berjalan berseorangan mencari sesuatu. berjalan di subuh hari. sewaktu hujan masih membasahi bumi irbid. walaupun sejuk menyelubungi diri, aku masih terus berjalan. aku akan terus berjalan. |
jalan yang basah dan berair menyukarkan aku untuk sampai ke destinasi yang aku tuju. jalan yang sangat cantik dan tenang tanpa gangguan. |
aku bosan berjalan seorang diri. aku ingin bercerita dengan seseorang. aku hanya mampu berjalan. mulut aku tidak mampu berkata-kata bila aku keseorangan. |
bagaimana jika aku betul-betul keseorangan nanti. adakah aku akan sunyi seperti ini. huh aku hanya mampu berkata-kata di dalam hati. |
aku sangat berharap aku punyai teman yang selalu berada di sisi aku, tatkala aku gembira dan sedih. aku ingin meluahkan segalanya kepada teman aku. |
aku tidak mampu membiarkan sesuatu terbuku hanya didalam hati. ia memberi seribu rasa parah. |
rasa itu membuat aku terus berjalan. aku harap aku temui sesuatu daripada perjalanan ini. |
walaupun hari ini aku tidak menemui seorang teman, aku akan terus mencari walaupun aku perlukan seratus tahun lagi. |
ciptaan Allah menjadi peneman dikala aku keseorangan. Allah tidak mengecewakan hambanya dengan ciptaan yang sangat indah ini. |
cuma kadang-kala manusia sahaja yang tidak mampu mengendalikannya dengan sebaiknya. |
oleh sebab itu, banyak kehancuran yang dilakukan oleh manusia. tanpa ada pembaikan dan terus menerus dengan kerosakan. |
alhamdulillah di waktu subuh seperti ini aku dapat merasakan ketenangan walapupun berseorangan. |
menelusuri lorong-lorong yang cukup tersusun. memudahkan perjalanan tanpa tersesat. |
akhirnya menghampiri jalan yang baru sahaja diberi nama. 'syari' saadon'. kawasan kediaman yang aku duduki. |
perjalanan tidak akan terhenti disini. aku akan berjalan lagi bila sesuatu ingin aku cari. |
No comments:
Post a Comment