Sunday, July 19, 2009

cinta sejati


sebagai membuka bicara ini izinkan saya berpantun 2 kerat dan 4 kerat...


malam-malam makan biji bidara,

izinkan saya menulis sepatah dua kata.


pergi melaka naik beca,

dekat sana banyak tauhu,

jangan lupa baca,

baca 2 sampai habis tau.


apakah cinta sebenarnya?

adakah ia perlu dituruti atau dihindari?

sungguh aku tidak sangka,masih terdapat cinta yang tidak suci dalam hati orang yang berjiwa suci.

sanggup dia bermain cinta demi nafsu semata-mata.

apakah dia tidak punya harga diri.

atau adakah harga diri itu telah dibuang jauh dari kehidpan duniawi.

ketahuilah cinta amat suci tafsirannya.

namun telah dirosakkan tafsirannya.

oleh insan yang bernama manusia.


wahai manusia,marilah bersihkan kembali tafsiran ini.

daripada anasir-anasir yang sedang membinasakan umat.

kembalikan semula cinta yang suci.

moga menjadi cinta yang hakiki.

cinta hakikatnya direstui.

inilah yang diingini.

oleh manusia yang ingin dikasihi.


antara cinta dan sayang yang mana lebih agung?

dalam sayang ada cinta.

dalam cinta tidak semestinya ada sayang.

namun masing-masing ada kelebihannya.

jangan diperkecilkan cinta itu.

kerana cinta takrifnya ada dalam jiwa manusia.

perlu dibimbing agar mendapat cinta yang sejati.



Friday, July 17, 2009

dimanakah aku boleh dapatkan tarbiyah?


inilah persoalan yang sering diajukan oleh pencinta dakwah islam. yang mana hatinya telah berputik cinta terhadap kekasihnya Allah dan Rasul. jiwanya telah disaluri dengan nur hidayah untuk mengunggulkan kembali islam di mata dunia.


tarbiyah ialah proses mengasah dan mengilatkan kembali kekuatan iman yang ditakdirkan menurun dan menaik. untuk mengatasi iman terus-menerus menurun kita memerlukan proses tarbiyah. namun persoalannya dimanakah kita boleh mendapatkan seseorang yang telah ditarbiah dan boleh mentarbiah kita? memang sukar untuk mencari seseorang yang jiwanya sempurna namun masih ramai yang mempunyai jiwa tarbiyah. kita boleh mendapatkan khidmat nasihatnya. bentuklah sebuah halaqah yang saling memperingati antara satu sama lain. sejarah turut membuktikan nabi kita Muhammad s.a.w pada awalnya membentuk halaqah kecil sebelum islam berkembang dengan meluasnya. pada dasarnya, umat islam pada zaman ini sudah terasa sangat asing walaupun jumlahnya amat mengerunkan. kita perlu bermula daripada awal dengan membentuk halaqah-halaqah kecil dan seterusnya membentu jiwa-jiwa yang kuat lalu membentuk keluarga islam dan akhirnya kita boleh membentuk negara islam. bayangkan kita dapat menarik lima orang menyertai halaqah kita dan seterusnya ahli-ahli yang lain dapat menarik lima orang yang lain pula dan begitu lah seterusnya. tidakkah ia menjadi begitu besar? fikirkanlah saudara!!


perkara ini perlu dipandang serius walaupun ada segelintir umat islam yang menganggap ia tidak diperlukan dalam kehidupan. mereka berasa mungkin ceramah,tazkirah lepas maghrib adalah cukup untuk membentuk peribadi seseorang namun pemikiran tersebut jauh meleset kerana ia tidak dapat membentuk seseorang kerana dalam proses pembentukan peribadi memerlukan perhatian sepenuhnya daripada pendidik.


dalam suasana tarbiyah mereka dianggap sebuah keluarga yang saling memerlukan nasihat antara satu sama lain. mereka boleh berkongsi masalah, suka dan duka bersama ahli yang lain. inilah kelebihan halaqah tarbiyah. disamping dapat berkongsi ilmu jiwa turut mendapat manfaatnya. disini saya serendah diri mengharapkan saudara dan saudari hidup dalam suasana halaqah kerana ia amatlah dianjurkan dalam islam. moga hati kita sering mendapat peringatan daripada halaqah tersebut.

tarbiyah hati dan jiwa

apakah yang yang dimaksudkan dengan tarbiyah?daripada pengamatan saya tarbiyah merupakan proses membentuk hati dan jiwa yang cintakan Allah semata-mata dan tiada cinta yang dapat mengatasinya.melalui proses tarbiyah kita dapat menjaga hati kita daripada terlalai daripada sebarang perkara yang dapat mematikan hati.contohnya saya kaitkan dengan persoalan cinta kepada makhluk.cinta kepada makhluk terutama wanita dapat menjauhkan hati kita daripada cinta kepada Allah.amat membimbangkan apabila seseorang terjebak dalam cinta ini.cinta yang tidak berkesudahan,dan sering melanggar syariat.masakan kita cinta pada makhluk lebih dari cinta Allah sedangkan Dia adalah pencipta kepada yang dicinta.

melalui tarbiyah,persoalan cinta sebegini dapat diatasi tanpa sms,bergayut 24jam,ber ym dan sebagainya.bagaimana ia dapat diatasi?binalah cinta berdasarkan syariat...buat masa sekarang bersabarlah dan apabila sudah sampai waktunya nanti merisik la si gadis yang dicintai itu.sampaikan hasrat hati melalui orang tengah iaitu ibunapa atau pensyarah dan sesiapa yang mudah dibicara.jika difikirkan kembali apa gunanya kita bercinta bukan atas talian syariat,malah mengundang dosa.

dimana untuk kita mencari proses tarbiyah tersebut?boleh dikatakan sekarang ini banyak tempat atau kumpulan yang menawarkan proses tarbiyah sebegini namun perlu diingat ia perlulah diteliti terlebih dahulu.nantilah saya sambung lagi karangan ini.salam.

Saturday, July 11, 2009

teman dikala suka dan duka

aduhai teman,dikau penyeri dikala aku kesepian,
penghibur dikala aku kesedihan,
pengubat dikala aku kesakitan,
peneman dikala aku keseorangan,

aduhai teman,pengorbananmu tidak mungkin aku lupakan,
jasamu terlalu banyak ibarat air di lautan,
mustahil dapat aku balasi dengan harta kepunyaanku,
walaupun aku serahkan jiwa dan ragaku,

oh teman,dikala engkau meninggalkan diriku,
aku tidak punya teman untuk mengadu,
hidupku bagaikan kain putih yang kosong,
aku merasakan hidup ini tidak beerti lagi,

disaat itu aku memohon kepada Allah sebagai penciptaku,
agar aku dianugerahi seorang teman yang akan membahagiakanku,
lalu aku dikirimkan sebiji permata yang amat berharga,
aku bersyukur padaNYA yang amat aku cintai,

oh teman,aku tidak akan membiarkan engkau pergi dariku,
aku amat menyayangimu keranaNYA,
daku berharap dikau menerimaku seadanya,
namun akhirnya engkau pergi jua menyahut panggilanNYA,

aku berasa amat pilu sekali,
namun aku berharap satu hari nanti,
aku akan dikurniakan teman sepertinya,
walaupun penggantinya amat sukar dicari.

terima kasih teman kerana sudi menjadi temanku...

(sahdan)

Sunday, July 5, 2009

apa itu niat??

salam sekali lagi buat teman-teman seperjuangan..

pagi subuh yang penuh dengan liku-liku kesejukan aku redahi bersama rakan-rakanku dengan harapan dapat berjamaah bersama-sama. namun aku hanya sempat rakaat kedua saja. aku bersyukur dapat berjamaah walaupun aku agak lambat. usai saja solat aku mendengar kuliyyah subuh yang diutarakan oleh ustaz dimasjid tersebut. beliau berbekalkan kitab syarah hadis 40 telah bicarakan bab paling awal iaitu bab niat.

niat memang penting untuk membezakan antara adat dan syariat. namun banyak lafaz-lafaz kata yang tidak diketahui usulnya telah memenuhi pemikiran umat sekarang ini. kita hanya pandai melafaz namun tidak pandai berniat. kelakar rasanya kalau kita tengok orang bertakbir lebih dari sekali,itulah namanya tidak pandai berniat. padahal niat itu memang hadir dengan sendirinya. lafaz-lafaz inilah yang banyak menyusahkan kita.

asal-usul hadis yang berkaitan dengan niat itu adalah disebabkan terdapat segolongan sahabat yang berhijrah bukan kerana Allan dan Rasul. bahkan mereka berhijrah kerana wanita yang ingin dikahwininya. ini jelas lari daripada niat yang sebenar. namun mereka hanya dapat apa yang mereka inginkan dan tidak dapat lah Allah dan Rasul.

ustaz tersebut menyelitkan sedikit info melalui kitab 75 kesalahan sekitar hari jumaat dan solat jumaat. kesalahan yang disebutkan termasuklah:

1- salah disisi syariat membaca al-quran sebelum solat jumaat. kalau difikir mengunakan akal memanglah ia tidak langsung menyalahi kerana ia perkara yang baik, namun syariat tidak boleh menggunakan akal semata-mata tapi mestilah bersumberkan kepada nas-nas yang sahih. kaedah syarak ada menyebutkan asal kepada ibadah adalah haram sehingga ada dalil yang membenarkan. apa yang berlaku sekarang ini, berbagai-bagai ibadah yang wujud tanpa dalil yang sahih. ini sangat jelas menyesatkan dan ibadah itu tidak akan diterima.

2- kalau diperhatikan membaca al-quran sebelum solat jumaat menganggu konsentrasi ibadah-ibadah sebelum jumaat seperti solat tahiyyat, i'tikaf dan sebagainya yang dibenarkan. kalau dibaca al-quran dengan kuat malah menggunakan microphone, sudah tentu orang lain terasa susah untuk melakukan ibadah-ibadah yang ingin dilakukan.

apa yang ingin saya sampaikan disini ialah marilah kita melakukan sesutu ibadah bersumberkan al-quran dan hadis bukan berdasarkan kata-kata yang penuh dengan keraguan. sesungguhnya kata-kata hanya akan mengundang binasa.

wallahu 'alam...

Saturday, July 4, 2009

Salam ukhwah buat semua.....

Dalam kehidupan ini kita mungkin ditusuk dengan berbagai-bagai ujian. kadang-kadang ujian itu berbentuk kepahitan malah kadang-kadang ia berbentuk kegembiraan. hari ini aku baru saja pulang daripada satu nikmat kegembiraan yang dikurniakan oleh yang Maha Esa kepadaku. kesyukuran tidak terhingga ku lontarkan kepadaNYA. kuingin kongsikan nikmat yang dikurniakan ini kepada rakan-rakan seperjuanganku semoga ia boleh menyuntik semangat kearah perjuangan islam sebagaimana yang kita tahu islam masa kini banyak diancam oleh orang islam itu sendiri dengan pelbagai ideologi yang memungkinkan islam itu terasa jauh daripada umat islam itu sendiri.

Jam menunjukkan 11.00 pagi. waktu yang ditentukan Allah supaya aku harus memulakan perjalananku ke kota yang penuh bersejarah. dengan kekuatan yang dikurniakan olehNYA,aku berangkat kesana dengan keluargaku menaiki kereta proton waja. kegembiraan mula nampak dilesum pipitku dengan senyuman yang diukir. perjalanan yang akan memakan masa 4 jam itu aku pergunakan dengan menyaluri ikim.fm yang memberi pelbagai info ilmiah. nasyid yang didendangkan menghilangkan kebosanan mengharungi liku-liku maut perjalanan.

Tersedar dari lamunan apabila jelas kedengaran bunyi yang mengajak kearah mengingati Allah. Aku menjamakqasarkan solatku secara berjamaah. sesungguhnya jamaah itu adalah kekuatan bagi umat islam namun apa yang berlaku sekarang ini amat menikam kalbu. masjid seolah-olah digunapakai hanya untuk malam jumaat dan solat jumaat saja. apakah malam-malam lain tidak sama seperti malam jumaat? persoalan yang telah dihilangkan daripada pemikiran masyarakat. malah adat diagung-agungkan melebihi ketinggian syariat islam yang sepatutnya lebih diutamakan.

Aku meneruskan perjalananku ke kota yang pernah dikuasai oleh 3 makhluk asing yang berbeza dan amat menakutkan penduduk melayu namun dengan kekuatan yang dianugerahkan kepada sebilangan orang melayu, akhirnya kesemua makhluk-makhluk itu berjaya disingkirkan. aku sampai disana lebih kurang pukul 3.30 petang. disana aku menghabiskan masa cutiku di sebuah villa yang amat indah dan besar. tidak pernah aku berada didalam rumah seindah itu kerana siapalah aku! diluar villa itu terdapat sebuah kolam renang yang besarnya boleh dimuatkan 3 ekor kerbau.

Petang itu juga aku cemari air itu dengan skill-skill terjunanku. aku berenang sepuas-puas hati sehingga kulitku mengelupas buat kali ke-2. malam itu aku tidur dengan nyenyak sekali dan tidak mungkin nyamuk boleh mengejutkanku. ku bangun seawal subuh lagi untuk berjamaah bersama-sama dan mendengar sedikit peringatan. selepas solat zohor berjamaah, aku kebandar hilir untuk menyaksikan kesan-kesan sejarah disana. sungguh mengagumkanku melihat tinggalan tersebut namun aku tidak lupa sesungguhnya Allah lah yang mengurniakan manusia kebijaksanaan tersebut.

keesokannya pula aku ke water world untuk melakukan aktiviti air. kebanyakan permainan disana telah aku rasai. aku kesana hingga lewat petang. pengalaman disitu tidak mungkin aku lupai. aku pulang dari afamosa resort tepat jam 11.30 pagi. semoga anda tersenyum dengan pengalaman ini.

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan