Saturday, September 22, 2012

SYARIAH DAN PENGURUSAN

ada gaya macam penasihat syariah x??hehe

Teringat lagi ketika saya di tingkatan 5. Saya pernah mengikuti program motivasi SPM di Universiti Malaya bersama rakan-rakan SPM SMA Chenor yang lain. Motivasi tersebut diadakan selama 3 hari. Itulah kali pertama saya menjejakkan kaki di UM. Pada masa itu pernah juga saya berazam akan menyambung pelajaran disana. Biasalah fesilitator yang terdiri daripada abang dan kakak UM telah memberi semangat pada waktu itu. Tapi tahu-tahu sahajalah semangat budak sekolah bukannya bertahan lama. Tidak sampai seminggu sudah malas semula.

Alhamdulillah Allah itu akan mengabulkan doa kita cuma mungkin kita perlu bersabar. Sebab kalau tanpa usaha dan hanya berdoa sahaja pasti tidak termakbul doa tersebut. Saya pun tidak sangka dapat diterima masuk disitu. UM adalah satu-satunya universiti yang saya pohon dan sangat berharap akan dapat diterima disitu. Memang niat daripada awal saya mahu menyambung pelajaran. Namun kadang-kadang teringin juga untuk bekerja. Kalau sudah bekerja dapat juga membantu ibubapa dan adik-beradik lain. Dapat juga bantu orang yang memerlukan. Tapi mungkin waktu bekerja itu belum sampai lagi dan masih terasa untuk menuntut ilmu. Saya yakin rezeki itu ada dimana-mana walaupun anda bekerja ataupun masih lagi belajar. Rezeki Allah itu kadang-kadang tidak disangka.

Kenapa pilih jabatan syariah dan pengurusan? asalnya sangat susah untuk buat pilihan. Terasa juga nak ambil jabatan usul fiqh tapi entahla. Susah untuk dijelaskan. Akhirnya ambil syariah dan pengurusan. Tetap belajar usul fiqh juga kerana subjek wajib fakulti syariah. Subjek wajib jabatan ada satu sahaja. Kalau macam saya ini ambil secara campuran, kursus dan disertasi. Sem pertama ni ada 4 subjek sahaja. Sem depan baru mula buat disertasi. Menurut kata senior, sangat mudah untuk lulus 4 subjek ni. Yang mungkin susah sikit apabila nak buat proposal disertasi nanti.

Syariah dan pengurusan ini sebenarnya berkaitan dengan islamic banking. Mungkin inilah sebab saya mengambil jabatan ini. Saya pun sangat berminat dengan industri perbankan islam dan sangat berharap dapat menyumbang serba sedikit dalam industri ini. Apa yang saya fikirkan sekarang ini, jika semua institusi kerajaan menyimpan wang dan juga melabur di perbankan islam, insyaAllah industri ini dapat ditingkatkan. Namun perkara ini perlu dikaji dengan lebih mendalam lagi kerana dana yang terlalu banyak seperti ASB yang terpaksa melabur di tempat yang haram kerana ketidakcukupan tempat pelaburan yang halal. Lalu difatwakan halal kerana melihat maslahat yang lebih besar.

Perkara berkaitan dengan riba ini sangat-sangat penting dan perlu diambil tahu oleh semua pihak. Tugas kepada yang tahu mengenai dosa riba ini perlu disampaikan kepada mereka yang masih lagi tidak faham dan seringkali menyamakan perbankan islam dan konvensional. Antara perkara yang seringkali umat islam teribat dengan riba ialah dalam urusan simpanan wang, pinjaman pembelian kereta dan rumah dan urusan insuran. Semoga kefahaman ini akan diketahui dan difahami oleh semua umat islam dan juga bukan islam dengan munculnya dan ramainya golongan terpelajar daripada industri perbankan islam.

3 comments:

  1. salam, boleh ceritakan lagi ttg kos pengurusan muamalat ni? terima kasih ;)

    ReplyDelete

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan