"Astaghfirullah al-'azim". Allah yang Maha Agung, ampunkan aku. Sesungguhnya aku banyak melakukan dosa terhadapmu.
Aku hanya lepak di masjid pada selepas zohor tadi, duduk di rumah pun tidak apa hendak dibuat. Angannya ingin membaca sebanyak mungkin buku teks keluaran ISRA yang setebal hampir sejengkal. Dasyat. Akhirnya hanya terbaca 3 helai sahaja. Selebihnya waktu untuk internet. Sambil lepak tu niatkan iktikaf, mudahan dapat juga ganjaran. Tanpa sedar waktu asar pun berkunjung. aikk sekejap betul masa berlalu. Apa boleh buat kalau tak ambil pengajaran surah "al-asr".
Usai sahaja solat asar aku menoleh ke belakang. MasyaAllah ramai betul makmum masjid Nur Ehsan ni. Jarang jumpa jemaah masjid lain seramai jemaah di masjid ini. Dahsyat. Kalau kat kampung aku lagilah, terus hilang semua jamaah. Haha.
Betul la kata orang selangor, sekarang ni selangor dah jadi seperti bandar ilmu. Alhamdulillah. Diharapkan ilmu seiring dengan amalan.
Terpandang seorang insan, ibarat insan biasa, tidak membesarkan dirinya, sembahyang di celah-celah insan biasa. MasyaAllah datok Seri Anwar Ibrahim. 2 hingga 3 kali juga aku memandang untuk membenarkan penglihatan aku ini. Selang beberapa orang aku terlihat pula Tan Sri Khalid Ibrahim. Sahla memang mereka ni. Nampaknya parti pembangkang memang mengadakan jelajah. Kebetulan berhenti solat di masjid tersebut dan kebetulan aku pun berada disitu. Untungla sebab kali pertama dapat melihat dan bersalaman dengan mereka.
Memang bergema dengan takbir la di sekitar kawasan tersebut. Biasanya aku lihat bas 2 tingkat tu dalam gambar sahaja. tapi hari ini dapat lihat betul-betul depan mata. Ada kesan cat berwarna merah.
Aku memang anti betul dengan politik "mengada-ngada" ni, kalau tak suka jangan la kacau orang punya tempat. sampai nak lempar-lempar cat pulak, apa yang orang ni dapat ek? rugi lagi adalah. Jangan ada orang upah mereka ni buat macam tu sudahla.
Aku harap aku tak jadi fanatik terhadap mana-mana parti, yang aku rasa parti tersebut dapat memberi faedah kepada Islam rakyat, aku akan sokong dan sebaliknya begitulah. Tapi betulla kan kadang-kadang rasa teringin nak ditadbir pemerintah baru, macam mana rasanya? Kita tengokla pilihanraya nanti yang entah bila-bila tu.
No comments:
Post a Comment