Wednesday, November 28, 2012

Sasana Kijang seindah namamu


Alhamdulillah pada 27th November 2012 iaitu semalam saya telah berkesempatan menghadiri satu majlis yang diadakan oleh ISRA atau dinamakan dengan Colloqium. ISRA adalah singkatan kepada International Shari'ah Research Academy for Islamic Finance dan tempatnya terletak berhampiran dengan UM dan juga bangunannya bercantum dengan INCEIF. Mereka ini adalah institusi yang banyak menghasilkan kajian-kajian baru dalam industri islamic finance yang semakin berkembang sekarang ini.

Apa yang paling menerujakan ialah program ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Dato' Dr Zeti Akhtar Aziz. Ini adalah kali pertama saya melihat dia secara live. Walaupun tidak berkesempatan berjumpa dengan beliau, cukuplah dapat mendengar ucapan beliau. Sebelum itu juga semasa ingin mendaftar sempat menegur CEO ISRA iaitu Dr Akram Laldin dan beliau masih mengenali saya. Alhamdulillah. Hehe. Kemudian sempat juga menegur Dr Asyraf Wajdi yang pastinya sangat dikenali ramai kerana dahulunya beliau adalah seorang ahli politik dan sekarang giat dengan penyelidikan akademik dan juga memberi beberapa pandangan akademik dalam politik.

Isra juga telah melancarkan satu laman web yang dipanggil I-FIKR yang akan memuatkan didalamnya dengan ilmu berkaitan islamic finance. Jadi apabila laman web ini dilancarkan nanti kita mestilah memanfaatkannya sebaik mungkin.

Dalam program ini juga ramai presenter yang membentangkan kertas kerja mereka. Mereka hanya diberikan masa selama 10 minit sahaja. Ini adalah keunikan program ini. Jadi kita tidaklah merasa jemu kalau hanya tertumpu pada satu-satu orang sahaja nanti. Hampir 30 kertas kerja dibentangkan pada hari tersebut. Osem kan. Kalau kita pergi program ni memang akan jumpa ramai banker, academician dan students dan catering. Hehe. Disitu juga berjumpa dengan senior-senior yang telah bekerja. Dapat juga lah dari mereka pengalan sedikit sebanyak tentang kerja.

Sebenarnya saya nak cerita mengenai sasana kijang ni, tempat ni memang sangat cantik, maklumlah bangunan baru. so, teringin sangat nanti nak buat rumah macam ni. Haha berangan besar kan? unik sungguh bentuk bangunan ni dan memang sangat tenang suasananya. Dalam sasana ni ada muzium, library yang cantik, buku pun latest-latest je semua. Kenapa lah selama ni tak tahu ada bangunan secantik ini disini?

Alhamdulillah program yang semurah ini disediakan break yang banyak disertakan makanan. Rasa berbaloi sangat.

Selesai sahaja program, semua orang balik kecuali yang bermotor. Hujan mencurah dengan lebatnya. Memang terpaksa menunggu sehingga hujan berhenti. Tetapi apakan daya, sudah menunggu dari pukul 5 lebih sehingga 9 malam hujan tidak juga berhenti, akhirnya mengambil keputusan untuk meredah juga hujan tersebut. Sanggup tunggu lama tadi sebab sasana kijang ni sangat cantik, tak sanggup nak tinggalkan dia. Kalau nak duduk situ kena jadi pengawal la. Alhamdulillah  walaupun basah tapi selamat sampai ke rumah.

Monday, November 26, 2012

cerita kedai kopi


Hari ini tiba-tiba tiada kelas pulak. Kalau la tahu lebih awal kan boleh stay je dekat library tadi. Boleh jugak siapkan assignment yang dah bertimbun tak siap-siap lagi. Huhu. selalu menyesal kemudian hari, dulu banyak masa lapang rasa tak pandai je nak buat. sekarang bila dah terpaksa ni memang kena siapkan juga lah nampaknya.

Hari ini juga aku keluar awal dari rumah, sejuk je kalau pergi awal ni, tak de la nak mengeluh sebab panas. Naik motor kan. Tapi bukan senang nak bangun awal ni pastu nak pergi kelas. Memang kena paksa diri la. Lagipun hari aku dipanggil Tuan Isa untuk hadir ke program Road To Umrah. Program ni sebenarnya untuk orang-orang yang full time dalam takaful ikhlas ni. Aku ni kan part time sahaja. Tapi aku pun pergi jugak la sebab bos dah suruh datang. Dapat jugak kenalan baru kat situ tadi.

Sabtu yang lepas alhamdulillah aku telah lulus exam takaful. Dapat B. Okay la kot. Sekarang aku dah boleh untuk mempromosikan takaful ni pada orang ramai. Assignment pun aku buat pasal takaful. Sebenarnya takaful ni memang sangat penting untuk setiap orang terutama ketua keluarga. Kita bukan tau apa yang akan terjadi pada kita pada masa depan. Kalau jadi pada kita sesuatu pastu kesusahan akan terjadi pada tanggungan kita. Sebab itulah pentingnya takaful untuk memberi perlindungan kewangan pada keluarga kita. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang banyak berhutang. Kalau mati sapa mahu bayar hutang kau? Hehe. 

Nak dijadikan cerita pada sabtu tu juga, selepas exam, aku try la jalan kaki ke stesen lrt paramount. Memang jauh la. Pastu dah jumpa buat-buat tak nak naik sebab ingatkan rumah dah dekat, rupa-rupanya jauh lagi. Kawan aku suruh la aku pusing balik tapi biasalah kalau dah jalan jauh mesti rasa tak berbaloi kalau pusing semula. Mesti nak tau apa ada kat depan. Memang nyesal la sikit lepas tu dengan lalu tepi kubur cina la, eh tepi tu kubur melayu pulak. nasib baik tak gelap lagi masa tu, kalau tak mau naik bulu roma. tak lama lepas tu azan maghrib, puas la juga mencari bunyi azan tu, nasib baik dekat je dengan kubur tu. huhu. Blurr da lepas tu nak jalan arah mana. jauh dah aku berjalan, sejam lebih kot. Akhirnya terpaksa naik teksi lepas tanya orang semua tak tahu arah rumah aku. naik teksi punya lah dekat kena bayar 5 ringgit. Redha jela. Bukan hantar sampai rumah tapi kat sungai way je. jauh kot nak sampai rumah. Tapi alhamdulillah selamat juga sampai.

Alamak batery laptop pulak nak habis, tak sempat nak cerita panjang. nak pergi library hujan la pulak.  

Tuesday, November 20, 2012

5 Muharam


Hari ini hari selasa. Sekarang kalau tengok dimana-mana media sedang cerita mengenai kejahatan zeonis Israel terhadap palestin, dan juga masalah di Syiria. Kita sama-sama doakan umat Islam disana diberikan kekuatan dalam melawan musuh-musuh yang sering menganggu umat Islam. Kita juga mendoakan umat Islam di seluruh dunia mendapat kesedaran betapa pentingnya bersatu supaya musuh-musuh Islam gentar dengan umat Islam. Jika umat Islam seluruh dunia bersatu ataupun hanya 50% antara mereka sahaja yang bersuara sudah cukup untuk menggerunkan musuh Islam.

Umat Islam disuruh mencari kekayaan supaya kita dapat membantu umat Islam yang didalam kesusahan. bayangkan kalau kita mempunyai lebihan harta yang banyak dan kita mampu menghantar bantuan ke Palestin sekarang ini yang sangat memerlukan bantuan dalam bentuk harta seperti perubatan, pakaian, bahan binaan dan sebagainya. Walaupun tidak dapat menyumbang nyawa dalam membantu mereka tetapi dapat menyumbang harta juga sudah cukup baik.

Kenapa negara umat Islam yang banyak ni tak dapat menghantar tentera mereka untuk membantu Palestin dan Syria? Susah nak mengerti kenapa ini terjadi atau kita yang tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

Sudah 5 hari kita melepasi tahun baru. Tapi kehidupan masih dibelenggu dengan tingkah laku yang tidak berkualiti. Saya pun tidak mengerti kenapa ini bisa terjadi. Hari-hari rasa seakan lemah tidak bermaya. Kualiti membaca semakin berkurang. mendengar bahan-bahan agama juga sudah lama tidak didengari apatah lagi kuliah-kuliah sudah tidak dihadiri. Masalah apakah ini?

Kalau difikirkan, assignment sangatlah banyak, tapi satu pun belum disiapkan. Tidak tahu untuk dimulai yang mana dahulu. Akhirnya otak berkata tak perlu buat lagi. Tunggu sahaja saat-saat akhir untuk dihantar nanti, pasti akan siap juga. Astaghfirullah.

Sebab itulah umat islam sekarang lemah kerana sifat malas yang sangat menebal. Malas berfikir, malas membaca, malas mengkaji, malas mengaji, malas solat, malas pergi masjid, rajin makan. Pastilah makan kena rajin. Kalau tak nanti mati.

Sebenarnya saya baru sahaja bercuti seminggu, tapi rasa sekejap sangat cuti tersebut berlalu pergi. Tidak puas pun lagi bercuti bersama keluarga walaupun hanya bercuti di rumah sahaja tapi kali ini rasa ada kelainan dengan cuti ini, rasa sangat seronok berada di kampung. Sangat tenang, tidak bising, nyaman, udara sangat segar dan yang paling best dapat bersama adik-beradik dan ibu bapa. Seronok sangat dapat makan yang cukup dan lazat. Sangat berat hati untuk pulang.

Sabtu yang lepas juga saya berconvo. Convo apa lagi ni? Convo dengan IKIP la pula. Rasa dah tak best convo kali ke-2 ni rupanya. Tak macam yang pertama walaupun convo yang pertama tu sanga-sangat la simple tapi seronoknya lain. Tak tau la kenapa. Hari-hari cuti yang lain hanya duduk di rumah dan menikmati hutan yang menenangkan. 

Sebelum balik ke Kuala Lumpur sempat saya singgah di Karak untuk bertandang di rumah sahabat saya. Tanggal 1 Muharam. hehe. Biasalah di rumah sahabat saya tu banyak durian. Kebetulan dia pun sedang bercuti. Sempat lah makan tengah hari di rumah dia walaupun agak lewat mereka makan sebab menunggu saya. dalam pukul 3 petang. Huhu.

Kuala Lumpur tempat yang paling bising dan memeningkan kepala. Rata-rata mereka disini hidup dalam ketensionan. Kalau da setiap masa dengar bunyi kereta tanpa henti walaupun sekejap, bunyi kereta api yang kuat tu 15 minit sekali. Bunyi kilang, asapnya lagi dan macam-macam. Tapi ramai je yang tak suka balik kampung. pelik. Padahal kampung la tempat yang paling best. Apa yang dirisaukan sekarang ni ialah kampung saya akan banjir. Harap banjir sikit-sikit je. Risau kan buku-buku saya tu, nak diangkut kemana kalau banjir besar. Huhu.

Semangat semangat semangat. Jangan malas. :)


Sunday, September 30, 2012

Aku jumpa DSAI

"Astaghfirullah al-'azim". Allah yang Maha Agung, ampunkan aku. Sesungguhnya aku banyak melakukan dosa terhadapmu. 

Aku hanya lepak di masjid pada selepas zohor tadi, duduk di rumah pun tidak apa hendak dibuat. Angannya  ingin membaca sebanyak mungkin buku teks keluaran ISRA yang setebal hampir sejengkal. Dasyat. Akhirnya hanya terbaca 3 helai sahaja. Selebihnya waktu untuk internet. Sambil lepak tu niatkan iktikaf, mudahan dapat juga ganjaran. Tanpa sedar waktu asar pun berkunjung. aikk sekejap betul masa berlalu. Apa boleh buat kalau tak ambil pengajaran surah "al-asr".

Usai sahaja solat asar aku menoleh ke belakang. MasyaAllah ramai betul makmum masjid Nur Ehsan ni. Jarang jumpa jemaah masjid lain seramai jemaah di masjid ini. Dahsyat. Kalau kat kampung aku lagilah, terus hilang semua jamaah. Haha.

Betul la kata orang selangor, sekarang ni selangor dah jadi seperti bandar ilmu. Alhamdulillah. Diharapkan ilmu seiring dengan amalan.

Terpandang seorang insan, ibarat insan biasa, tidak membesarkan dirinya, sembahyang di celah-celah insan biasa. MasyaAllah datok Seri Anwar Ibrahim. 2 hingga 3 kali juga aku memandang untuk membenarkan penglihatan aku ini. Selang beberapa orang aku terlihat pula Tan Sri Khalid Ibrahim. Sahla memang mereka ni. Nampaknya parti pembangkang memang mengadakan jelajah. Kebetulan berhenti solat di masjid tersebut dan kebetulan aku pun berada disitu. Untungla sebab kali pertama dapat melihat dan bersalaman dengan mereka.






Memang bergema dengan takbir la di sekitar kawasan tersebut. Biasanya aku lihat bas 2 tingkat tu dalam gambar sahaja. tapi hari ini dapat lihat betul-betul depan mata. Ada kesan cat berwarna merah.

Aku memang anti betul dengan politik "mengada-ngada" ni, kalau tak suka jangan la kacau orang punya tempat. sampai nak lempar-lempar cat pulak, apa yang orang ni dapat ek? rugi lagi adalah. Jangan ada orang upah mereka ni buat macam tu sudahla. 

Aku harap aku tak jadi fanatik terhadap mana-mana parti, yang aku rasa parti tersebut dapat memberi faedah kepada Islam rakyat, aku akan sokong dan sebaliknya begitulah. Tapi betulla kan kadang-kadang rasa teringin nak ditadbir pemerintah baru, macam mana rasanya? Kita tengokla pilihanraya nanti yang entah bila-bila tu.

Saturday, September 29, 2012

AKU takde IDEA

Bermain bersama kanak-kanak ribena. Kadang-kadang seronok kadang-kadang pening kepala. Layan kan saja perangai budak-budak ni. Kalau ada sesuatu peristiwa yang berlaku kita selitkan la dengan nasihat yang berguna supaya ada juga pengisisan buat mereka. Walaupun mungkin mereka tidak ingat apa yang kita katakan tapi saya percaya kanak-kanak ni mudah untuk mengikut apa yang mereka lihat dan dengar. Sebab tu jangan bercakap yang bukan-bukan dengan mereka, pasti mereka mengikut sampai susah untuk nasihat mereka jangan berkata perkara yang tak baik tersebut.

Sekarang ni kanak-kanak tersebut tengah bising di sekeliling kepala saya. Tak mengapalah, tenang sahaja. Rasa kalau dapat sabar dengan keadaan ini insyaAllah bila dah ada anak nanti kita boleh kawal perasaan kalau anak kita menangis atau membuat bisisng. Biasalah kan perangai budak-budak, kalau tak aktif nanti lembab pula budak tersebut.

Tengah bising-bising macam ni memang idea hilang dan tak dapat nak concentrate untuk menulis. sebab tu orang kalau nak tulis perkara-perkara berat mestilah mencari tempat-tempat yang tenang.

Pehhh memang dah tak boleh untuk sambung tulis lagi, lepas ni bila dapat peluang menulis di tempat tenang pasti saya perlu manfaatkan.

Saturday, September 22, 2012

SYARIAH DAN PENGURUSAN

ada gaya macam penasihat syariah x??hehe

Teringat lagi ketika saya di tingkatan 5. Saya pernah mengikuti program motivasi SPM di Universiti Malaya bersama rakan-rakan SPM SMA Chenor yang lain. Motivasi tersebut diadakan selama 3 hari. Itulah kali pertama saya menjejakkan kaki di UM. Pada masa itu pernah juga saya berazam akan menyambung pelajaran disana. Biasalah fesilitator yang terdiri daripada abang dan kakak UM telah memberi semangat pada waktu itu. Tapi tahu-tahu sahajalah semangat budak sekolah bukannya bertahan lama. Tidak sampai seminggu sudah malas semula.

Alhamdulillah Allah itu akan mengabulkan doa kita cuma mungkin kita perlu bersabar. Sebab kalau tanpa usaha dan hanya berdoa sahaja pasti tidak termakbul doa tersebut. Saya pun tidak sangka dapat diterima masuk disitu. UM adalah satu-satunya universiti yang saya pohon dan sangat berharap akan dapat diterima disitu. Memang niat daripada awal saya mahu menyambung pelajaran. Namun kadang-kadang teringin juga untuk bekerja. Kalau sudah bekerja dapat juga membantu ibubapa dan adik-beradik lain. Dapat juga bantu orang yang memerlukan. Tapi mungkin waktu bekerja itu belum sampai lagi dan masih terasa untuk menuntut ilmu. Saya yakin rezeki itu ada dimana-mana walaupun anda bekerja ataupun masih lagi belajar. Rezeki Allah itu kadang-kadang tidak disangka.

Kenapa pilih jabatan syariah dan pengurusan? asalnya sangat susah untuk buat pilihan. Terasa juga nak ambil jabatan usul fiqh tapi entahla. Susah untuk dijelaskan. Akhirnya ambil syariah dan pengurusan. Tetap belajar usul fiqh juga kerana subjek wajib fakulti syariah. Subjek wajib jabatan ada satu sahaja. Kalau macam saya ini ambil secara campuran, kursus dan disertasi. Sem pertama ni ada 4 subjek sahaja. Sem depan baru mula buat disertasi. Menurut kata senior, sangat mudah untuk lulus 4 subjek ni. Yang mungkin susah sikit apabila nak buat proposal disertasi nanti.

Syariah dan pengurusan ini sebenarnya berkaitan dengan islamic banking. Mungkin inilah sebab saya mengambil jabatan ini. Saya pun sangat berminat dengan industri perbankan islam dan sangat berharap dapat menyumbang serba sedikit dalam industri ini. Apa yang saya fikirkan sekarang ini, jika semua institusi kerajaan menyimpan wang dan juga melabur di perbankan islam, insyaAllah industri ini dapat ditingkatkan. Namun perkara ini perlu dikaji dengan lebih mendalam lagi kerana dana yang terlalu banyak seperti ASB yang terpaksa melabur di tempat yang haram kerana ketidakcukupan tempat pelaburan yang halal. Lalu difatwakan halal kerana melihat maslahat yang lebih besar.

Perkara berkaitan dengan riba ini sangat-sangat penting dan perlu diambil tahu oleh semua pihak. Tugas kepada yang tahu mengenai dosa riba ini perlu disampaikan kepada mereka yang masih lagi tidak faham dan seringkali menyamakan perbankan islam dan konvensional. Antara perkara yang seringkali umat islam teribat dengan riba ialah dalam urusan simpanan wang, pinjaman pembelian kereta dan rumah dan urusan insuran. Semoga kefahaman ini akan diketahui dan difahami oleh semua umat islam dan juga bukan islam dengan munculnya dan ramainya golongan terpelajar daripada industri perbankan islam.

Tuesday, September 18, 2012

AKHIRNYA TERCAMPAK KE UM

Sudah 2 bulan lebih Jordan ditinggalkan dan juga berada di Malaysia sambil melihat keindahan bumi sendiri berbanding bumi asing namun pengalaman di negeri asing tidak mungkin akan dilupakan. Setiap hari tanpa menyebut "Jordan" adalah tidak sedap mulut. Pasti ada juga cerita-cerita dan pengalaman di sana untuk dicerita kepada sahabat-sahabat dan juga kaum keluarga. Terasa ingin kembali kesana untuk mengaut sebanyak mungkin pengalaman dan terasa rindu untuk berinteraksi dengan ammu-ammu arab disana. Sudah terasa rindu juga dengan ejekan syabab-syabab arab terhadap bangsa melayu. Semoga suatu hari nanti Allah memberi keizinan untuk menjejakkan kaki ke Jordan lagi. InsyaAllah.

Sudah masuk minggu kedua berada di Universiti Malaya. Antara universiti terkemuka di Malaysia. Rasa sangat bersyukur dapat meneruskan pengajian disitu walaupun hanya dapat bercuti 2 bulan sahaja. Memang target untuk tidak mahu bercuti panjang kerana cuti panjang akan menghabiskan duit simpanan dan juga melembabkan otak. Sekarang pun otak sudah tidak berfungsi dengan baik, sudah banyak ilmu yang telah dilupakannya.

Buat masa sekarang terasa mudahnya mengambil master. Kelas pun ada 4 kali dalam seminggu. Bermula pukul 3 dan habis pukul 6 petang. Biasanya lecturer akan menghabiskan sesi kelas lebih awal. Mungkin sebab baru minggu pertama. Selepas ini pastilah lebih banyak bahan bacaan yang perlu dikhatamkan. Seronok dapat belajar dengan profesor-profesor yang sangat hebat dan mempunyai keluarga yang sangat hebat. InsyaAllah jalan seperti mereka sepatutnya dijadikan contoh buat anak-anak muda sekarang. Supaya kita dapat membina usrah yang hebat dan akhirnya dapat membina ummah yang hebat.

Murah je nak sambung master. Bukan macam ijazah yang memakan belanja yang sangat mahal. Jadi jangan takut la kalau nak sambung master. 


KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan