Friday, July 17, 2009

dimanakah aku boleh dapatkan tarbiyah?


inilah persoalan yang sering diajukan oleh pencinta dakwah islam. yang mana hatinya telah berputik cinta terhadap kekasihnya Allah dan Rasul. jiwanya telah disaluri dengan nur hidayah untuk mengunggulkan kembali islam di mata dunia.


tarbiyah ialah proses mengasah dan mengilatkan kembali kekuatan iman yang ditakdirkan menurun dan menaik. untuk mengatasi iman terus-menerus menurun kita memerlukan proses tarbiyah. namun persoalannya dimanakah kita boleh mendapatkan seseorang yang telah ditarbiah dan boleh mentarbiah kita? memang sukar untuk mencari seseorang yang jiwanya sempurna namun masih ramai yang mempunyai jiwa tarbiyah. kita boleh mendapatkan khidmat nasihatnya. bentuklah sebuah halaqah yang saling memperingati antara satu sama lain. sejarah turut membuktikan nabi kita Muhammad s.a.w pada awalnya membentuk halaqah kecil sebelum islam berkembang dengan meluasnya. pada dasarnya, umat islam pada zaman ini sudah terasa sangat asing walaupun jumlahnya amat mengerunkan. kita perlu bermula daripada awal dengan membentuk halaqah-halaqah kecil dan seterusnya membentu jiwa-jiwa yang kuat lalu membentuk keluarga islam dan akhirnya kita boleh membentuk negara islam. bayangkan kita dapat menarik lima orang menyertai halaqah kita dan seterusnya ahli-ahli yang lain dapat menarik lima orang yang lain pula dan begitu lah seterusnya. tidakkah ia menjadi begitu besar? fikirkanlah saudara!!


perkara ini perlu dipandang serius walaupun ada segelintir umat islam yang menganggap ia tidak diperlukan dalam kehidupan. mereka berasa mungkin ceramah,tazkirah lepas maghrib adalah cukup untuk membentuk peribadi seseorang namun pemikiran tersebut jauh meleset kerana ia tidak dapat membentuk seseorang kerana dalam proses pembentukan peribadi memerlukan perhatian sepenuhnya daripada pendidik.


dalam suasana tarbiyah mereka dianggap sebuah keluarga yang saling memerlukan nasihat antara satu sama lain. mereka boleh berkongsi masalah, suka dan duka bersama ahli yang lain. inilah kelebihan halaqah tarbiyah. disamping dapat berkongsi ilmu jiwa turut mendapat manfaatnya. disini saya serendah diri mengharapkan saudara dan saudari hidup dalam suasana halaqah kerana ia amatlah dianjurkan dalam islam. moga hati kita sering mendapat peringatan daripada halaqah tersebut.

No comments:

Post a Comment

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan