umrah tahun lepas...... |
Saturday, May 26, 2012
Umrah
Semangat Seorang Hakim
Berkesempatan juga untuk saya bergambar bersama seorang hakim mahkamah tinggi syariah. Beliau ialah Yang Arif Abdul Walid Abu Hassan hakim mahkamah di Wilayah Persekutuan. Ini adalah kali pertama saya kenal dengan seorang hakim dan dapat bergambar. Sebelum ini tidak terbayang pun seorang hakim ini sangat mesra dan peramah. Difikirkan hakim mempunyai perwatakan yang sangat tegas dan tidak bergaul dengan masyarakat. Tidak kenal maka tidak tahu.
Beliau telah dilahirkan pada 19 September 1963 di Pahang. Kini telah berumur 49 tahun. Mendapat pendidikan awal di sekolah Simpang Pelangai dan seterusnya berjaya mendapat tempat di Kolej Islam Sultan Alam Shah. Kemudian menyambung Ijazah Sarjana Muda di UKM dan Master di UIA. Sebelum menjadi hakim, beliau telah bertugas sebagai kadi di Pulau Pinang.
Beliau sangat meminati aktiviti yang menyihatkan seperti bermain pingpong, badminton, menembak dan aktiviti terbaru beliau ialah menunggang superbike. Beliau selalu melakukan aktiviti bersama keluarga dan tidak peliklah jika beliau sangat mesra bersama keluarga beliau. Beliau juga minat menanam pokok di sekitar rumah jika punyai waktu lapang serta melancong bersama keluarga.
Seharian saya bersama beliau, banyak perkara yang kami berkongsi bersama. Beliau yang mempraktikkan cara hidup yang penuh sederhana itu membuatkan saya sangat kagum dengan beliau.
Tuesday, May 22, 2012
Hanya Allah Sahaja Yang Tahu
Alhamdulillah Allah gantikan juga kesedihan itu dengan kegembiraan. Sebelum exam tersebut tersebar berita yang keputusan istidraki bahasa arab telah keluar, Allah sahaja yang tahu betapa debarnya hati ini dan masih tidak sanggup untuk melihat keputusan itu. Itu membuatkan aku tidak tenang untuk menjawab exam tersebut. Tambah lagi istidraki tersebut banyak mengecewakan kami dengan soalan-soalan yang susah dan pelik. Alhamdulillah aku najih. Gembiranya. Sekarang risau pada exam sebentar tadi pula.
Ingatkan hari ini dapat peluang jumpa beliau, tapi beliau sibuk. Tidak mengapalah kerana aku masih ada waktu lain lagi. Tenang tenang.
Apa yang penting aku sudah habis exam, aku kena fikir apa yang aku perlu cukupkan pada diri aku sebelum aku pulang nanti. Dan kamu semua pun patut fikirkan juga, nanti tidaklah membazir masa dengan perkara yang tidak berfaedah. Selamat bercuti.
Monday, May 21, 2012
Rajin vs Malas
Esok jugak aku ada tetamu. Tak sabar nak jumpa beliau. Nak bincang apa dengan beliau? Masih memikirkan. Tak sangka beliau sangat murah dengan senyuman, nampak sangat peramah, penyanyang. Mesti untung anak beliau sebab ada ayah yang seperti tu. Aku pun kena belajar jadi ayah yang macam tu jugak la. Haha.
"ko tu cakap je lebat, nanti tak terbuat jugak"
Okay, aku akan cuba yang terbaik. Belum lalui mana boleh nak hukum orang sebarangan. Kita tak boleh samakan orang lain dengan kita. Orang kata, kita jangan nak cuba bandingkan sangat lah diri kita dengan orang lain. Kita kena lakukan yang terbaik, bukan ala kadar sahaja sebab orang lain pun tak buat.
Satu benda lagi yang sangat memelikkan, time exam ni juga kebanyakan orang akan jadi rajin untuk buat macam-macam benda. Contohnya mengemas, memasak dan macam-macam yang sebelum ni malas untuk dilakukan. Jadinya memang bagus sangat la kalau exam tu setiap hari. Cuma sebab exam ni kita mengejar sesuatu, mungkin sebab tu kita jadi takut sangat setiap kali exam. Jangan fikir apa yang orang akan cakap pada kita, yang penting ada usaha dan niat untuk berjaya. Selainnya tawakkal pada Allah. Selamat menempuh paper terakhir untuk mereka yang paper terakhir lah, yang masih ada banyak lagi tu, teruskan berusaha.
Thursday, May 17, 2012
Makna Kehidupan
Hidup ini pasti ada gembira dan pasti ada kesedihan. Kita akan diuji dengan segala kegembiraan untuk melihat sejauh mana kita bersyukur diatas kegembiraan itu. Kita juga akan diuji dengan segala jenis kesedihan untuk melihat sejauh mana kita mencari Dia dan redha menghadapinya. Semua itu akan menjadi memori dalam hidup kita untuk dikenang dan diperingati sebagai pengajaran hidup untuk meneruskan liku-liku hidup yang penuh cabaran dan nikmat ini.
Manusia sering lupa pada Dia bila diuji dengan sedikit kegembiraan. Manusia memang sering lupa kerana mereka menganggap kegembiraan itu dicipta oleh mereka. Padahal mereka hanya diuji untuk dilihat sejauh mana tahap kesyukuran mereka pada Dia. Bila-bila masa sahaja kegembiraan itu boleh ditarik oleh Dia dan menggantikannya dengan kesedihan.
Alhamdulillah kita ada Dia sebagai tempat mengadu dikala kita kesedihan. Kita memohon pada Dia supaya diberikan kegembiraan. Kita merayu dan terus meminta. Berharap munajat diterima. Kita kembali kepada fitrah seorang manusia yang sangat memerlukan Dia. Dia menguji kita dengan kesedihan supaya kita sedar dan kembali kepada diri kita yang sebenar. Kerana Dia sayang kepada kita.
Alhamdulillah kegembiraan itu telah dikembalikan. Kita menjadi manusia yang bersyukur. Kita sentiasa ingat pada Dia kerana mengembalikan kegembiraan itu. Kita terus berdoa dan memohon supaya kegembiraan itu terus menjadi milik kita dan tidak pergi lagi. Semoga Dia mengurniakan kita seorang yang selalu dapat memberi peringatan dan teguran pada diri kita yang lemah ini. Sesungguhnya Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
SAHABAT SELAMANYA
Hari ini aku masih lagi pergi menghafal dengan Syeikh Ma'mun. Masih berbaki 5 maudi' lagi. Ya Allah permudahkan aku. Tapi pagi-pagi tadi rasa malas sangat nak mengulang, maklumlah lepas subuh aku sudah mengulang. Tapi kan hafal tadi tetap sangkut-sangkut juga, pelik pelik dan pelik. Kurang kuat ingatan aku ni. Tambah pula dengan debar di jantung merosakkan lagi hafalan.
Pagi tadi aku edit-edit video, baru-baru nak belajar sahaja. Pandai dah sikit daripada dulu. Lepas ni kalau orang suruh buat video simple-simple aku boleh la tolong buatkan. Nak cerita disini yang aku sedih sangat sebab aku dah nak balik, lepas ni tak tahu lah bila lagi akan jumpa kawan-kawan aku ni semua. Aku nak manfaatkan masa yang ada sedikit sahaja ini lagi untuk bersama mereka. Tapi InsyaAllah balik nanti tetap jumpa lagi cuma tak dapat la untuk jumpa selalu.
Cepat sungguh masa berlalu. Tinggal berapa hari sahaja lagi untuk aku menghabiskan sesi pembelajaran aku di universiti Yarmouk. Pasti nanti aku akan merindui tempat ini walaupun kadang-kadang asyik nak kutuk saja negara orang ni. Biasalah tu. Hehe. Nanti mesti rindu nak pergi jamiaah Yarmouk, nak jumpa doktor-doktor jamiah yang hensem-hensem. Nak makan makanan arab yang aku rasa sudah sedap di mulut ni. Tapi tak berusaha nak belajar cara masakan mereka. Sebab aku fikir kat Malaysia sudah banyak restoran arab. Terfikir juga nak buka restoran arab ni. Kalau aku kaya nanti la. Hehe.
Exam oh exam. Exam buat aku sakit badan la. Nak kata study banyak, tak da la sangat. Banyak duduk depan laptop la kot. Jangan rabun sudah. Aku tak suka rabun. Nanti menyusahkan aku pulak.
Harap kawan-kawan jangan kutuk pulak video aku ni. Sekurang-kurangnya aku ada. Ko ada???Hehe....
Selamat menghadapi imtihan sahabat-sahabat semua. Sayang kamu semua. Eeeeuuuwwww...
Tuesday, May 15, 2012
Saat Bersama Dia
Inilah syeikh Ma'mun yang sangat saya kasihi. Seorang yang sangat baik hati dan sempoi. Seronok belajar madah al-Quran dengan beliau. Tinggi pun lebih kurang je. Nampak sangat kami sangat serasi. Hehe. Sekarang saya masih lagi tidak menghabiskan hafalan dengan beliau. Susah juga nak habiskan semua hafalan ni. Nasib baiklah beliau memberi lagi peluang untuk menghafal. InsyaAllah saya tidak akan menghampakan syeikh kesayangan saya ini.
Tinggal berapa hari sahaja lagi imtihan niha'e akan berakhir. Rasa gembira, sedih dan macam-macam rasa telah menghantui dan merasuk jiwa saya ini. Rasa mahu sambung di Jordan juga ada. Tapi kos belajar disini terlalu mahal. Rasa takut pon ada sebab risau sangat tak lulus, tapi saya kan positif, saya akan lulus. InsyaAllah. Mengharapkan doa daripada kalian semua.
Saya berharap hafalan ini akan terus berkekalan dan berdoa semoga Allah sentiasa memberi kerajinan untuk menghafal dan mengulang hafalan. Jasa syeikh Ma'mun tidak akan dilupakan, lebih-lebih lagi senyuman yang menyejukkan hati itu. Saya harap juga kawan-kawan saya semua tidak menghampakan harapan beliau yang sangat tinggi terhadap kita semua.
Pau Bon-Bon
Hari ini seronok sangat sebab dapat buat sejenis pau yang diberi nama Pau Bon-bon. Rasanya ini pau bon-bon yang pertama dicipta. Alhamdulillah pau yang pertama kali dibuat ni sangat sedap dan menjadi. InsyaAllah boleh dibawa ketengah dan dikomersialkan.
Tiba-tiba hari ini semangat sangat nak buat pau bon-bon. Waktu-waktu exam inilah semangat yang pelik-pelik ni datang. Tapi seronok jugak ada semangat macam ni. Baiklah saya nak kongsikan macam mana nak membuat pau yang sedap ini.
Bahan-bahan yang perlu ada:
- Tepung setengah kilo.
- Gula 4 sudu.
- Yeast 5g.
- Baking powder 3g.
- Minyak 2 sudu.
- Air 3 cawan.
- coklat Bon-bon.
Cara-cara nak buat:
Isikan yeast kedalam mangkuk besar, letak air untuk melarutkan yeast, masukkan gula, kemuadian gaul-gaul sehingga sebati. Masukkan tepung dan adun sehingga menjadi doh. Ini proses yang paling meletihkan. Tambah air sehingga menjadi doh. Tambah tepung sekiranya masih melekat-lekat doh tersebut.
Jadikan bulatan-bulatan kecil. Jangan buat terlalu besar kerana pau akan mengembang ketika dimasak. Masukkan coklat bon-bon kedalam doh yang kecil itu dengan melepekkan doh di tangan dan letak coklat kemudian tutup semula sehingga menjadi bulat. Dalam masa yang sama sediakan kertas yang telah diletak minyak untuk dijadikan lapik pau tersebut untuk mengelakkan pau melekat.
Biarkan doh tersebut selama 30 minit. Panaskan air untuk mengukus donut. Pastikan air telah betul-betul mengelegak dan kukus pau selama 10 minit.
Kemudian boleh dihidangkan bersama yang tersayang. Hehe.
Saturday, May 12, 2012
Lempeng Mesra
Bahan-bahan Lempeng Mesra terdiri daripada:
- Tepung gandum lebih kurang 300gram.
- Telor ayam sebiji.
- Gula secukupnya.
- Air secawan.
- Perencah cukup rasa.
- Sos pedas Ummu Balqis.
- Sedikit kicap.
- Sos tomato.
- Sebiji telor.
- Air.
Terima kasih kerana sudi membaca resepi saya kali ini. Selamat mencuba. Resepi simple, duit pun jimat. Hehe.
Friday, May 11, 2012
BUBUR TELUR SAYURAN KASIH
Bahan-bahannya hanyalah:
- beras segenggam (saya guna beras jenama mansaf)
- air
- lobak sebatang
- kubis (ikut suka nak letak banyak mana)
- garam
- perencah pasti sedap
Basuh beras. Kemudian letak air bersih 4 kali ganda daripada beras. Masak diatas dapur. Bila beras kelihatan sudah lembut, masukkan kubis dan lobak. Kemudian masukkan garam secukup rasa dan perencah pasti sedap secukupnya. Perhatikan dan kacau jika perlu. Masak selama 30 minit. Jika air tidak mencukupi dan kelihatan agak kering tapi masih belum menjadi bubur, tambahkan sedikit air.
Siap untuk dihidang dan makan bersama yang tersayang. Selamat mencuba.
Thursday, May 10, 2012
MELELEH
Petang-petang macam ni tiba-tiba tak ada kerja. Pastu aku pun cuba-cuba lah tengok resepi dessert. Pehhhh memang meleleh lah air liur ni. Sedapnya ya Allah. Lambat betul la duit pahang ni masuk, tak sabar da nak cuba buat semua dessert yang buat aku meleleh tu. Mesti best kan kalau ada isteri yang buatkan dessert selalu. Pehhhh memang la demand kan aku ni.
Sekarang hanya mampu membaca resepi sahaja. Nak buat tapi tak mampu pulak nak beli bahan-bahan. Nampak macam banyak je bahan yang diperlukan. Kan best kalau dapat buat semua ni untuk orang tersayang. Lebih-lebih hari ini birthday ibu. Tak sabar nak balik lepas tu nak buat untuk ibu. Untuk awak pun boleh.....faham ke?
http://www.sitidelima.com/search/label/Dessert Aku nak buat apa yang ada kat link ni. Tolong ingatkan aku ok. Aku nak bersiap-siap untuk masakan berbuka puasa. Bye.
Sekarang hanya mampu membaca resepi sahaja. Nak buat tapi tak mampu pulak nak beli bahan-bahan. Nampak macam banyak je bahan yang diperlukan. Kan best kalau dapat buat semua ni untuk orang tersayang. Lebih-lebih hari ini birthday ibu. Tak sabar nak balik lepas tu nak buat untuk ibu. Untuk awak pun boleh.....faham ke?
http://www.sitidelima.com/search/label/Dessert Aku nak buat apa yang ada kat link ni. Tolong ingatkan aku ok. Aku nak bersiap-siap untuk masakan berbuka puasa. Bye.
INSAN BERGELAR IBU
Hari ini 10.5.2012 adalah hari lahir ibuku yang paling aku sayang. Genap sudah umur ibuku 49 tahun. Aku memanggil ibuku dengan gelaran 'mama'. Sememangnya aku sangat manja dengan ibuku. Maklumlah aku adalah bongsu lelaki. Jarak umurku dengan adikku juga agak jauh. Lebih kurang 3 tahun. Ingatkan aku yang bongsu tapi aku tetap bersyukur dapat adik. Seronok ada adik-beradik yang ramai.
10.5.1963 lahir seorang wanita yang bernama Noryati binti Jamaluddin. Ibunya bernama Besah binti Seman. Iaitu nenekku. Datukku telah meninggal ketika aku di tingkatan 5. Manakala nenekku masih lagi sihat dan menetap di pondok agama untuk mempelajari agama sejak kematian datukku.
Kadang-kadang aku terfikir masih banyak lagi perkara yang aku tidak tahu mengenai ibuku. Aku takut aku tidak sempat untuk mengetahui semua tentang ibu. Kalau boleh aku mahu mengetahui semua sudut kehidupan mengenai ibuku. Aku tahu ibuku adalah insan paling berjasa dalam hidupku. Daripada aku kecil sehingga ke tahap ini, ibulah yang paling banyak membantu, menyokong, memberi harapan, tempat berkongsi cerita. Sejak dulu aku lihat ibu bersusah payah melakukan kerja-kerja kampung, sehinggalah sekarang ibu masih melakukan kerja tersebut. Daripada menoreh getah, bercucuk tanam dan sebagainya telah ibu lakukan. Daripada seringan-ringan kerja sehingga seberat-beratnya telah ibu lakukan. Sehingga sekarang ibu masih melakukan kerja berat sebagai cleaner di sekolah rendahku. Ibu maafkan aku sebab masih tidak mampu untuk membantumu.
Daripada dahulu lagi ibu melarang aku daripada melakukan kerja-kerja berat. Kata ibu, ibu tidak mahu aku jadi seperti dirinya. Ibu mahu aku hidup senang. Kadang-kadang aku tetap mahu melakukan kerja berat tersebut tanpa hiraukan kata ibu. Maafkan aku ibu. Pernah juga aku mengambil upah menanam anak getah sehingga demam-demam kerana sangat keletihan. Baru aku tahu kerja yang kelihatan ringan itupun sebenarnya sangat berat lebih-lebih lagi dilakukan oleh perempuan seperti ibuku. Maafkan aku ibu kerana tidak dapat membantumu lagi.
Adik-beradik yang ramai tidak membantutkan hasrat ibu untuk memberikan pendidikan kepada semua adik-beradikku. Mereka semua dapat bersekolah dengan sempurna. Terima kasih ibu. Aku tidak dapat memikirkan bagaimana kamu dapat melakukan semua ini dengan kehidupan yang telah kita lalui. Terima kasih ibu. Dahulu ketika kita tidak mampu untuk makan, ibu tidak pernah malu untuk membeli secara hutang. Walaupun anakmu ini selalu malu untuk melakukan itu. Sekarang aku tahu itu semua demi anakmu dan kamu tidak rela anakmu berlapar. Terima kasih ibu atas pengorbananmu. Sungguh besar pengorbananmu itu. Tidak mungkin aku dapat membalasinya.
Ibu, maafkan kami semua jika kami selalu melakukan kesalahan dan pasti kami melakukannya. Kadang-kadang kami tidak mendengar kata-katamu. Kami tidak belajar bersungguh-sungguh. Kami tidak mendengar pesananmu dan nasihatmu. Maafkan kami ibu.
Ibu, terima kasih kerana telah melahirkan aku didunia ini. Aku gembira kerana dikurniakan ibu yang sangat tabah, sabar, kuat, cantik, penyanyang dan seorang pendidik. Aku tahu betapa susahnya untuk ibu melahirkanku. Walaupun ibu pernah berkata sangat mudah melahirkan aku tapi proses untuk sembuh pasti menyakitkan ibu.
Ya Allah ampunkan dosa diriku dan ampunkan dosa ibu dan bapaku. Sayangi ibubapaku sebagaimana mereka menyanyangi. Ya Allah Kau peliharalah mereka daripada segala malapetaka. Kau berilah petunjuk kepada mereka ketikamana mereka lari daripada jalanMu. Peliharalah keluargaku Ya Allah dari azabMu. Kau permudahkanlah urusan ibuku ya Allah.
Selamat hari lahir ibu. Semoga ibu berbahagia selalu walaupun aku berada berjauhan dari ibu. Aku berharap dapat sentiasa bersama ibu ketika senang ataupun susah. Aku pasti membantumu ibu.
Walaupun ibu tidak membaca tulisanku ini, tapi aku harap jika aku sudah tiada lagi nanti, aku mahu ibu tahu yang aku sangat menyanyangi ibu. Salam kemaafan dari anakmu ini.
Wednesday, May 9, 2012
UNTUNGLAAA
Ramai orang akan kata 'untunglaaa' kalau kita dapat sesuatu daripada seseorang. Terutamanya kalau kita dapat makanan daripada akhowat. Memang untung pun. Dah la dapat makanan, kenyang lagi. Senyuman pun dapat. Kadang-kadang dapat lambaian lagi. Seronok kah? Jangan lupa ucap terima kasih kalau orang dah hulur macam-macam tu.
Bersedekah memang sangat digalakkan didalam Islam bahkan ganjarannya juga sangat besar. Maka berlumbalah kita untuk membeli syurga Allah dengan harta yang kita punyai. Infakkan ia pada jalan yang benar. Gunakan ia sebaik mungkin tanpa disalahgunakan. Contohi para sahabat yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah. Sesungguhnya tiada sedikit pun kerugian jika mensedekahkan harta pada jalanNya bahkan akan ditambah berlipat ganda.
Untunglaa semalam orang bagi aiskrim sebekas siap dengan con sekali. Hari ini ada orang bagi murtabak helo. Nak bagitau tu jela. Hehe.
Tuesday, May 8, 2012
SUBHANALLAH CANTIKNYA BULAN
Pagi itu Sahel terbangun lebih awal. Mungkin tidurnya kurang lena. Walaupun tidur agak lambat dan hanya tidur beberapa jam sahaja, tapi jaganya tidak melemahkan. Mungkin kerana Sahel telah tidur pada waktu petang sebelum itu. Segar dapat bangun awal pagi tanpa hadirnya mengantuk menganggu fikiran dan mata.
Lekas ke bilik air. Melakukan apa yang sepatutnya dan mengambil wudhu'.
"Alhamdulillah dapat bangun awal pada hari ini". Kata Sahel kemudian berdoa selepas mengambil wudhu'.
Bersiap-siap dengan pakaian untuk bersolat lalu menyempurnakan solat 2 rakaat sebelum subuh. Tinggal beberapa minit sahaja lagi iqamah bakal diperdengarkan. Sahel bergegas mengambil kunci rumah diatas meja lalu dimasukkan kedalam poket seluar. Diluar bilik kedengaran teman serumah keluar dari rumah untuk menuju ke rumah Allah. Sahel bergegas untuk bersama sahabatnya.
"Semalam kau balik rumah pukul berapa? Sedap ke makan semalam?". Tanya Sahel kepada Amir rakan serumahnya sewaktu menghala ke masjid.
Semalam rakan serumahnya itu terlibat dengan majlis makan-makan. Mereka yang terlibat hanya mereka yang pergi ke Turki tempoh hari sewaktu cuti semester. Sahel hanya bercuti sekitar Jordan sahaja.
Isterinya Anis juga sibuk dengan majlis sambutan harijadi rakannya. Malam itu Sahel hanya bertemankan bilik yang sunyi dan laptop yang menjemukan. Sahel membelek barang-barang kenangan lama yang diperolehi daripada rakannya mahupun yang dibelinya sendiri. Teringat kisah-kisah lama sewaktu tahun pertama di Jordan. Sahel mengambil semua barang-barang tersebut lalu disimpan didalam kotak. Seperti mahu menyimpannya terus. Tidak mahu barang-barang tersebut menyelerakkan bilik.
"Aku habis bakar bbq pun dah pukul 10. Makan-makan sampai pukul 12. Okey la makanan semalam".Balas Amir.
Jarang Sahel sampai ke masjid tapi muazzin belum melafazkan iqamah.
Bersolat. Sungguh merdu bacaan Syeikh Ma'mun. Beliau adalah pensyarah di Universiti Yarmouk. Sahel mengambil subjek al-Quran dengan beliau.
Sahel terasa sesak apabila memikirkan baki beberapa surah yang belum diperdengarkan kepada Syeikh Ma'mun. Beriktikaf sebentar sambil mengulang hafalan semalam. Tapi mata tiba-tiba mengantuk.
Sahel mula menyimpan al-Quran dan meninggalkan sahabatnya yang masih khusyuk menghafal. Keluar dari masjid.
"Subhanallah cantiknya bulan. Semalam macam mana bulan boleh tiada tapi pagi ni bulan penuh pula. Syukur dapat tengok bulan pagi-pagi subuh macam ni. Anis ni bulan yang awak nak tengok semalam". Sahel berkata-kata seorang diri sambil berjalan pulang.
Sahel yakin Anis pasti merinduinya semalam walaupun Anis selalu berkata pada Sahel yang Sahel hanya perasan sahaja.
"Sapa suruh ajak orang tengok bulan, mestilah orang perasan, haha". Perasan Sahel lagi.
Sunday, May 6, 2012
SEM TERAKHIR AKU DI JORDAN
Alhamdulillah aku semakin hampir untuk menamatkan ijazah sarjana muda. Memang tidak menyangka waktu berjalan sederas ini. Rasa masih banyak lagi perkara yang tidak diketahui. Kadang-kadang rasa malu, ada ijazah sarjana muda tapi ilmu peringkat menengah sahaja. Macam itulah kehidupan, tidak akan pernah habis ilmu yang dicari. Semakin berilmu, semakin banyak perkara yang kita perlu tahu. Masa juga mematangkan fikiran kita. Masa yang digunakan untuk menuntut ilmu, bukan masa yang disia-siakan untuk melepak, berhibur sepanjang masa dan melakukan perkara yang tidak berfaedah.
Di sem terakhir ini juga aku akan menghadapi peperiksaan terakhir, insyaAllah. Doakan segalanya dipermudahkan. Walaupun begitu, perasaan takut itu pasti ada. Walaupun sudah berbelas tahun hidup ini bergelumang dengan peperiksaan tapi masih tidak lali-lali juga. Masih tidak tahu kenapa ia berlaku. Adakah aku hanya mengejar markah semata-mata? Tapi markah aku tidaklah tinggi mana pun. pointer pun sama. Apa yang aku hendak sebenarnya daripada peperiksaan ini? Takkan lah untuk dapat sijil semata-mata sahaja. InsyaAllah niat ini sentiasa boleh diperbaharui supaya kita belajar ini mendapat keberkatan daripada Allah taala. Kejarlah dunia dan akhirat supaya hidup ini memenuhi segala kehendak, kehendak agama ataupun akhrowi dan kehendak duniawi. Bertenanglah dengan peperiksaan yang bakal tiba. Berusaha dan bertawakkal pasti akan membuahkan hasil. InsyaAllah.
Sebenarnya peperiksaan ini mekanisme pengukur keilmuan seseorang. Namun begitu ia tidaklah boleh dijadikan pengukur tepat. Ini kerana sesetengah orang tidak bijak dalam peperiksaan tetapi bijak di sudut lain dan begitulah sebaliknya. Masing-masing mempunyai potensi tersendiri. Disebabkan peperiksaan ini tidak mengira siapa yang suka peperiksaan ataupun tidak, maka semua sekali perlu berusaha tanpa kecuali. Cubalah sedaya mungkin, usaha yang membezakan seseorang.
Mulai dari sekarang kita sudah perlu mempunyai semangat peperiksaan kerana peperiksaan akan bermula pada minggu hadapan. Jangan terlalu suka untuk mengulangkaji di saat-saat akhir. Sesetengah orang akan cakap ia sangat membantu dan membuatkan kita ingat, tapi kalau orang tersebut mula lebih awal, ia akan memberi hasil yang lebih sempurna. Juga tidak semua orang mampu menghabiskan sesi ulangkaji dalam satu malam sahaja. Jadi, pemahaman mestilah bermula daripada sekarang dan saat-saat akhir nanti hanya perlu membaca sekali lalu sahaja.
Berdoalah kepada Allah supaya dikurniakan kemudahan dalam menjawab dan dapat mengingati apa yang telah dipelajari. Disamping menelefon ibubapa dan diminta mereka mendoakan kejayaan kita. Juga pohonlah kemaafan daripada sahabat-sahabat yang kita pernah sakiti mereka dan jangan ulangi lagi perbuatan tersebut.
Thursday, May 3, 2012
KENANGAN
Tuk...tuk...tuk...
"maliz, maliz, maliz.....ana Saadon. Iftaf al-bab". Jerit penjaga bangunan Umar Mukhtar sambil mengetuk-ngetuk pintu rumah kami yang berada di aras tiga bersebelahan dengan kedai runcit Paradise. Berulang-ulang kali diketuk dan memanggil-manggil penghuni rumah yang ibarat kosong tanpa sesiapa. Sudah 3 hari penjaga tersebut datang ke rumah kami tapi tidak diendahkan oleh kami semua. Apabila penjaga itu datang, kami semua membuat seakan-akan tidak mendengarnya dan membiarkan dia pergi begitu sahaja. Rasa seperti lari daripada Along.
Hakikatnya kami masih menunggu duit yayasan yang belum sampai lagi. Masing-masing sudah kesempitan, hanya cukup untuk makan sahaja.
"Sabar la Saadon, ni kali terakhir kami buat perangai macam ni, minta maaf banyak-banyak. Tidak ada niat jahat pon kami semua buat macam ni".
Semasa aku hendak ke rumah kawan yang berhampiran, terserempak pula dengan si Saadon. Terus dia tanya aku duduk di aras mana. Tak tahu nak jawab apa pada dia. Hanya mampu mengangguk dan menggeleng. Tapi rasa macam dah menipu dia pula. Aduiiii. Sorry Encik Saadon.
InsyaAllah malam ni akan bergerak pergi ke Aqabah. Risau seribu kali risau untuk perjalanan yang jauh ini. Berharap program ini diberi rahmat dan perlindungan daripada Allah Azza Wajal. Diberkati dan diberi ganjaran kepada kami semua. InsyaAllah.
Masih ada hajat yang belum tercapai untuk memberi sesuatu kepada seorang rakan. Harap dia berkenan dengan pemberian yang tidak seberapa ini. Semoga boleh dijadikan kenang-kenangan.
Rasa senang sekali menjadi pengarah program kali ini kerana memperoleh AJK yang rajin bekerja dan tidak menyusahkan pengarah. Memang mantap mereka semua ni bekerja. Sangat berharap program Family Day pada pagi esok berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang.
KENANGAN BERUKHWAH
Kenangan makan bersama AMM sebelum turun daripada jawatan masing-masing pada hari sabtu ini. Walaupun tidak banyak yang mampu aku sumbangkan dalam badan kebajikan pahang ini tapi banyak memori telah tercipta. Keseronokan bersama kamu semua tidak mungkin akan dilupakan. Diharapkan jalinan ukhwah ini berkekalan walaupun kita tidak lagi bekerja bersama-sama.
Terima kasih juga kepada salah seorang dari mereka yang telah menaja makan malam di Popoye. Juga menaja makan kek Mango sempena kelahiran salah seorang daripada pimpinan akhowat.
Sungguh singkat waktu berlalu pada minggu ini. Tidak seperti minggu-minggu lain. Barangkali disebabkan aku yang sentiasa inginkan masa berjalan dengan perlahan. Akhirnya sampai juga hari khamis yang mana hari ini kami akan bertolak pergi ke Aqabah. Program tahunan yang menggabungkan 3 program besar BKMPJ. Summer bay resort akan menjadi tempat penginapan selama berada disana.
Bukan program yang kini dirisaukan tetapi waktu semakin singkat untuk aku terus kekal berada di Jordan. Tinggal 2 bulan kurang sehari sehaja lagi. Keluarga tidak sabar menunggu tapi aku masih sayang untuk tinggalkan bumi ini. Masih banyak yang belum disempurnakan. Masih ada sesuatu yang aku sedang menunggu kata-katanya. Aku mahukan kata-kata positif daripadanya supaya aku senang untuk pulang ke Malaysia. Masih banyak ilmu yang belum dituntut. Masih banyak hukum yang masih kabur. Masih banyak buku-buku yang dibeli tapi terbiar tanpa dibaca. Sempatkah 2 bulan ini aku melakukan semua itu.
Tinggal beberapa hari sahaja lagi final exam akan menjengukku dan rakan-rakan semua. Semoga exam terakhir ini menjadi exam yang terbaik buatku. Juga exam terbaik buat rakan-rakan semua. Marilah kita sama-sama berusaha dan berdoa kepada Allah supaya kita memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat.
Wednesday, May 2, 2012
SURAT BUAT ABAH MERTUA
Membantu dia apa yang aku termampu
Menjaga ketika dia ketakutan
Mengawasi tika malam membuka tirai
Mengembirakan apabila dia kesedihan
Kujadikan dia tempat berkongsi masalah
Dia menjadi kawan rapatku
Selalu terserempak ketika ke universiti
Bertemu semasa bermesyuarat
Merapatkan lagi ukhwah persahabatan kami
Lama-kelamaan aku jatuh hati pada dia
Disaat itu kutanya pendapat ibuku
Ibu sentiasa menyokongku
Selagi ia baik untuk diriku dan dia
Ku pohon pertolongan ibu
Untuk melamar si dia
Semoga hubungan ini direstu
Oleh keluargaku dan keluarga dia
Ku minta izinmu
Walaupun hanya di mesej facebook
Alhamdulillah responmu begitu baik
Kau benarkan aku kenal anakmu
Lalu kau beriku syarat
Supaya aku menjaga akhlak dalam perkenalan
Akan kuingat pesanan itu
Aku berharap Allah menguatkan aku
Menempuh hari-hari ini
Supaya kau terima aku
Menjadi menantumu
Dan kau abah mertuaku
Pasti yang terbaik untukku.
Tuesday, May 1, 2012
10 SEBAB TIDAK PONTENG KULIAH
1- Ponteng kuliah adalah perkara yang tidak disukai, maka pastilah ia perkara yang tidak baik untuk dilakukan. Perkara yang tidak baik tidak disukai oleh Allah. Cuba sedaya mungkin untuk tidak ponteng kerana ia perkara yang tidak disukai manusia dan Allah kecuali ada sesuatu yang memaksa anda untuk tidak hadir ke kuliah.
2- Siapa yang menaja anda untuk tidak hadir ke kuliah? Kalau anda keluarkan duit poket sendiri boleh dikatakan itu hak anda untuk tidak hadir ke kuliah. Tetapi masalahnya tidak mungkin anda keluarkan duit poket sendiri melainkan kerajaan atau ibu bapa yang menaja anda. Jadi jangan ponteng kuliah jika anda menghargai pengorbanan yang telah dilakukan oleh mereka yang menaja anda.
3- Setiap perkataan yang dikeluarkan oleh pensyarah sangat penting untuk didengari. Tidak sama apa yang dibaca dalam buku dan apa yang pensyarah terangkan. Sangat penting untuk hadir ke kuliah untuk mendapatkan setiap perkataan yang diperkatakan oleh pensyarah. Hargai pengorbanan pensyarah anda yang ingin menyampaikan ilmunya. Hormati keberadaan pensyarah anda didalam kuliah.
4- Jadikan hadir ke kuliah itu satu tabiat yang anda sukai dan menghiburkan. Juga jadikan duduk di rumah tanpa kuliah adalah membosankan. Tabiat itu mempengaruhi minat seseorang. Pupuk minat itu bermula daripada sekarang.
5- Berkawan dengan mereka yang suka hadir ke kuliah. Juga cuba-cuba menasihatkan mereka yang tidak hadir ke kuliah. Kadang-kadang anda mudah terpengaruh dengan kawan-kawan yang tidak hadir ke kuliah. Mereka mungkin akan pujuk anda untuk melakukan perkara lain.
6- Selalu mendengar ceramah-ceramah yang boleh memberi motivasi pada diri anda. Juga selalu membaca blog-blog kearah motivasi untuk anda lebih berkeinginan menuntut ilmu.
7- Sangat penting untuk anda selalu menelefon ibu dan bapa lebih-lebih lagi buat mereka yang berjauhan dari keluarga. Bercakap dengan ibu bapa ini mampu memberi ruh kekuatan dan semangat untuk lebih rajin hadir ke kuliah.
8- Jaga kesihatan. Jika hanya sakit sedikit sahaja tidak perlu untuk anda memanjakan diri untuk tidak hadir ke kuliah. Jadi mahasiswa dan mahasiswi yang kuat.
9- Jaga waktu tidur. Ramai antara mahasiswa dan mahasiswi yang tidak hadir ke kuliah disebabkan tertidur atau tidak tersedar untuk hadir ke kuliah. Mungkin mereka mengamalkan tidur lewat malam. Perlu dihindari jika anda adalah sejenis manusia yang sukar bangun tidur.
10- Mempunyai rasa tanggungjawab kepada diri, keluarga dan negara. Jika anda mempunyai perasaan ini tidak mungkin anda akan ponteng kuliah secara sengaja. Didik perasaan ini supaya anda mampu menjadi aset paling berguna untuk Malaysia pada masa akan datang.
~UBAH DIRI, UBAH SIKAP, UBAH PERSEPSI. ANDA AGEN PERUBAH~
5- Berkawan dengan mereka yang suka hadir ke kuliah. Juga cuba-cuba menasihatkan mereka yang tidak hadir ke kuliah. Kadang-kadang anda mudah terpengaruh dengan kawan-kawan yang tidak hadir ke kuliah. Mereka mungkin akan pujuk anda untuk melakukan perkara lain.
6- Selalu mendengar ceramah-ceramah yang boleh memberi motivasi pada diri anda. Juga selalu membaca blog-blog kearah motivasi untuk anda lebih berkeinginan menuntut ilmu.
7- Sangat penting untuk anda selalu menelefon ibu dan bapa lebih-lebih lagi buat mereka yang berjauhan dari keluarga. Bercakap dengan ibu bapa ini mampu memberi ruh kekuatan dan semangat untuk lebih rajin hadir ke kuliah.
8- Jaga kesihatan. Jika hanya sakit sedikit sahaja tidak perlu untuk anda memanjakan diri untuk tidak hadir ke kuliah. Jadi mahasiswa dan mahasiswi yang kuat.
9- Jaga waktu tidur. Ramai antara mahasiswa dan mahasiswi yang tidak hadir ke kuliah disebabkan tertidur atau tidak tersedar untuk hadir ke kuliah. Mungkin mereka mengamalkan tidur lewat malam. Perlu dihindari jika anda adalah sejenis manusia yang sukar bangun tidur.
10- Mempunyai rasa tanggungjawab kepada diri, keluarga dan negara. Jika anda mempunyai perasaan ini tidak mungkin anda akan ponteng kuliah secara sengaja. Didik perasaan ini supaya anda mampu menjadi aset paling berguna untuk Malaysia pada masa akan datang.
~UBAH DIRI, UBAH SIKAP, UBAH PERSEPSI. ANDA AGEN PERUBAH~
TANGGUNGJAWAB SEORANG SUAMI
Tugas suami bukan sekadar bekerja mencari nafkah di luar rumah sahaja tetapi melakukan kerja rumah sepertimana yang dicontohkan oleh Rasulullah sebaik-baik contoh teladan. Membantu isteri melakukan kerja rumah bagi sesetengah pihak adalah memalukan tetapi itu adalah pemikiran yang salah. Itu adalah tugas seorang suami. Isteri hanya membantu suami untuk menyiapkan kerja-kerja rumah tersebut.
Apabila masuk pula waktu solat maka tanggungjawab suami untuk pergi ke masjid. Tanggungjawab suami melengkapi segenap aspek kehidupan. Antara tugas suami yang soleh:
-Menjaga dan mendidik anak.
-Menyediakan makan dan minum isteri dan anak-anak.
-Mengurus segala keperluan rumah-tangga.
-Memberi pendidikan agama yang sempurna kepada mereka.
Lengkapi diri sebelum menuju ke alam perkahwinan. Ada beberapa perkara yang anda perlu lihat untuk menjadi seorang suami. Jika anda memenuhi kesemua perkara tersebut anda tidak perlu teragak-agak untuk menghantar rombongan meminang.
-Rela berkongsi dengan pasangan anda segala aspek kehidupan.
-Mampu berfikir secara terbuka.
-Anda boleh menjawab soalan "Kenapa aku nak kahwin" dengan baik apabila disoal bakal bapa mertua.
-Sanggup bertolak ansur.
-Bersedia menerima tabiat dan sifat pasangan.
-Bersedia meninggalkan zaman bujang.
Apabila sudah berkahwin, berusahalah untuk menjadi suami yang soleh yang mampu mendidik keluarga dan membawa keluarga ke jalan syurga. Suami yang soleh antaranya:
-Bertanggungjawab sepenuhnya terhadap isteri, anak-anak dan ibu bapanya.
-Mampu menyelesaikan masalah dengan baik tanpa mengikut perasaan.
-Tidak menyakiti hati isteri kerana perempuan mempunyai hati yang sensitif dan mudah terasa.
-Mampu menyelesaikan masalah dengan baik tanpa mengikut perasaan.
-Tidak menyakiti hati isteri kerana perempuan mempunyai hati yang sensitif dan mudah terasa.
-Membimbing isteri dan anak-anak dengan penuh kesabaran.
-Sentiasa berdoa supaya diri anda dan isteri sentiasa menjadi insan terbaik disisi Allah.
-Ringankan kaki ke masjid dan sentiasa juga berjamaah bersama-sama isteri dan anak-anak.
-Sentiasa membuat bulatan gembira bersama isteri dan anak-anak.
-Lengkapkan diri dengan ilmu agama dan sentiasa membaca buku-buku agama.
-Jadikan diri sebagai tempat rujukan isteri dan anak-anak.
-Jangan sesekali berkasar dan berkeras dengan isteri.
-Sentiasa menunjukkan kasih-sayang kepada keluarga.
-Jaga maruah isteri.
-Sentiasa membaca al-Quran bersama-sama sambil bertadabbur.
Kita sentiasa berusaha tetapi Allah yang mengatur segalanya. Semoga kita menjadi suami yang soleh dan mampu mengurus keluarga dengan baik.
Subscribe to:
Posts (Atom)