Monday, July 2, 2012
2 JAM TERAKHIR DI BUMI JORDAN
Siapa kata tak sedih nak tinggalkan bumi Jordan ni? Rasa sebak nak pergi. Rasa mahu tinggal disini lagi. Tidak cukup 2 tahun berada disini. inilah post terakhir selama aku berada di Jordan. Rasa macam tiada ilmu je bicara benda-benda yang tak ilmiah. Biarlah. Aaaaaah tak sempat dah nak tulis. Semoga ilmu yang aku pelajari ini dapat dimanfaatkan kepada umat Islam dan bukan Islam di Malaysia.
Sunday, June 24, 2012
Memori
23.6.2012
Agak lama juga kami duduk bersantai sambil berborak-borak di rumah beliau. Sejak daripada pukul 3 lebih sehingga masuk waktu isyak.
24.6.2012
Alhamdulillah sebelum pulang ke Malaysia sempat berkunjung ke rumah pegawai atase pendidikan di Jordan iaitu Ustaz Saifuddin. Beliau yang dikenali dengan keramahan dan kemesraan dengan penuntut-penuntut di Jordan. Beliau menetap di Amman dengan isteri dan seorang anaknya. Banyak perkara yang kami bincang dengan beliau terutamanya mengenai kerjaya masa depan. Isteri beliau yang baru sahaja mendapat title Dr daripada Universiti Malaya juga amat baik dan seorang yang lucu. Selalu sahaja membuat kami ketawa.
![]() |
| berborak dengan ustaz saifuddin sambil menjeling kearah makanan. |
Apa yang paling sedap ialah makanan yang disediakan. Nasi kerabu kelantan. Memang sudah lama tidak menyantapi masakan kerabu seperti itu. Ditambah lagi dengan laksa yang sangat menyelerakan. Memang makan sampai mengandung 5 bulan.
![]() |
| besarnya rumah ustaz. rasa tak nak balik je. |
![]() |
| bapak sedapnya nasi kerabu ustazah dr ni buat. rasa nak datang tipa-tiap hari makan. |
![]() |
| ustaz menceritakan pengalaman bekerja beliau. |
![]() |
| semua khusyuk makan dan mendengar cerita hidup ustaz. |
24.6.2012
![]() |
| donut factory memang sedap. |
Hari ini alhamdulillah juga masih ade rezeki yang diberikan oleh kawan baik saya. Terima kasih kawan. Sangat-sangat sedap. Minta maaf sebab saya tak dapat nak beri awak apa-apa. Hehe. Semoga persahabatan kita akan terus berkekalan walaupun macam-macam masalah terjadi. Nasihat saya buat sahabat saya yang terbaik ni, jangan terlalu banyak memikirkan masalah, kalau ada satu-satu masalah tu, kongsilah dengan kawan yang dipercayai, dan terus selesaikan masalah tu, jangan tangguh-tangguh, nanti asyik nak fikir je masalah tersebut. Apa yang paling penting ialah belajar sungguh-sungguh sampai grad. Jaga kesihatan, makan banyak sikit, dan tidur awal. dapatkan keputusan mumtaz. Kalau muaddal tak mumtaz sekalipun, jadilah seorang yang mumtaz dalam apa pun yang kita lakukan. InsyaAllah saya doakan sahabat saya selalu dipermudahkan segala urusan.
Hari ini juga saya telah pergi ke Universiti Yarmouk untuk menemani sahabat saya yang akan pulang pada hari esok. Dikesempatan itu juga saya turut mengambil peluang berjumpa dengan para Doktor yang telah banyak mengajar saya terutamanya Doktor daripada Qisim Ekonomi.
![]() |
| bersama dr amir atum. |
![]() |
| bersama dr ibrahim ubadah. |
![]() |
| bersama dr bani isa. |
![]() |
| bersama dr zakaria syatnawi yang paling kanan. |
Saturday, June 23, 2012
Salam sahabat senior dan junior.
![]() |
| kenangan 4 tahun bersama batch 4 ikip. |
Assalamualaikum sahabat-sahabat semua. Peace.
Terima kasih kerana sudi membaca blog saya. Sungguh terharu. Hehe.
Baru sahaja sebentar tadi pulang dari Donut House. Sahabat-sahabat junior saya mengadakan majlis perpisahan buat kami semua Batch 4. Sangat-sangat terharu. Ni yang buat kami semua sayang kamu semua. Hehe. Kalau bukan mereka, siapa lah lagi akan buat majlis yang terindah seumpama itu. Memang sangat-sangat terindah dan kali pertama kita mengadakan majlis di tempat yang terindah itu.
Saya tak dapat nak panggil junior saya dengan panggilan 'adik' sebab umur mereka ada yang lebih tua dan kebanyakan sebaya, kenalah panggil sahabat junior. Hehe. So sweet.
Sudah 4 tahun bersama sahabat senior dan 2 tahun bersama sahabat junior. Terlalu banyak kenangan yang terindah kita bersama. Kalau ingin kongsikan kenangan itu mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk dihabiskan. Punya la banyak kan.
Hubungan antara kita saya kira sangat-sangat rapat dan mesra. Tidak pernah lagi sejarah dunia menunjukkan bahawa senior akan baik dengan junior sebaik yang kita telah lakukan. Amboihhh hebat betul hubungan kita. Saya rasa mungkin kita sekepala dalam banyak hal.
Ini kali kedua sahabat junior kita meraikan majlis perpisahan yang akan dikenang sampai bila-bila. Kita sahabat-sahabat senior tidak meraikan apa-apa buat mereka mungkin kerana kita senior. Haha.
Sungguh terasa sangat berat hati ini untuk pergi meninggalkan sahabat-sahabat disini setelah banyak kenangan yang kita telah lalui bersama. Tapi apakan daya, kita tidak mungkin dapat bersama sentiasa, masing-masing ada tanggungjawab lain yang perlu diselesaikan. Kita hanya mampu mengekalkan hubungan ini dan jangan sesekali rosakkan hubungan yang telah dibina sekian lama. Semoga hubungan ini terus berkekalan sehingga akhir hayat.
"Kawan akan membuatkan hidup kita dipenuhi manis kebahagiaan"
Kami sahabat-sahabat senior yang akan pulang ini akan selalu mendoakan kamu semua berjaya dan mencapai apa yang diharapkan. Teruskan berusaha walaupun rasa dah terseksa sangat. Kamu akan merasai kemanisan usaha tersebut apabila sampai waktunya nanti. Jangan sesekali berfikiran negatif apabila dalam keadaan sukar, teruskan dengan minda positif supaya hasilnya akan terus positif insyaAllah. Perkara yang sukar akan menjadi senang apabila mindset kita fikir perkara itu adalah senang.
kami sahabat-sahabat senior memohon maaf sekiranya selama ini kami tidak dapat berkongsi banyak ilmu dengan kamu semua, kadang-kadang kami merasakan kamu semua adalah lebih layak untuk kongsikan ilmu kalian semua. Saya memuji kegigihan kalian dalam mencari ilmu.
![]() |
| batch 4 & 5 sobaya. manis-manis kan semua. |
Kita selagi bergelar insan, harus terus memburu ilmu. Teruskan belajar. Ilmu ini tidak akan pernah cukup buat kita kerana ilmu sangat-sangat luas. Itulah kekuasaan Allah. Jangan juga kita malu untuk belajar daripada orang yang lebih muda dan juga yang muda jangan malu mengajar yang tua. Sama-sama kita kongsikan ilmu kerana masing-masing pada kita mempunyai kelebihan tersendiri. Cuma kadang-kadang kita tidak sedar akan kelebihan itu.
Selain itu suka juga saya untuk berpesan, kita jangan terlalu memuji seseorang. Walaupun sehebat manapun dia. Sebabnya ia akan membuat kita berasa terlalu merendah diri dan mengurangkan keyakinan pada diri kita. Ia juga tidak sesuai dengan kerjaya kita yang memerlukan mereka-mereka yang berkeyakinan dan berwawasan. Orang yang dipuji itu juga harus berhati-hati dengan pujian, ia mungkin akan menjatuhkan anda kelembah yang hina.
Tidak dapat disangkal zaman di universiti adalah zaman yang terindah, sebab itu kita akan rasa terlalu singkat masa disini. Pejam celik sahaja sudah habis belajar.
![]() |
| syabab batch 4 & 5 yang hensem-hensem. sedih sgt nak berpisah dengan kalian semua. |
Kepada sahabat yang masih belajar, teruskan belajar sampai lebam (belajar sungguh-sungguh), yang sudah ingin mendirikan rumah tangga, berbahagialah kalian sehingga ke akhirnya, yang sudah ingin menceburi bidang kerjaya, rajin-rajinlah bekerja dan jangan kedekut untuk belanja kawan-kawan yang masih belajar ni, dan yang ingin sambung belajar, teruskan belajar sampai menjadi seorang yang pakar dalam bidang yang kita ceburi.
Sampai disni sahaja coleteh saya, saya berharap sangat hubungan antara kita semua akan terus berkekalan sehingga ke akhirnya.
Tuesday, June 19, 2012
ADUN Chenor Meninggal Dunia
IRBID, JORDAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chenor, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh, meninggal dunia pada pukul 8.55 pagi Selasa.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda negeri itu dimasukkan ke Hoshas pada 8 Jun lalu selepas mengalami cirit-birit dan kehilangan banyak darah akibat keracunan makanan.
Bagaimanapun, ADUN itu ditempatkan di ICU hospital berkenaan kerana mengalami komplikasi jantung dan tekanan darah rendah.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri Datin Nooraihan Mohamad dan dua orang anak.
Anak jati Chenor itu merupakan Ketua Umno Bahagian Maran dan telah lima penggal menjadi anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Chenor.
Beliau juga pernah menjawat jawatan Timbalan Menteri Besar Pahang sebelum ini.
Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan petang ini di Tanah Perkuburan Islam Chenor.
Saya wakil rakyat Chenor mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga Allahyarham ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Pemergian beliau pasti dirasai oleh seluruh rakyat Chenor kerana beliau telah banyak menabur bakti dan jasa di Chenor.
Pe Pasal Ha
Entah la ape pasal. Time exam dulu banyak je keje nak dibuat padahal sibuk je dengan exam lagi dengan macam-macam bende lagi. Tapi time takde exam ni, malas ya rabbi la. Pelik bin pelik betul. Kadang-kadang rasa tak cukup la waktu 24 jam yang ade ni. Rasa nak 30 jam sehari lah.
Sekarang cuaca kusmangat mengeluarkan bahang yang sangat-sangat panas sehingga membakar jiwa. Memang malas la nak keluar rumah. Kalau keluar ni mahu hitam muka terbakar. Kena jaga muka sebelum balik ni. Haha. Kesian budak-budak yang ada kelas. Mesti muka diorang semua dah terbakar.
kelakar tadi dengar satu pepatah baru ni "tuala melambangkan tuan tuala tu". Kalau tuala tu bersih, memang bersih la tuannya. Kalau kotor, tau-tau la kan. Kadang-kadang tuala tu nampak je kotor, tapi sebenarnya bersih, mungkin turun warna atau kena sesuatu yang dah tak boleh hilang. Tak pasal-pasal kena cop pengotor kan. Lantak la janji tuala aku bersih. Haha.
Baru je habiskan novel Hlovate (hate+love). Best la citer tu. Terasa teringin nak hidup macam dalam tu. Fuhh aku baca sampai masuk dalam mimpi kot. Memang best la.
Tinggal 12 hari lagi aku akan meninggalkan bumi arab ni. tak pasti la perasaan ni tak sabar ataupun sabar je nak balik. Memang susah nak pasti. Kadang-kadang rasa nak sangat balik, kadang-kadang rasa taknak balik. Haha kelakar. Paling senang tak payah pikir terus la..........lalalalala....
Tak kisah la ape yang tengah terjadi pada aku, tapi yang pasti aku nak terus hidup dalam happy. Tak mau sedih-sedih, tak mau bosan-bosan.
Sekarang cuaca kusmangat mengeluarkan bahang yang sangat-sangat panas sehingga membakar jiwa. Memang malas la nak keluar rumah. Kalau keluar ni mahu hitam muka terbakar. Kena jaga muka sebelum balik ni. Haha. Kesian budak-budak yang ada kelas. Mesti muka diorang semua dah terbakar.
kelakar tadi dengar satu pepatah baru ni "tuala melambangkan tuan tuala tu". Kalau tuala tu bersih, memang bersih la tuannya. Kalau kotor, tau-tau la kan. Kadang-kadang tuala tu nampak je kotor, tapi sebenarnya bersih, mungkin turun warna atau kena sesuatu yang dah tak boleh hilang. Tak pasal-pasal kena cop pengotor kan. Lantak la janji tuala aku bersih. Haha.
Baru je habiskan novel Hlovate (hate+love). Best la citer tu. Terasa teringin nak hidup macam dalam tu. Fuhh aku baca sampai masuk dalam mimpi kot. Memang best la.
Tinggal 12 hari lagi aku akan meninggalkan bumi arab ni. tak pasti la perasaan ni tak sabar ataupun sabar je nak balik. Memang susah nak pasti. Kadang-kadang rasa nak sangat balik, kadang-kadang rasa taknak balik. Haha kelakar. Paling senang tak payah pikir terus la..........lalalalala....
Tak kisah la ape yang tengah terjadi pada aku, tapi yang pasti aku nak terus hidup dalam happy. Tak mau sedih-sedih, tak mau bosan-bosan.
Friday, June 15, 2012
Hari Jumaat
Hari ini hari jumaat. Sekarang saya sedang menunggu azan solat jumaat. Memang kebiasaan disini pelajar akan pergi selepas azan. Hehe kantoi. Kalau pergi awal nanti mengantuk. Alasan la tu. Hari ini juga hati saya semakin tenang, berlalunya hari membuatkan kita dapat menerima suatu ketentuan. Walaupun jauh disudut hati, masih menaruh sedikit harapan dan doa. InsyaAllah. Azan dah berkumandang. Terpaksalah saya mengakhiri tulisan jumaat saya pada hari ini. Jom kita para syabab pergi menunaikan solat jumaat. Sebenarnya saya sampai sekarang tak faham sangat khutbah arab disini. (malu-malu).
Sejam kemudian...
Dah balik daripada solat jumaat. Betul la saya masih tak faham apa yang khatib cakap tadi. Laju dia cakap. Ada dengar masjidil haram, masjid nabawi dan masjid aqsa sahaja. Budak kecil pun faham kalau dengar nama ni. Huhu. Berapa tahun lagi agak-agak boleh faham betul-betul bahasa arab ni. InsyaAllah belajar mesti diteruskan.
Thursday, June 14, 2012
Mimpi Paling Ngeri
Kalau dengar lagu ketika kita sedih, akan buat kita bertambah sedih. Tapi bila kita dengar video ceramah motivasi, dapat juga menguatkan semangat kita. Semoga mimpi ngeri semalam tidak berulang lagi. Ya Allah permudahkan urusan aku.
Subscribe to:
Posts (Atom)
KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan















