Salam ukhwah buat semua.....
Dalam kehidupan ini kita mungkin ditusuk dengan berbagai-bagai ujian. kadang-kadang ujian itu berbentuk kepahitan malah kadang-kadang ia berbentuk kegembiraan. hari ini aku baru saja pulang daripada satu nikmat kegembiraan yang dikurniakan oleh yang Maha Esa kepadaku. kesyukuran tidak terhingga ku lontarkan kepadaNYA. kuingin kongsikan nikmat yang dikurniakan ini kepada rakan-rakan seperjuanganku semoga ia boleh menyuntik semangat kearah perjuangan islam sebagaimana yang kita tahu islam masa kini banyak diancam oleh orang islam itu sendiri dengan pelbagai ideologi yang memungkinkan islam itu terasa jauh daripada umat islam itu sendiri.
Jam menunjukkan 11.00 pagi. waktu yang ditentukan Allah supaya aku harus memulakan perjalananku ke kota yang penuh bersejarah. dengan kekuatan yang dikurniakan olehNYA,aku berangkat kesana dengan keluargaku menaiki kereta proton waja. kegembiraan mula nampak dilesum pipitku dengan senyuman yang diukir. perjalanan yang akan memakan masa 4 jam itu aku pergunakan dengan menyaluri ikim.fm yang memberi pelbagai info ilmiah. nasyid yang didendangkan menghilangkan kebosanan mengharungi liku-liku maut perjalanan.
Tersedar dari lamunan apabila jelas kedengaran bunyi yang mengajak kearah mengingati Allah. Aku menjamakqasarkan solatku secara berjamaah. sesungguhnya jamaah itu adalah kekuatan bagi umat islam namun apa yang berlaku sekarang ini amat menikam kalbu. masjid seolah-olah digunapakai hanya untuk malam jumaat dan solat jumaat saja. apakah malam-malam lain tidak sama seperti malam jumaat? persoalan yang telah dihilangkan daripada pemikiran masyarakat. malah adat diagung-agungkan melebihi ketinggian syariat islam yang sepatutnya lebih diutamakan.
Aku meneruskan perjalananku ke kota yang pernah dikuasai oleh 3 makhluk asing yang berbeza dan amat menakutkan penduduk melayu namun dengan kekuatan yang dianugerahkan kepada sebilangan orang melayu, akhirnya kesemua makhluk-makhluk itu berjaya disingkirkan. aku sampai disana lebih kurang pukul 3.30 petang. disana aku menghabiskan masa cutiku di sebuah villa yang amat indah dan besar. tidak pernah aku berada didalam rumah seindah itu kerana siapalah aku! diluar villa itu terdapat sebuah kolam renang yang besarnya boleh dimuatkan 3 ekor kerbau.
Petang itu juga aku cemari air itu dengan skill-skill terjunanku. aku berenang sepuas-puas hati sehingga kulitku mengelupas buat kali ke-2. malam itu aku tidur dengan nyenyak sekali dan tidak mungkin nyamuk boleh mengejutkanku. ku bangun seawal subuh lagi untuk berjamaah bersama-sama dan mendengar sedikit peringatan. selepas solat zohor berjamaah, aku kebandar hilir untuk menyaksikan kesan-kesan sejarah disana. sungguh mengagumkanku melihat tinggalan tersebut namun aku tidak lupa sesungguhnya Allah lah yang mengurniakan manusia kebijaksanaan tersebut.
keesokannya pula aku ke water world untuk melakukan aktiviti air. kebanyakan permainan disana telah aku rasai. aku kesana hingga lewat petang. pengalaman disitu tidak mungkin aku lupai. aku pulang dari afamosa resort tepat jam 11.30 pagi. semoga anda tersenyum dengan pengalaman ini.
No comments:
Post a Comment