat Islam yang banyak ni tak dapat menghantar tentera mereka untuk membantu Palestin dan Syria? Susah nak mengerti kenapa ini terjadi atau kita yang tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Sudah 5 hari kita melepasi tahun baru. Tapi kehidupan masih dibelenggu dengan tingkah laku yang tidak berkualiti. Saya pun tidak mengerti kenapa ini bisa terjadi. Hari-hari rasa seakan lemah tidak bermaya. Kualiti membaca semakin berkurang. mendengar bahan-bahan agama juga sudah lama tidak didengari apatah lagi kuliah-kuliah sudah tidak dihadiri. Masalah apakah ini?

Kalau difikirkan, assignment sangatlah banyak, tapi satu pun belum disiapkan. Tidak tahu untuk dimulai yang mana dahulu. Akhirnya otak berkata tak perlu buat lagi. Tunggu sahaja saat-saat akhir untuk dihantar nanti, pasti akan siap juga. Astaghfirullah.

Sebab itulah umat islam sekarang lemah kerana sifat malas yang sangat menebal. Malas berfikir, malas membaca, malas mengkaji, malas mengaji, malas solat, malas pergi masjid, rajin makan. Pastilah makan kena rajin. Kalau tak nanti mati.

Sebenarnya saya baru sahaja bercuti seminggu, tapi rasa sekejap sangat cuti tersebut berlalu pergi. Tidak puas pun lagi bercuti bersama keluarga walaupun hanya bercuti di rumah sahaja tapi kali ini rasa ada kelainan dengan cuti ini, rasa sangat seronok berada di kampung. Sangat tenang, tidak bising, nyaman, udara sangat segar dan yang paling best dapat bersama adik-beradik dan ibu bapa. Seronok sangat dapat makan yang cukup dan lazat. Sangat berat hati untuk pulang.

Sabtu yang lepas juga saya berconvo. Convo apa lagi ni? Convo dengan IKIP la pula. Rasa dah tak best convo kali ke-2 ni rupanya. Tak macam yang pertama walaupun convo yang pertama tu sanga-sangat la simple tapi seronoknya lain. Tak tau la kenapa. Hari-hari cuti yang lain hanya duduk di rumah dan menikmati hutan yang menenangkan. 

Sebelum balik ke Kuala Lumpur sempat saya singgah di Karak untuk bertandang di rumah sahabat saya. Tanggal 1 Muharam. hehe. Biasalah di rumah sahabat saya tu banyak durian. Kebetulan dia pun sedang bercuti. Sempat lah makan tengah hari di rumah dia walaupun agak lewat mereka makan sebab menunggu saya. dalam pukul 3 petang. Huhu.

Kuala Lumpur tempat yang paling bising dan memeningkan kepala. Rata-rata mereka disini hidup dalam ketensionan. Kalau da setiap masa dengar bunyi kereta tanpa henti walaupun sekejap, bunyi kereta api yang kuat tu 15 minit sekali. Bunyi kilang, asapnya lagi dan macam-macam. Tapi ramai je yang tak suka balik kampung. pelik. Padahal kampung la tempat yang paling best. Apa yang dirisaukan sekarang ni ialah kampung saya akan banjir. Harap banjir sikit-sikit je. Risau kan buku-buku saya tu, nak diangkut kemana kalau banjir besar. Huhu.

Semangat semangat semangat. Jangan malas. :)


Sunday, September 30, 2012

Aku jumpa DSAI

"Astaghfirullah al-'azim". Allah yang Maha Agung, ampunkan aku. Sesungguhnya aku banyak melakukan dosa terhadapmu. 

Aku hanya lepak di masjid pada selepas zohor tadi, duduk di rumah pun tidak apa hendak dibuat. Angannya  ingin membaca sebanyak mungkin buku teks keluaran ISRA yang setebal hampir sejengkal. Dasyat. Akhirnya hanya terbaca 3 helai sahaja. Selebihnya waktu untuk internet. Sambil lepak tu niatkan iktikaf, mudahan dapat juga ganjaran. Tanpa sedar waktu asar pun berkunjung. aikk sekejap betul masa berlalu. Apa boleh buat kalau tak ambil pengajaran surah "al-asr".

Usai sahaja solat asar aku menoleh ke belakang. MasyaAllah ramai betul makmum masjid Nur Ehsan ni. Jarang jumpa jemaah masjid lain seramai jemaah di masjid ini. Dahsyat. Kalau kat kampung aku lagilah, terus hilang semua jamaah. Haha.

Betul la kata orang selangor, sekarang ni selangor dah jadi seperti bandar ilmu. Alhamdulillah. Diharapkan ilmu seiring dengan amalan.

Terpandang seorang insan, ibarat insan biasa, tidak membesarkan dirinya, sembahyang di celah-celah insan biasa. MasyaAllah datok Seri Anwar Ibrahim. 2 hingga 3 kali juga aku memandang untuk membenarkan penglihatan aku ini. Selang beberapa orang aku terlihat pula Tan Sri Khalid Ibrahim. Sahla memang mereka ni. Nampaknya parti pembangkang memang mengadakan jelajah. Kebetulan berhenti solat di masjid tersebut dan kebetulan aku pun berada disitu. Untungla sebab kali pertama dapat melihat dan bersalaman dengan mereka.






Memang bergema dengan takbir la di sekitar kawasan tersebut. Biasanya aku lihat bas 2 tingkat tu dalam gambar sahaja. tapi hari ini dapat lihat betul-betul depan mata. Ada kesan cat berwarna merah.

Aku memang anti betul dengan politik "mengada-ngada" ni, kalau tak suka jangan la kacau orang punya tempat. sampai nak lempar-lempar cat pulak, apa yang orang ni dapat ek? rugi lagi adalah. Jangan ada orang upah mereka ni buat macam tu sudahla. 

Aku harap aku tak jadi fanatik terhadap mana-mana parti, yang aku rasa parti tersebut dapat memberi faedah kepada Islam rakyat, aku akan sokong dan sebaliknya begitulah. Tapi betulla kan kadang-kadang rasa teringin nak ditadbir pemerintah baru, macam mana rasanya? Kita tengokla pilihanraya nanti yang entah bila-bila tu.

Saturday, September 29, 2012

AKU takde IDEA

Bermain bersama kanak-kanak ribena. Kadang-kadang seronok kadang-kadang pening kepala. Layan kan saja perangai budak-budak ni. Kalau ada sesuatu peristiwa yang berlaku kita selitkan la dengan nasihat yang berguna supaya ada juga pengisisan buat mereka. Walaupun mungkin mereka tidak ingat apa yang kita katakan tapi saya percaya kanak-kanak ni mudah untuk mengikut apa yang mereka lihat dan dengar. Sebab tu jangan bercakap yang bukan-bukan dengan mereka, pasti mereka mengikut sampai susah untuk nasihat mereka jangan berkata perkara yang tak baik tersebut.

Sekarang ni kanak-kanak tersebut tengah bising di sekeliling kepala saya. Tak mengapalah, tenang sahaja. Rasa kalau dapat sabar dengan keadaan ini insyaAllah bila dah ada anak nanti kita boleh kawal perasaan kalau anak kita menangis atau membuat bisisng. Biasalah kan perangai budak-budak, kalau tak aktif nanti lembab pula budak tersebut.

Tengah bising-bising macam ni memang idea hilang dan tak dapat nak concentrate untuk menulis. sebab tu orang kalau nak tulis perkara-perkara berat mestilah mencari tempat-tempat yang tenang.

Pehhh memang dah tak boleh untuk sambung tulis lagi, lepas ni bila dapat peluang menulis di tempat tenang pasti saya perlu manfaatkan.

Saturday, September 22, 2012

SYARIAH DAN PENGURUSAN

ada gaya macam penasihat syariah x??hehe

Teringat lagi ketika saya di tingkatan 5. Saya pernah mengikuti program motivasi SPM di Universiti Malaya bersama rakan-rakan SPM SMA Chenor yang lain. Motivasi tersebut diadakan selama 3 hari. Itulah kali pertama saya menjejakkan kaki di UM. Pada masa itu pernah juga saya berazam akan menyambung pelajaran disana. Biasalah fesilitator yang terdiri daripada abang dan kakak UM telah memberi semangat pada waktu itu. Tapi tahu-tahu sahajalah semangat budak sekolah bukannya bertahan lama. Tidak sampai seminggu sudah malas semula.

Alhamdulillah Allah itu akan mengabulkan doa kita cuma mungkin kita perlu bersabar. Sebab kalau tanpa usaha dan hanya berdoa sahaja pasti tidak termakbul doa tersebut. Saya pun tidak sangka dapat diterima masuk disitu. UM adalah satu-satunya universiti yang saya pohon dan sangat berharap akan dapat diterima disitu. Memang niat daripada awal saya mahu menyambung pelajaran. Namun kadang-kadang teringin juga untuk bekerja. Kalau sudah bekerja dapat juga membantu ibubapa dan adik-beradik lain. Dapat juga bantu orang yang memerlukan. Tapi mungkin waktu bekerja itu belum sampai lagi dan masih terasa untuk menuntut ilmu. Saya yakin rezeki itu ada dimana-mana walaupun anda bekerja ataupun masih lagi belajar. Rezeki Allah itu kadang-kadang tidak disangka.

Kenapa pilih jabatan syariah dan pengurusan? asalnya sangat susah untuk buat pilihan. Terasa juga nak ambil jabatan usul fiqh tapi entahla. Susah untuk dijelaskan. Akhirnya ambil syariah dan pengurusan. Tetap belajar usul fiqh juga kerana subjek wajib fakulti syariah. Subjek wajib jabatan ada satu sahaja. Kalau macam saya ini ambil secara campuran, kursus dan disertasi. Sem pertama ni ada 4 subjek sahaja. Sem depan baru mula buat disertasi. Menurut kata senior, sangat mudah untuk lulus 4 subjek ni. Yang mungkin susah sikit apabila nak buat proposal disertasi nanti.

Syariah dan pengurusan ini sebenarnya berkaitan dengan islamic banking. Mungkin inilah sebab saya mengambil jabatan ini. Saya pun sangat berminat dengan industri perbankan islam dan sangat berharap dapat menyumbang serba sedikit dalam industri ini. Apa yang saya fikirkan sekarang ini, jika semua institusi kerajaan menyimpan wang dan juga melabur di perbankan islam, insyaAllah industri ini dapat ditingkatkan. Namun perkara ini perlu dikaji dengan lebih mendalam lagi kerana dana yang terlalu banyak seperti ASB yang terpaksa melabur di tempat yang haram kerana ketidakcukupan tempat pelaburan yang halal. Lalu difatwakan halal kerana melihat maslahat yang lebih besar.

Perkara berkaitan dengan riba ini sangat-sangat penting dan perlu diambil tahu oleh semua pihak. Tugas kepada yang tahu mengenai dosa riba ini perlu disampaikan kepada mereka yang masih lagi tidak faham dan seringkali menyamakan perbankan islam dan konvensional. Antara perkara yang seringkali umat islam teribat dengan riba ialah dalam urusan simpanan wang, pinjaman pembelian kereta dan rumah dan urusan insuran. Semoga kefahaman ini akan diketahui dan difahami oleh semua umat islam dan juga bukan islam dengan munculnya dan ramainya golongan terpelajar daripada industri perbankan islam.

Tuesday, September 18, 2012

AKHIRNYA TERCAMPAK KE UM

Sudah 2 bulan lebih Jordan ditinggalkan dan juga berada di Malaysia sambil melihat keindahan bumi sendiri berbanding bumi asing namun pengalaman di negeri asing tidak mungkin akan dilupakan. Setiap hari tanpa menyebut "Jordan" adalah tidak sedap mulut. Pasti ada juga cerita-cerita dan pengalaman di sana untuk dicerita kepada sahabat-sahabat dan juga kaum keluarga. Terasa ingin kembali kesana untuk mengaut sebanyak mungkin pengalaman dan terasa rindu untuk berinteraksi dengan ammu-ammu arab disana. Sudah terasa rindu juga dengan ejekan syabab-syabab arab terhadap bangsa melayu. Semoga suatu hari nanti Allah memberi keizinan untuk menjejakkan kaki ke Jordan lagi. InsyaAllah.

Sudah masuk minggu kedua berada di Universiti Malaya. Antara universiti terkemuka di Malaysia. Rasa sangat bersyukur dapat meneruskan pengajian disitu walaupun hanya dapat bercuti 2 bulan sahaja. Memang target untuk tidak mahu bercuti panjang kerana cuti panjang akan menghabiskan duit simpanan dan juga melembabkan otak. Sekarang pun otak sudah tidak berfungsi dengan baik, sudah banyak ilmu yang telah dilupakannya.

Buat masa sekarang terasa mudahnya mengambil master. Kelas pun ada 4 kali dalam seminggu. Bermula pukul 3 dan habis pukul 6 petang. Biasanya lecturer akan menghabiskan sesi kelas lebih awal. Mungkin sebab baru minggu pertama. Selepas ini pastilah lebih banyak bahan bacaan yang perlu dikhatamkan. Seronok dapat belajar dengan profesor-profesor yang sangat hebat dan mempunyai keluarga yang sangat hebat. InsyaAllah jalan seperti mereka sepatutnya dijadikan contoh buat anak-anak muda sekarang. Supaya kita dapat membina usrah yang hebat dan akhirnya dapat membina ummah yang hebat.

Murah je nak sambung master. Bukan macam ijazah yang memakan belanja yang sangat mahal. Jadi jangan takut la kalau nak sambung master. 


Monday, July 2, 2012

2 JAM TERAKHIR DI BUMI JORDAN

Siapa kata tak sedih nak tinggalkan bumi Jordan ni? Rasa sebak nak pergi. Rasa mahu tinggal disini lagi. Tidak cukup 2 tahun berada disini. inilah post terakhir selama aku berada di Jordan. Rasa macam tiada ilmu je bicara benda-benda yang tak ilmiah. Biarlah. Aaaaaah tak sempat dah nak tulis. Semoga ilmu yang aku pelajari ini dapat dimanfaatkan kepada umat Islam dan bukan Islam di Malaysia.

Sunday, June 24, 2012

Memori

23.6.2012


Alhamdulillah sebelum pulang ke Malaysia sempat berkunjung ke rumah pegawai atase pendidikan di Jordan iaitu Ustaz Saifuddin. Beliau yang dikenali dengan keramahan dan kemesraan dengan penuntut-penuntut di Jordan. Beliau menetap di Amman dengan isteri dan seorang anaknya. Banyak perkara yang kami bincang dengan beliau terutamanya mengenai kerjaya masa depan. Isteri beliau yang baru sahaja mendapat title Dr daripada Universiti Malaya juga amat baik dan seorang yang lucu. Selalu sahaja membuat kami ketawa.

berborak dengan ustaz saifuddin sambil menjeling kearah makanan.

Apa yang paling sedap ialah makanan yang disediakan. Nasi kerabu kelantan. Memang sudah lama tidak menyantapi masakan kerabu seperti itu. Ditambah lagi dengan laksa yang sangat menyelerakan. Memang makan sampai mengandung 5 bulan.


besarnya rumah ustaz. rasa tak nak balik je.

bapak sedapnya nasi kerabu ustazah dr ni buat. rasa nak datang tipa-tiap hari makan.

ustaz menceritakan pengalaman bekerja beliau.

semua khusyuk makan dan mendengar cerita hidup ustaz.
Agak lama juga kami duduk bersantai sambil berborak-borak di rumah beliau. Sejak daripada pukul 3 lebih sehingga masuk waktu isyak.

24.6.2012


donut factory memang sedap. 

Hari ini alhamdulillah juga masih ade rezeki yang diberikan oleh kawan baik saya. Terima kasih kawan. Sangat-sangat sedap. Minta maaf sebab saya tak dapat nak beri awak apa-apa. Hehe. Semoga persahabatan kita akan terus berkekalan walaupun macam-macam masalah terjadi. Nasihat saya buat sahabat saya yang terbaik ni, jangan terlalu banyak memikirkan masalah, kalau ada satu-satu masalah tu, kongsilah dengan kawan yang dipercayai, dan terus selesaikan masalah tu, jangan tangguh-tangguh, nanti asyik nak fikir je masalah tersebut. Apa yang paling penting ialah belajar sungguh-sungguh sampai grad. Jaga kesihatan, makan banyak sikit, dan tidur awal. dapatkan keputusan mumtaz. Kalau muaddal tak mumtaz sekalipun, jadilah seorang yang mumtaz dalam apa pun yang kita lakukan. InsyaAllah saya doakan sahabat saya selalu dipermudahkan segala urusan.

Hari ini juga saya telah pergi ke Universiti Yarmouk untuk menemani sahabat saya yang akan pulang pada hari esok. Dikesempatan itu juga saya turut mengambil peluang berjumpa dengan para Doktor yang telah banyak mengajar saya terutamanya Doktor daripada Qisim Ekonomi.

bersama dr amir atum.

bersama dr ibrahim ubadah.
bersama dr bani isa.

bersama dr zakaria syatnawi yang paling kanan.


Saturday, June 23, 2012

Salam sahabat senior dan junior.

kenangan 4 tahun bersama batch 4 ikip.

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua. Peace.

Terima kasih kerana sudi membaca blog saya. Sungguh terharu. Hehe.

Baru sahaja sebentar tadi pulang dari Donut House. Sahabat-sahabat junior saya mengadakan majlis perpisahan buat kami semua Batch 4. Sangat-sangat terharu. Ni yang buat kami semua sayang kamu semua. Hehe. Kalau bukan mereka, siapa lah lagi akan buat majlis yang terindah seumpama itu. Memang sangat-sangat terindah dan kali pertama kita mengadakan majlis di tempat yang terindah itu.

Saya tak dapat nak panggil junior saya dengan panggilan 'adik' sebab umur mereka ada yang lebih tua dan kebanyakan sebaya, kenalah panggil sahabat junior. Hehe. So sweet.

Sudah 4 tahun bersama sahabat senior dan 2 tahun bersama sahabat junior. Terlalu banyak kenangan yang terindah kita bersama. Kalau ingin kongsikan kenangan itu mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk dihabiskan. Punya la banyak kan.

Hubungan antara kita saya kira sangat-sangat rapat dan mesra. Tidak pernah lagi sejarah dunia menunjukkan bahawa senior akan baik dengan junior sebaik yang kita telah lakukan. Amboihhh hebat betul hubungan kita. Saya rasa mungkin kita sekepala dalam banyak hal.

Ini kali kedua sahabat junior kita meraikan majlis perpisahan yang akan dikenang sampai bila-bila. Kita sahabat-sahabat senior tidak meraikan apa-apa buat mereka mungkin kerana kita senior. Haha.

Sungguh terasa sangat berat hati ini untuk pergi meninggalkan sahabat-sahabat disini setelah banyak kenangan yang kita telah lalui bersama. Tapi apakan daya, kita tidak mungkin dapat bersama sentiasa, masing-masing ada tanggungjawab lain yang perlu diselesaikan. Kita hanya mampu mengekalkan hubungan ini dan jangan sesekali rosakkan hubungan yang telah dibina sekian lama. Semoga hubungan ini terus berkekalan sehingga akhir hayat.

"Kawan akan membuatkan hidup kita dipenuhi manis kebahagiaan"

Kami sahabat-sahabat senior yang akan pulang ini akan selalu mendoakan kamu semua berjaya dan mencapai apa yang diharapkan. Teruskan berusaha walaupun rasa dah terseksa sangat. Kamu akan merasai kemanisan usaha tersebut apabila sampai waktunya nanti. Jangan sesekali berfikiran negatif apabila dalam keadaan sukar, teruskan dengan minda positif supaya hasilnya akan terus positif insyaAllah. Perkara yang sukar akan menjadi senang apabila mindset kita fikir perkara itu adalah senang.

kami sahabat-sahabat senior memohon maaf sekiranya selama ini kami tidak dapat berkongsi banyak ilmu dengan kamu semua, kadang-kadang kami merasakan kamu semua adalah lebih layak untuk kongsikan ilmu kalian semua. Saya memuji kegigihan kalian dalam mencari ilmu.

batch 4 & 5 sobaya. manis-manis kan semua.
Kita selagi bergelar insan, harus terus memburu ilmu. Teruskan belajar. Ilmu ini tidak akan pernah cukup buat kita kerana ilmu sangat-sangat luas. Itulah kekuasaan Allah. Jangan juga kita malu untuk belajar daripada orang yang lebih muda dan juga yang muda jangan malu mengajar yang tua. Sama-sama kita kongsikan ilmu kerana masing-masing pada kita mempunyai kelebihan tersendiri. Cuma kadang-kadang kita tidak sedar akan kelebihan itu.

Selain itu suka juga saya untuk berpesan, kita jangan terlalu memuji seseorang. Walaupun sehebat manapun dia. Sebabnya ia akan membuat kita berasa terlalu merendah diri dan mengurangkan keyakinan pada diri kita. Ia juga tidak sesuai dengan kerjaya kita yang memerlukan mereka-mereka yang berkeyakinan dan berwawasan. Orang yang dipuji itu juga harus berhati-hati dengan pujian, ia mungkin akan menjatuhkan anda kelembah yang hina.

Tidak dapat disangkal zaman di universiti adalah zaman yang terindah, sebab itu kita akan rasa terlalu singkat masa disini. Pejam celik sahaja sudah habis belajar.


syabab batch 4 & 5 yang hensem-hensem. sedih sgt nak berpisah dengan kalian semua.

Kepada sahabat yang masih belajar, teruskan belajar sampai lebam (belajar sungguh-sungguh), yang sudah ingin mendirikan rumah tangga, berbahagialah kalian sehingga ke akhirnya, yang sudah ingin menceburi bidang kerjaya, rajin-rajinlah bekerja dan jangan kedekut untuk belanja kawan-kawan yang masih belajar ni, dan yang ingin sambung belajar, teruskan belajar sampai menjadi seorang yang pakar dalam bidang yang kita ceburi.

Sampai disni sahaja coleteh saya, saya berharap sangat hubungan antara kita semua akan terus berkekalan sehingga ke akhirnya. 

Tuesday, June 19, 2012

ADUN Chenor Meninggal Dunia


IRBID, JORDAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh, meninggal dunia pada pukul 8.55 pagi Selasa.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda negeri itu dimasukkan ke Hoshas pada 8 Jun lalu selepas mengalami cirit-birit dan kehilangan banyak darah akibat keracunan makanan.

Bagaimanapun, ADUN itu ditempatkan di ICU hospital berkenaan kerana mengalami komplikasi jantung dan tekanan darah rendah.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Nooraihan Mohamad dan dua orang anak.

Anak jati Chenor itu merupakan Ketua Umno Bahagian Maran dan telah lima penggal menjadi anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Chenor.

Beliau juga pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Besar Pahang sebelum ini.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan petang ini di Tanah Perkuburan Islam Chenor.

Saya wakil rakyat Chenor mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Pemergian beliau pasti dirasai oleh seluruh rakyat Chenor kerana beliau telah banyak menabur bakti dan jasa di Chenor.

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan