berjalan kaki ke pejabat sheikh abu ala. dekat duar qubah. jauh juga berjalan ni. 15 minit rasanya. sampai je ke pejabat sheikh, sheikh pula tiada. rupa-rupanya sheikh telah menunggu kami selepas asar tadi. tapi sheikh kata kelas akan diteruskan. kami pun menunggu sambil membaca buku. 'lamanya sheikh ni, jom menyuruk kita tengok sheikh marah tak kalau kita tak ada' aku kata dekat kawan sambil bergelak ketawa. 20 minit lepas tu barulah muncul sheikh yang ditunggu-tunggu.
terus start exam. alaaa tiba-tiba blur plak. padahal tajwid je pun. aku pun hentam jela buat ayat sendiri. malu aku bila sheikh tengok jawapan aku yang entah pape tu. rupa-rupanya sheikh tak kisah pun. dia siap buat teh lagi. lama duk berborak dengan sheikh siap masuk bab kahwin lagi. tanya sheikh macam mana kahwin dengan orang arab. dia cakap mahar nak kahwin dengan arab ni mencecah 6000 dinar. memang terus cancel la cita-cita yang baik tu.
tengok la kawan aku tu da macam boss aku tengok. sheikh suruh die tolong print kan sesuatu. lama buat benda tu la tadi. lepas siap baru la solat berjemaah dengan sheikh. tak sangka juga suara sheikh sedap. hehe.
apa yang aku kagum sangat dengan sheikh ni, dia cerita tadi anaknya 4 orang jadi jurutera. sorang jadi ahli riadi(math) sorang lagi bahasa inggeris. sorang anak dia menetap di australia, sorang lagi di amerika, sorang lagi di arab saudi. sheikh ni dulu referee peringkat antarabangsa tau. pernah bertugas di merata dunia. malaysia pun die pernah juga.
sampai sini jela nak kongsi hari ini. ingat nak buat macam cerita cerpen tadi. tapi tak pandai pula. hehe. k bye.
kirim salam kami pd sheikh..
ReplyDelete