Monday, January 16, 2012

TENTANG DIA

     rintik-rintik hujan mempercepatkan langkahku. kini ia membasahkan sedikit bahu bajuku. aku meneruskan perjalananku. 1 kilometer perjalanan. melalui deretan-deretan kedai di Irbid. berjalan sambil memerhati keadaan sekeliling. indah sekali bumi irbid ini apabila disirami deraian hujan. syukur pada Ilahi yang menurunkan rahmatnya. terlafaz di bibirku "اللهم صيبا نافعا" ya Allah limpahkan aku manfaat.

    sampai di program ilmuan negeri. program yang mana ingin merapatkan ukhwah para-para ilmuan daripada negeri Tebrau. sebuah negeri yang sangat berdaulat dan kaya dengan khazanah alam.

    kriiiiikkk...

    bunyi pintu yang ditolak.

    Aku melalui celahan bukaan pintu dan menghampiri ruang orang ramai berkumpul. kelihatan telah ramai yang menungguku. wajah-wajah berpaling padaku tanda sangat gembira dengan kehadiranku. aku berjalan masuk sambil menjenjet sebuah buku bertajukkan RIBA DAN ISU KEWANGAN SEMASA karya Dr Zaharuddin Abd Rahman. antara buku panduan yang sangat menarik dan ringkas untuk menjadi rujukan cepat para mahasiswa perbankan islam seperti aku.

    Aku bersila bersama rakan-rakanku yang lain sambil bersalam-salaman tanda saling kasih-mengasihi antara  kami semua.

    pengerusi majlis mengambil tempat di hadapan penonton semua. jumlah mahasiswa-mahasiswi negeri tebrau hampir 256 orang, 172 daripadanya adalah mahasiswi. yang hadir adalah 203 orang. jumlah yang sangat memuaskan daripada program-program sebelum ini. pengerusi majlis atau nama panggilan aiman memulakan program dengan meminta membuka majlis.

    'al-Fatihah'.....

    'yang saya hormati tuan yang di-pertua negeri tebrau ustaz hasyim mahmud, timbalan yang di-pertua nik nor nadia, ahli-ahli majlis tertinggi, ahli-ahli majlis executif dan yang saya kasihi sahabat-sahabat saya sekalian. malam ini kita akan membincangkan tajuk RIBA yang akan dikupas oleh ustaz shah mohamad dan ustaz syafie. saya akan memperkenalkan serba sedikit mengenai ahli panel kita malam ini. ustaz shah mohamad atau dikenali sebagai shah adalah pelajar master ekonomi islam di universiti yarmouk. sebelum ini juga beliau mengambil ijazah sarjana muda di universiti yarmouk dalam jurusan yang sama. jadi beliau sangat alim dalam bidang beliau ini. jadi sesiapa yang ada sebarang kemusykilan mengenai isu-isu perbankan islam bolehlah terus merujuk beliau'

    aiman tersenyum kearahku dan penonton yang lain. dia menyambung kembali.

    'manakala ustaz syafie adalah pelajar pergigian jordan university of science and tecnology tahun akhir. walaupun beliau bukan daripada bidang pengajian islam, tetapi ilmunya seperti lautan. beliau juga seorang hafiz kerana dulunya beliau bekas pelajar maahad tahfiz negeri makmur iaitu maahad tahfiz yang terkemuka  di negara tanah melayu. beliau juga telah berkahwin'

    aiman tersenyum sambil menjemput dua ahli panel mengambil tempat di hadapan.

    kedua-dua ahli panel bangun dari persilaan dan bergerak kearah dua kerusi yang tersedia di hadapan.

    berdebar juga jantungku walaupun ini sudah keberapa kali aku di panggil untuk berforum. masih terasa diri aku kekurangan ilmu. ilmu tak akan pernah sempurna dalam diri seseorang. itulah motivasi yang aku gunakan setiap kali berhadapan dengan penonton.

    'assalamualaikum warahmatullah hiwabarakaatuh' ucap aiman selaku pengerusi majlis dan pengerusi forum.

    'waalaikumussalam warahmatullah hiwabarakaatuh' sahut semua penonton yang hadir.

    penonton mula diam dan menumpukan sepenuh pandangan kepada forum tersebut.

    'saya ingin bertanya soalan kepada ustaz shah mohamad selaku ahli panel kita yang pertama, apakah pengertian riba daripada pelbagai sudut pandang? seterusnya menghuraikan  kenapa islam mengharamkan riba'. tanya pengerusi forum dengan penuh semangat.

    aku pun memulakan gerak mulutku.

    'alhamdulillah bersyukur kita kepada hadrat ilahi kerana semua penduduk negeri tebrau dapat berkumpul hari ini, bersyukur teramat sangat kerana masih diberi peluang untuk terus kita menimba ilmu. ilmu Allah yang tiada hadnya. terima kasih kepada semua yang hadir. saya ingin terus mengupas mengenai riba. riba ini tuan-tuan dari segi bahasanya ialah pertambahan. kalau dilihat dari segi syaraknya ialah
"الزيادة في أشياء خاصة والزيادة على الدين مقابل الأجل مطلقا" maksudnya sebarang tambahan dalam item-item tertentu (ribawi) dan tambahan ke atas hutang akibat tempoh.

    penonton ligat menyalin apa yang aku perkatakan.

    aku meneruskan lagi 'jadi item-item ribawi ni tidak boleh ada penambahan kalau ia ditukar contohnya emas dengan emas. ataupun tamar dengan tamar. walaupun tamar A grednya rendah dari tamar B. bagaimana penyelesaiannya? jual dulu tamar yang gred lebih tinggi dan belilah tamar gred rendah dengan wang  hasil jualan tersebut supaya kita tidak terlibat dengan riba. ni namanya adalah riba buyu' yang melibatkan jual beli item ribawi'.

    'manakala riba yang berkaitan dengan hutang ini melihat kepada kadar lebihan faedah atau riba yang terhasil disebabkan tempoh, sama ada tempoh pemberian pinjaman mata wang atau manfaat sesuatu aset.
"كل قرض جر نفعا فهو الربا" iaitu setiap pinjaman yang membawa kepada manfaat maka ia adalah riba. nama jenis riba ini ialah riba al-duyun'.

    semua kelihatan faham dengan penjelasan tersebut.

    seorang mahasiswi mengangkat tangan tanda ingin bertanyakan soalan. aku mengangkat kepala untuk melihat penanya tersebut. mencari dari mana datangnya suara. bertudung ala-ala Hana Tajima tetapi masih memenuhi syariat. jelas sekali ciri-ciri kewanitaannya. lagak sopan-santun yang digunakan. aku menundukkan kembali pendangan kerana jantungku tiba-tiba berdebar dengan luar biasa.




 **********************





 



No comments:

Post a Comment

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan