Tuesday, August 2, 2011

I LOVE U رمضان...

السلام عليكم إلى اصدقائي جميعا. أريد أن كتابة عن رمضان كريم. أحب هذا الشهر حبا جما.
Hehe....xnk menulis pnjg la dalam bhse arab nnti ramai yg kagum plk...wlupun yg bce ni ntah2 sorg dua je..ntah2 xde,,,tp sy x mengharap ade yg membacanye sbb sy mmg ske tulis mcm ni wlupun xde yg bce...sy malu sebenarnye klu ade yg bce tulisan sy yg x seberapa mcm ni...hehe..x sgke skrg ni dah msuk bulan ramadan yg sgt ditunggu-tunggu oleh setiap umat islam yg ske beramal..ni pengalaman sy yg pertama berpuasa di perantauan..sy rse mmg seronok la setakat 2 hari berpuasa ni..nmpk kemeriahan berpuasa kt sini...dengan jemaah kt masjid berganda-ganda ble solat 5 waktu...subuh pn rmai sme je mcm solat2 lain...mmg seronok la...ble kte tgk ramai org yg datang masjid ni,,hati kte ni dgn sendiri jgak tergerak nk pg turut serta...mmg seronok la solat jemaah rmai2 mcm 2..betul x???walaupun sebelum ni kte ni x pernah pg solat kt masjid ke ape ke..cbe la dtg time2 mcm ni,,mne la tau hti kte ni ske dan ble da ske,,kte akan istiqamah buat bnde 2...selamat pergi ke masjid...jgn lpe ye,solat fardu berjamah tambah plk ngn solat di masjid,,pahala nye berlipat kali ganda bulan ramadan ni...contohnye kte kerja kan,bos kte ckp,bulan rmadan ni spe yg keje setiap hari akan naik gaji 50%..drpd 2000 jd 4000...spe xnk x pyh dtg keje...rse2 semua ke dtg atau xde yg dtg...jwpn da ade dalam kepala awak 2...huhu..mestila nk duit kan..mcm 2 la jgak bulan rmadan ni Allah naikkan pahala drpd bulan lain...sbb 2 kte kne berusaha mendapatkan sebanyak mungkin pahala...jgn bazirkan masa anda dengan maksiat yg mengurangkan pahala anda 2...antara perkara-perkara yg Allah bg ganjaran kt kte ialah,bnyak bce quran...hbeskan 30 juzuk....nk bgus lg,2 kali khatam...nk bgtau phle bce quran ni bulan-bulan biasa,satu huruf dapat 10 ganjaran,,klu bulan puasa ni,,,lu pk la sendiri...amaln-amaln yg senang nk buat,awal berbuka,,dapat SUNNAH da kt situ...lambatkan sahur,SUNNAH lagi...pastikan amalan anda juga menepati sunnah...jgn duduk buat adat2 yg xde dlm sunnah...amalan anda x dikira...so sia-sia la anda buat...klu nk tau yg mne sunnah dan yg mne x sunnah,,kne belajar,,open minded sikit...amalan lain ialah iktikaf kt masjid...mmg senang jela...duduk kt masjid,,niat je iktikaf...kau tido ke ape ke,,insyaAllah dapat ganjaran...nak2 sekarang ni musim panas kan,,ape kate rmai2 kte pakat g iktikaf kt masjid jamiah 2...ade air-cond..hehe...tarawih jgn tinggal..klu paling malas la,,buat la sndiri kt rumah 2...klu boleh jgn tinggal la...klu kt msjid bukan lme pn,,1 juzuk je pn imam bce...haaa klu malas,duduk belakang,dgr je imam bce...dpt pahala da kt situ...jd org yg solat ni jgn plk kutuk2 org yg x solat kt blkg 2,,die pn dpt phala jgak...awk yg kutuk 2 dpt dosa plk..hehe...sedekah ni sgt penting...dlm hadis pn ade bgtau pasal klu kte ni bg makan org berpuasa,,kte dpt pahala sme mcm org puasa...betapa hebatnye sedekah makan kt org puasa...byk kan la sedekah ek..tp klu da xde duit nk buat mcm mne kan...fuhhh penat la plk menulis pnjg2 ni...nk berehat dulu..penat sebab exm td...hehe...selamat berpuasa semua...

مع السلامة.....

Monday, July 25, 2011

menjelang ramadan karim:berbaik sangka amalan mulia

kenapakan orang malaysia ni tak suka kat orang arab,kesian tau orang arab yang suka kat kita.yela saya asyik perhatikan je orang malaysia ni kutuk la apela,x dosa ke?ala setakat mereka cakap 'NIHAU' tu biasala.tak kan la da duduk sini berapa tahun tak lali lagi dengan panggilan macam tu.ape la korang ni.kadang-kadang kan kita ni tak pernah pun tanya mereka kenapa panggil kita macam tu,terus je kita cakap mereka ni tula dan nila.klu kita perhatikan la,kita ni orang malaysia dapat beza sangat ke orang arab mesir dengan syria ke,atau dengan arab mana-mana la.susah kan.macam tu juga la orang arab ni.mereka bukan kenal sangat orang malaysia ke orang china ke.bangga jela kalau mereka panggil kita china ke ape ke.ok?tak hensem ke orang china?kalau mereka panggil kita korea,lagi la kan kene bangga.hensem ciptaan tuhan orang-orang kat sana.lepas ni kita BAIK SANGKA jela kalau mereka panggil kita macam tu supaya mulut kita ni terjaga dari sebut perkataan tak baik.kita ni kat negeri orang,kena la beradab dengan orang tu.sesetengah orang malaysia kat sini kalau orang arab panggil nihau,mereka akan beri salam.tapi ckp la elok-elok,janganla beri salam tapi buat orang arab tu tak sedap hati pula.kat sini kadang-kadang memang la tak boleh tahan kan kalau budak kecik yg panggil kita,sabar la kawan-kawan.budak kecik ni tak tau ape pun,mereka ni ikut je abang-abang mereka cakap.ade pepatah melayu la rasanya'KALAU KITA LAYAN ORANG BODOH,KITA PUN ORANG BODOH'kasar la kan peribahasa yg tak tau dari mana saya dpt.saya selalu cakap peribahasa ni kat kawan-kawan saya supaya mereka ni tak layan orang arab yang kacau mereka.huhu.sekarang ni rasanya dah takde sangat orang arab nak kacau orang malaysia.mereka pun da tau kita ni orang malaysia.sepatutnya kan kita boleh je jawab 'nihau'mereka tu,kan kat malaysia ramai je orang cina.ape masalahnya?'nihau maksudnya apa khabar kan?baik je maksudnya.
SELAMAT BERAMAL....HEHE

Sunday, July 24, 2011

exam semakin hampir...

pejam celik pejam celik je soifi ni,mggu depan da nk exm,x sgke sekejap sgt.apa boleh buat.tulah masa.sgt cepat berlalu.kalau kita yg x gne sebaiknye,masa x akan tggu kita.masa tetap akan pergi.nak cerita kt cni,npe la xde mood lg nk study?ke sebab ambik 3 madah je.aduhai.malasnye.rajin,sy seru awk dtg la.hehe.insyaAllah exm selasa depan,2 hb 8 2011.pehhh da nk hbes da 2011 ni.sekejap bebenor la...hehe.sebenarnye sy nk blek kampung.setiap mlm tau sy mimpi family.da rndu sgt kt dwnk semua.sedara mara pn da msuk dlm mimpi sy ni.org kate klu kte ingt die,die ingt kita.xtau la betul x,ni dlm crte hantu kak limah yg ckp.tp klu kte asyik ingt org 2,mmg boleh bwk dlm mimpi.kn?hehe.petang2 ni xde ape nk buat,ingt jap lg nk pg men tenis,da lme x sentuh raket tenis sy 2,rugi la beli kan klu x main.hehe.
pasal exm td kan,sy rsau sgt pasal ade subjek ni sy pnye carry mark dpt rendah sgt,sy target ni la subjek yg plg senang,tp sangkaan sy x betol,sdehnye.harap sgt doktor tmbh markah sy,dapat 70 ke keaatas sy da syukur sgt da.xpela,bnde da lepas jgn dikenang,yg akan dtg ni perlu usaha lebih,kn?hehe.
berbalik kepada persediaan exm yg semakin hampir ni,korg da bersedia ke?sy cme nk ingt bebrapa perkara je ni,yg paling penting study mulai skrg la,da stat bce,yg plg penting jgn pernah tgglkan ape yg da diajar.pasti kne bce.bce semua ok,jgn skip2 atau nk target tempat2 penting je.jgn main ngn nasib.hehe..xaci tau.tp klu exm 2 lpe jgak,biase la 2.jgn la rsau.sy pn sllu mcm 2,nk buat mcm mne da manusia mmg mcm 2,yg penting kte da usaha sedaya mungkin,bukan usaha ala kadar je ok.ade org kte x perlu da study last minit klu da study awal2 kan,tp bg sy sgt perlu sbb kte boleh ulang2 sikit ape yg da kte bce,takut lpe biasela.
yg kedua kne jge kesihatan bdan.klu sy,sy ske mnum susu kotak 2,setiap hari mnum,tp klu hbes stok,x mnum la sehari pastu beli la.bgus susu ni bg kte tenaga n kesihatan kulit,kt cni kan panas,nnt kulit rosak,so,mnum la susu.byk mkn buah,skrg kan mcm2 buah ade.insyaAllah membantu.
yg ni penting jgak,buat nota sendiri.buat la yg rgkas2.supaya dekat2 da nk exm x la keliru.biasenye ia sgt membantu la.sy ske buat nota mcm 2,time rajin la..hehe.mse exm hari 2,sy buat la nota mcm ni,soalan abc je.jd sy ingt la point ni kt cni.point 2 kt situ.mcm 2 la kepentingannye...ok,2 jela nk kongsi sikit.lgpun da lme x tulis blog,msti xde spe2 yg bce...haha.

SELAMAT MENJAWAB EXAM RAKAN-RAKAN SEMUA.

Saturday, July 23, 2011

JORDAN

assalamualaikum...da setahun dduk kt jordan ni.baru ni la teringat nk bke smle blog ni.sbb bru je teringat password nye.huhu.byk sgt da kngn kt cni smpaikan ade yg da lpe.tp nnt ble da cter2 smle ngn kwn2,pasti la terkenang kan smle.skrg sy kt fatrah soifi.mmg cuaca skrg ni agak panas la.berpeluh la sikit2.tp x de la panas melampau lg.2 mggu lg da nk ramadan.senior pn mse 2 da nk balek malaysia.aku setahun lg.kwn2 plk rmai yg nk berpuasa di malaysia.ntah berapa puntung org jelaa yg ade kt irbid ni.beraya ngn spe pn x tau la lg.yg pasti ade bad,kwn sekolah cenor dulu,smpai la leni.hehe..ade lg dalam 5 org bdak2 ikip yg x blek malaysia,tp dwnk pg umrah plk...blek time rye nnt.mmg sedih la rye ni,,x sempat rye,puasa ni pn da sedih kot berbuka sorg2..insyaAllah semua 2 da diatur Allah,harap semua khoir.x berniat nk menulis pnjg.cukup la update smpi cni.biar pendek,jnji istiqamah....hehe...

Friday, April 9, 2010

Perbankan islam mesti menjadi pilihan

Asssalamualaikum kepada sahabat-sahabat perjuangan. Sudah agak lama saya tidak membuka ruangan blog saya ini kerana mungkin saya terleka dengan perkara yang tidak penting tetapi nasib baiklah ada yang telah menyedarkan saya untuk kembali menulis di ruangan percuma ini. Namun apa yang saya ingin perkatakan ini mungkin telah diperkatakan oleh kebanyakan orang, namun perlu juga saya tampilkan idea saya berkenaan perkara tersebut.

Saya ingi mengulas sedikit berkenaan perbankan islam yang masih ramai lagi tidak mempunyai kesedaran mengenainya. Tidak dapat dipertikaikan lagi mengenai pengharaman membabitkan diri dalam perbankan konvensional disebabkan telah wujudnya inisiatif perbankan islam. Menjadi persoalan disini mengapa masih ramai lagi orang islam yang berurusan dengan perbankan konvensional. Sedarlah saudaraku seagamaku, dosa membabitkan diri dengan riba, yang paling ringan adalah berzina dengan ibu sendiri. Jika dikaitkan dengan makanan, ramai yang jijik jika makanan mereka mengandungi perkara-perkara haram. Tapi bagaimana dengan riba?

Ramai yang mempertikaikan perbankan islam ini. Pada pendapat saya mereka mempertikaikan perbankan islam kerana mereka tidak faham tentang konsep islam itu. Jika mereka faham islam itu, mereka tidak akan mengatakan bank islam itu atau ini dengan niat untuk menjatuhkan institusi islam itu. Namun jika apa yang dikritik itu untuk meningkatkan mutu perbankan islam tersebut, ini sangat digalakkan.

Kalau dilihat tahap kesedaran mengenai perbankan islam ini masih ditahap amat rendah sekali di Negara kita ini. Kebanyakan masjid juga masih tidak mampu untuk membicarakan tajuk ini kerana ia mungkin menyebabkan jamaah yang datang bosan dengan apa yang disampaikan. Namun pada saya ia sesuatu yang mudah untuk menerangkan perkara berkaitan dengan riba kerana ia telah dipelajari sejak sekolah rendah lagi. Maksud saya adalah perkara-perkara asas berkaitan dengan riba kerana riba ini sangat dalam perbahasannya dan tidak mungkin dapat difahami oleh orang awam.

Jadi apa yang perlu diterangkan kepada orang awam ialah berkenaan kewajipan umat islam menyimpan wang di perbankan islam. Perlu juga dinyatakan sebab musababnya kenapa mereka perlu melakukan demikian kerana mungkin mereka tidak dapat membezakan antara perbankan islam dengan perbankan konvensional. Apa yang nyata dan jelas ialah perbankan konvensional mengandungi riba, gharar, jahalah dan perjudian. 

Apa yang saya sangat kecewa ialah sesetengah daripada pegawai perbankan islam sendiri yang tidak dapat membezakannya. Apabila ditanya berkenaan dengan perbezaan antara perbankan islam dan konvensional, mereka menjawab sama saja. Ini satu perkara yang memalukan bagi pihak perbankan islam. Jadi pihak yang bertanggungjawab perlulah mengatasi perkara ini secepat mungkin dengan mengadakan lebih banyak seminar-seminar berkaitan dengan bahayanya melibatkan diri dengan perbankan konvensional.

Saya kadang-kadang kagum dengan orang bukan islam atas minat mereka dengan perbankan islam. Mereka banyak menggunakan produk-produk yang ditawarkan oleh perbankan islam. Mengapa mereka minat dan kenapa kita orang islam tidak minat? Saya tinggalkan persoalan ini untuk anda sendiri jawab. Sebenarnya tiada alasan lagi untuk kita tidak menggunakan perbankan islam kerana ialah adalah alternative terbaik kepada perbankan konvensional.

Kalau kita pergi ke kedai-kedai buku, sudah banyak sekali buku yang berkaitan dengan perbankan islam dijual berbanding dengan awal 90an dulu, amat sukar untuk mendapatkannya. jika adapun, harganya tentulah amat mahal sekali dan ia mungkin sesuai dibaca oleh orang yang bijak pandai saja. Tapi sekarang ia telah banyak ditulis dalam bahasa yang mudah difahami oleh sesiapa saja. Jadi janganlah memberi seribu alasan tidak dapat memahami perbankan islam dengan baik. terutama sahabat-sahabat saya yang mengambil bidang ekonomi dan perbankan islam, marilah kita sama-sama meningkatkan lagi mutu pengetahuan dan mengkaji dengan lebih mendalam lagi isu-isu berkaitan perbankan islam.

Apa yang saya ingin tegaskan disini, menjadi kewajipan umat islam menukarkan akaun daripada konvensional kepada islamik. Saya sangat berharap umat islam sedar atas apa yang dilakukan selama ini. Marilah kita bersama-sama menjana dalam perkembangan bank islam. Semoga dengan usaha kita ini diberi pahala oleh Allah. Jadi apa yang saya nyatakan disini atas rasa tangunggjawab saya menyedarkan umat islam betapa pentingnya menghindarkan diri daripada perbankan konvensional. Wassalam.

Thursday, October 29, 2009

salam kemaafan...

sudah lama sungguh saya tidak membuka blog ini memandangkan masa tidak memberi ruang walaupun kadang2 saya sendiri yang tidak memanfaatkannya...
memang agak susah untuk memberi keadilan kepada waktu,mesti dengan caranya juga...
namun ape caranya menjadi pelbagai tanda tanya.sebagai seorang pelajar mestilah tahu caranya lebih2 lagi kita ditahap mahasiswa..
ada satu cara yang biase saya guna iaitu membuat jadual pembacaan,contohnya pada hari isnin saya baca buku berkenaan akidah dan hari2 berikutnya buku2 yang selainya.kalau saudara2 nak cuba cara tersebut silakanlah.ia sangat banyak membantu memanfaatkan masa.

Sunday, July 19, 2009

cinta sejati


sebagai membuka bicara ini izinkan saya berpantun 2 kerat dan 4 kerat...


malam-malam makan biji bidara,

izinkan saya menulis sepatah dua kata.


pergi melaka naik beca,

dekat sana banyak tauhu,

jangan lupa baca,

baca 2 sampai habis tau.


apakah cinta sebenarnya?

adakah ia perlu dituruti atau dihindari?

sungguh aku tidak sangka,masih terdapat cinta yang tidak suci dalam hati orang yang berjiwa suci.

sanggup dia bermain cinta demi nafsu semata-mata.

apakah dia tidak punya harga diri.

atau adakah harga diri itu telah dibuang jauh dari kehidpan duniawi.

ketahuilah cinta amat suci tafsirannya.

namun telah dirosakkan tafsirannya.

oleh insan yang bernama manusia.


wahai manusia,marilah bersihkan kembali tafsiran ini.

daripada anasir-anasir yang sedang membinasakan umat.

kembalikan semula cinta yang suci.

moga menjadi cinta yang hakiki.

cinta hakikatnya direstui.

inilah yang diingini.

oleh manusia yang ingin dikasihi.


antara cinta dan sayang yang mana lebih agung?

dalam sayang ada cinta.

dalam cinta tidak semestinya ada sayang.

namun masing-masing ada kelebihannya.

jangan diperkecilkan cinta itu.

kerana cinta takrifnya ada dalam jiwa manusia.

perlu dibimbing agar mendapat cinta yang sejati.



KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan