Thursday, March 15, 2012

pasti akan tiba hari itu

sudahku tahu sakitnya bercinta
apakan daya melawan fitrahNya
tidak ku cari ia datang sendiri
menjadi daging didalam hati.

tidak mampu kupendam perasaan ini
membengkak menjadi duri
berfikir sepanjang hari
hidup tidak terurus lagi.

kuluahkan isi hati ku
kepada dia yang ku cintai
walaupun tiada balasan untukku
cukuplah ku rasa puas hati.



    umur seperti ini sudah tentulah mula mencari seseorang yang boleh dijadikan isteri. bukan lagi hanya untuk bermain-main seperti anak-anak sekolah. umur seperti ni juga merasakan untuk mencari seseorang yang mampu kita hidup dengannya sepanjang hayat. namun bukan lah senang untuk kita cari seseorang yang mahu menjadi isteri kita. ramai yang tidak bersedia untuk menjadi seorang isteri. katanya masih tidak mampu menguruskan rumah tangga. atau mungkin dia tidak percaya kepada diri kita yang dilihat dari luaran ini seperti kebudakan. ataupun masih terlalu awal untuk mengikat tali pernikahan. dirisaukan akan menyusahkan proses pembelajaran terutamanya kepada wanita. namun apa yang penting kita berusaha sedaya kita untuk mencari bukan sekadar menunggu.

    mungkin wanita banyak memikirkan bahawa apabila telah berkahwin mereka akan terpaksa melakukan banyak kerja rumah disamping kalau mereka masih belajar, akan bertambahlah kerka-kerja mereka. manakala lelaki pula memikirkan apabila mereka berkahwin, hidup mereka akan lebih terurus, makan-minum akan terjaga, hanya keluarkan duit sahaja. maka akan dilihat keuntungan yang banyak kepada pihak lelaki. jika perkahwinan itu dilihat daripada segi ini, maka ramai la wanita tidak akan mahu berkahwin selagi belum sedia untuk semua itu.

    pada hakikatnya perkahwinan adalah saling melengkapi antara wanita dan lelaki. saling tolong-menolong antara mereka. perkahwinan dapat memudahkan kerja wanita didalam perkara yang mereka tidak dapat melakukan seperti melakukan kerja berat yang memerlukan tenaga lelaki. manakala terdapat juga kerja yang lelaki tidak dapat lakukan walhal dapat dilakukan oleh wanita seperti masakan yang sedap-sedap. wanita juga akan mudah untuk kemana-mana dengan adanya suami disamping.

    tidak adil bagi lelaki apabila telah berkahwin mereka menetapkan kerja-kerja rumah mesti dilakukan oleh wanita. sepatutnya tiada arahan didalam sesebuah institusi kekeluargaan. arahan ini hanya akan menyebabkan seseorang melakukan kerja secara terpaksa. lebih-lebih lagi arahan itu tidak dilakukan oleh si penyuruh. memang menyakitkan hati. mulakan dari diri anda dahulu sebagai lelaki untuk melakukan sesuatu kerja, contohnya anda sebagai suami, cuba-cuba untuk memasak walaupun tidak sedap, isteri akan melihat kesungguhan itu lalu isteri akan membantunya. cuba-cuba mengemas rumah, cuba-cuba membasuh baju dan cuba segala urusan yang sentiasa diserahkan kepada isteri. hakikatnya itu adalah urusan yang perlu dilaksanakan oleh lelaki. biar lelaki tahu betapa beratnya kerja yang dilakukan oleh si isteri. cukuplah kita yang belum berkahwin ni tengok kerja yang ibu kita lakukan. sepanjang hari ibu akan melakukan kerja dari pagi sampai lah lewat malam. bantu-bantulah ibu kalau balik kampung. tolong sapu sampah, basuh pinggan, sidai baju. macam-macam lagi kita boleh lakukan. biar lah orang cakap kita ni macam anak dara tapi bila kita dah kahwin nanti, sekurang-kurangnya kita tahu buat semua tu.

    jadilah lelaki yang mampu meringankan beban wanita bukan menambahkan lagi beban mereka. perkahwinan yang mempunyai toleransi dan tolak-ansur ini InsyaAllah akan bahagia. lelaki juga perlu perlengkapkan diri mereka dengan asas-asas agama supaya dapat mendidik wanita yang akan diperisterikan kerana lelaki akan bertanggungjawab keatas wanita ini. saat sahaja lelaki berakad nikah maka disaat itu lelaki telah sanggup menerima segala tanggungjawab keatas perempuan tersebut daripada ayahnya. sanggupkah?. kalau kita dah bersedia kenapa perlu cakap tak sanggup. manusia ni kalau nak tunggu sempurna sesempurna sangat-sangat memang sampai mati pun tak akan kahwin. dalam perkahwinan lah kita akan belajar segala macam bahagia, pahit, sedih dan sebagainya. pengalaman lah yang akan mematangkan diri kita. selagi belum mengecapi sesuatu, pasti tidak merasakan sesuatu.

    

    

Monday, March 12, 2012

KASIH SAYANG

Sabtu, 10 March - Pada sabtu yang lalu, batch ikip yang ke-4 telah mengadakan sidang kemuncak kali pertama pada tahun ini, 2012. sidang kemuncak yang dihadiri oleh tetamu kehormat iaitu encik Mohd Noor daripada Negeri Sembilan, Malaysia. Beliau ialah ayah kepada saudara Mohd Hanif. Sidang ini diadakan di rumah mesyuarat Jordan atau nama lain CASA INTELEK. Mesyuarat yang paling tergempar ini telah dihadiri oleh 34 ahli rasmi batch 4 daripada jumlah 38 orang. 4 orang lagi tidak dapat menghadirkan diri diatas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

    Sidang kemuncak itu dimulakan dengan majlis pembukaan oleh saudara Firdaus bin Zaid. Kata-kata aluan yang memuji kebesaran Ilahi dan bacaan Al-Fatihah sebagai pembuka majlis. Seterusnya terus dijemput ketua batch 4 saudara Mohamad Alif untuk merasmikan sidang kemuncak dan sekaligus meneruskan agenda majlis. Banyak amanat yang disampaikan oleh beliau mengenai organisasi batch 4 antaranya ialah kehadiran delegasi daripada Pahang pada akhir tahun ini untuk membawa agenda kerusi Pahang. Dengan adanya kerusi ini, maka rakyat Pahang yang berjaya dengan cemerlang akan layak memohonnya untuk menyambung Sarjana dan Doktor Falsafah.

    Pelbagai masalah telah diutarakan oleh ahli-ahli batch 4 kepada beliau dan alhamdulillah ia dapat dijawab dengan baik dan segala masalah akan diutarakan kepada pihak berwajib. Beliau sememangnya ketua yang sangat berwibawa dan telah menaikkan organisasi batch 4 ke tahap yang tertinggi. Segala amanat beliau kepada ahli-ahlinya akan sentiasa bermain diminda.

    Sedikit amanat daripada timbalan ketua batch 4 iaitu saudari Nur Adilah. Beliau mengharapkan organisasi ini terus kekal dalam hati ahli-ahlinya walaupun mereka tidak lagi bersama suatu ketika nanti. Ucapan yang pendek itu terus memberi kesan yang sangat mendalam.

    Pembentangan kewangan daripada saudara Suhaib sebagai bendahari agung batch 4. Beliau sememangnya layak menyandang jawatan tersebut diatas kredibiliti yang ada pada beliau. Selain sangat amanah dalam memegang amanah, beliau sangat bijak mengatur langkah mengembangkan lagi kewangan batch 4. Oleh itu, batch 4 kini mempunyai sejumlah wang yang banyak dan mampu menjaga kebajikan ahlinya. Syabas kepada beliau.

    Agenda yang paling ditungu-tungu iaitu jamuan makan batch 4. Jamuan makan secara besar-besaran ini telah ditaja oleh batch 4 dan telah dimasak oleh beberapa catering terkenal antaranya Bait Kampung Group dan Arsyad Copr. Terima kasih kepada mereka kerana menyediakan makanan yang sedap dan mengekalkan citarasa Malaysia tercinta.

gelagat ketua kelas dan pengerusi majlis. murah dengan senyuman.

suhaib sedang meneliti kewangan kelas sambil diperhati oleh mustafa dendan sinis dan badrul mengelakkannya.
dari kiri dan berdiri: arsyad, ikhraam, badrul, encik mohd noor, muhaimin, mustafa, amir.
dari kiri duduk di tengah: hanif, zarul, suhaib, syafiq, sahdan.
dari kiri dan di depan: falah, hazim, afiq.
    sidang kemuncak tersebut telah berlangsung selama sejam setengah bermula daripada pukul 1.00 petang sehingga pukul 2.30 petang. saya Mohamad Sahdan wartawan batch 4 melaporkan berita tersebut daripada bermulanya program sehinggalah ia berakhir. Semoga sidang kemuncak seperti ini akan terus dilaksanakan bagi merapatkan lagi silaturrahim dan kasih sayang antara batch 4.


 

Saturday, March 10, 2012

apa-apa

    esok exam, dua paper pulak tu. al-quran dengan bahasa sepanyol. ni la akibatnya hafal quran last-last minit, memang susah giler nak masuk dan nak lancar. tak tau la macam mana. insyaAllah sempat lagi. kena terus berusaha selagi masih ada sisa waktu ni. tapi tula banyak sangat benda nak dibuatnya pulak. ada jamuan tengah hari ni, ada program mppmj la. aishhh macam-macam betul ada.

    paling asyik nak buat ialah buka facebook. huhu. rasa macam perlu buka sangat la. takut-takut terlepas info. sambil-sambil tengok info mestila tengok semua yang ada dalam fb kn. tula kena kuat semangat sikit. tengok fb masa ada notification je.

    semalam aku tengok mamat-mamat arab ni berkejaran. kejar sorang budak arab ni. lepas tu dapat la dikepungnya budak tu. pehhh ditumbuknya kepala budak tu bertubi-tubi. ramai pulak tu. aishhhh arab-arab, tak matang langsung. tak de keje lain ke nak buat selain gaduh. tak dinafikan orang melayu pun macam tu juga. tapi melayu kat sini semua bagus-bagus dan matang. tak de la nak wat kerja macam tu. masa ni aku tengah main futsal kat yarmouk grand.

    sebelum tu juga aku pergi murokib, lepas tu lalu la ikut jalan yang shortcut konon, pastu tiba-tiba ramai mamat arab pulak kat depan sikit daripada kitorang. macam tengah gaduh jugak. aku pon tak nak la ambil risiko. pusing balik. haha. biar la tak nampak macam tak macho janji aku selamat dan akhowat dua orang tu pon selamat. lari budak dua orang tu. aku pun takut jugak. nanti kena bantai, sia-sia je. lepas tu lalu la ikut jalan selamat. lepas tu dapat call dari kawan cakap takut nak balik, kebetulan betul aku ada dekat-dekat situ. hehe. dapat la murokib kawan aku tu. bagus malam tu, semua mesra murokib. ni yang semangat nak murokib. kah kah kah. astaghfirullah....

lala basel. gempak kan nama pasukan bola kami. pasukan paling hebat di rantau arab.
    balik rumah memang penat la kan. pagi main bola, malam main futsal. da la main jarang-jarang, memang sakit la otot-otot badan ni. sekarang pun sakit je lg. huhu. nasib baik dapat beraksi dengan baik masa main futsal semalam. rasa heaven je main..haha..sekarang masih menderita sakit otot. dua tiga hari baru elok kot.

    apa-apa pon tolong doakan aku exam esok ea. doakan aku dapat mumtaz fasli sem ni. nak jugak merasa dapat mumtaz, fasli pun jadilah. tarakumi memang tak dapat la da. okey, malaysia tunggu aku pulang. aku rindu kat kau malaysia. muahh..

Wednesday, March 7, 2012

SINARMU

di malam yang gelap
aku mencari sinarmu
sukarnya untukku melangkah
kadang tersungkur keseorangan

tidak ku tahu
bila akan ku capai sinarmu
aku akan terus melangkah
perjuangkan impianku

walaupun sangat jauh
perjalanan aku teruskan
walaupun banyak rintangan
aku cuba pertahankan

aku percayakan sinarmu
dan aku harap ia terus ada
balasan untuk pencarian ini
sinarmu sentiasa di hatiku.

*untuk sahabat*
(mohamad sahdan)

Tuesday, March 6, 2012

air mata anakmu

ibu...
ibu aku rindu padamu...
aku mencarimu...
aku menunggumu...
aku terlalu ingin bertemu denganmu...
aku mahu katakan sesuatu kepadamu...
sebagai tanda kasih anak mu...
aku sangat mencintaimu ibu...

hati ini selalu teringatkanmu...
ditika malam sering mimpikan redup wajahmu...
kadang aku menangis rindukanmu...
aku sangat takut sesuatu terjadi padamu...
sungguh aku sangat sayang kan ibu...

ya Allah kau lindungilah ibu...
kau ampunkanlah dosa ibu...
kau permudahkan lah urusan ibu...
kau berilah rahmatmu kepada ibu...
sesungguhnya aku tidak mampu membalas semua jasa ibu...
hanya titipan doa sebagai pengubat rindu...


daripada anakmu yang  merindui,
sahdan.

Friday, March 2, 2012

pejam celik

     pejam celik je da bulan 3 sekarang ni. da nak masuk fatrah imtihan awwal da. isnin dekat ni aku da mula test 1. cepatnya masa berlalu. tinggal beberapa bulan sahaja lagi aku akan meninggalkan bumi irbid yang penuh dengan kenangan-kenangan manis mahupun pahit. terpaksa juga meninggalkan rakan-rakan disini yang bersama-sama menuntut di universiti yarmouk dan tidak sama menuntut iaitu universiti just. semua itu juga atas keizinan Allah.

     seronok nye belajar di irbid ini sebab terdapat 2 universiti. so dapat kenal budak syariah dan juga budak medic&dentist. dapat kenal banyak jenis ragam manusia. semuanya best-best belaka. aman sangat duduk irbid ni. semua budak malaysia kat sini peramah dan baik-baik belaka.

    segala kenangan ni aku akan semat dekat sini (jantung). sambil meletak tangan di jantung. hehe. berat sangat hati nak tinggalkan jordan ni. lebih-lebih lagi ada kawan baik yang akan ditinggalkan dekat sini. apa-apa pun aku tak akan lupakan kawan baik aku tu. haha. harap dia pun akan selalu ingat aku jugak. tau.

snow love untuk kawan baik..haha

     siapa-siapa yang baca blog ni, aku nak mohon maaf kalau ada salah silap selama ni. kita kan tak tahu ajal kita bila. jadi kalau korang baca blog ni, korang maafkan lah aku ea. aku sangat memerlukan maaf dari korang semua. dan doakan aku selalu bahagia. hehe.
kami rakyat malaysia mengucapkan kami sedang main salji.....fuyyo..

abc paling besar aku pernah makan...sangat sedap..best dari abc kat malaysia.
     seronok sangat dapat main salji kali pertama dengan sahabat-sahabat. kenangan paling indah dalam salji ni tak akan dilupakan. da lama tak makan abc, akhirnya dapat juga merasa makan walaupun sekarang aku da batuk teruk, selsema yang tak henti-henti hingus ni mengalir, namun memory manis ni membuatkan penyakit tu dibiarkan saja. hehe.


    akulah raja di dunia salji. haha. memang terbaik salji kali ni. terima kasih Allah sebab bagi peluang kat aku main salji sebelum aku pulang ke malaysia. hehe. aku doa agar aku dapat datang lagi kat sini.


menelusuri lorong-lorong sepi

berjalan berseorangan mencari sesuatu. berjalan di subuh hari. sewaktu hujan masih membasahi bumi irbid. walaupun sejuk menyelubungi diri, aku masih terus berjalan. aku akan terus berjalan.
jalan yang basah dan berair menyukarkan aku untuk sampai ke destinasi yang aku tuju. jalan yang sangat cantik dan tenang tanpa gangguan.




kenapa tiada sesiapa pun di bumi irbid ini. aku bermonolog sendirian. aku seorang sahajakah yang berada di irbid ini. aku tidak melihat kelibat sesiapapun. aku merasa keseorangan. aku perlukan seorang teman.

aku bosan berjalan seorang diri. aku ingin bercerita dengan seseorang. aku hanya mampu berjalan. mulut aku tidak mampu berkata-kata bila aku keseorangan.

bagaimana jika aku betul-betul keseorangan nanti. adakah aku akan sunyi seperti ini. huh aku hanya mampu berkata-kata di dalam hati.

aku sangat berharap aku punyai teman yang selalu berada di sisi aku, tatkala aku gembira dan sedih. aku ingin meluahkan segalanya kepada teman aku.

aku tidak mampu membiarkan sesuatu terbuku hanya didalam hati. ia memberi seribu rasa parah.

rasa itu membuat aku terus berjalan. aku harap aku temui sesuatu daripada perjalanan ini.

walaupun hari ini aku tidak menemui seorang teman, aku akan terus mencari walaupun aku  perlukan  seratus tahun lagi.

ciptaan Allah menjadi peneman dikala aku keseorangan. Allah tidak mengecewakan hambanya dengan ciptaan yang  sangat indah ini.


cuma kadang-kala manusia sahaja yang tidak mampu mengendalikannya dengan sebaiknya.

oleh sebab itu, banyak kehancuran yang dilakukan oleh manusia. tanpa ada pembaikan dan terus menerus dengan kerosakan.

manusia juga kadang-kala tidak mempunyai nilai murni kepada alam ciptaan Allah ini. sanggup melihat alam ini tercemar. tanpa segan-silu mengotorkan bumi ciptaan Allah yang telah disediakan dengan indah. 

alhamdulillah di waktu subuh seperti ini aku dapat merasakan ketenangan walapupun berseorangan.

menelusuri lorong-lorong yang cukup tersusun. memudahkan perjalanan tanpa tersesat.

akhirnya menghampiri jalan yang baru sahaja diberi nama. 'syari' saadon'. kawasan kediaman yang aku duduki.  


perjalanan tidak akan terhenti disini. aku akan berjalan lagi bila sesuatu ingin aku cari.

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan