Tuesday, January 15, 2013

Syukur dan Terus Bersyukur


Alhamdulillah selesai sahaja exam subjek-subjek master di UM. Alhamdulillah juga dapat bekerja sebagai research assistant kepada dr Kamaruzzaman. memang sangat tidak sangka dapat bekerja walaupun hanya sementara tapi dapat melihat suasana dunia akademik. dapat bergaul dengan para ilmuan di um ni. dapat menambahkan ilmu apabila sering bersama para doktor.

sekarang sedang menunggu dr yang sibuk dengan viva. terpaksalah tunggu diluar office dr. memang bosan kalau tiada kerja yang hendak dibuat. semalam memang penat sikit menyiapkan dokumen attenden yang banyak perlu ditukar tarikh dan sebagainya. hari ni da setel semua tu, jadi da tak tahu nak buat apa. kena tunggu dr bagi arahan seterusnya la. sekarang dr kata kerja belum banyak lagi sebab dr belum start research lagi. nanti kalau dah start tak tahu lah kan macam mana sibuknya.

sahaja selesai buat kerja sedikit tadi iaitu masukkan nama pelajar dengan markahnya. sekarang sudah boring semula. harap semangat bekerja ini terus ada dalam diri ini supaya kau tak makan hasil yang tak berkat. insyaAllah.

bersama islah iaitu sahabat daripada aceh. macam muka pelakon sinetron kan.
kawan-kawan indonesia rata-rata akan pulang ke negara mereka. mereka tak dapat dinafikan sangat peramah dan baik, seronok kawan dengan mereka. lebih-lebih lagi mereka daripada aceh. walaupun mereka telah berumur tetapi perangai mereka yang boleh masuk dengan orang muda seperti aku ini sangat menyeronokkan. insyaAllah kalau ada peluang mahu terbang ke aceh untuk berjumpa kawan-kawan disana.

perut sudah sangat lapar, menunggu hazim menyiapkan form kerja nya. cepat la sikit. perut dah lapar sangat ni. tadi dr tanya, dah sarapan ke belum, sebab waktu sudah hampir tengah hari kan. lepas tu aku jawab makan tengah hari terus. saving betul kata dr. biasalah kan hidup membujang dan kerja biasa-biasa ini perlukan saving. kalau tak memang tak terbayar la sewa rumah dengan internet bagai tu. banyak ongkos nya.

k nak pergi makan dululah. bye2.

Tuesday, January 8, 2013

Musim Exam


sekarang rata-rata pelajar universiti sedang menghadapi peperiksaan. akan terpaparlah di dinding fb dan twitter post-post mengenai ragam mereka yang sedang tension dengan peperiksaan. lumrah dah exam ni di malaysia. sejak sekian lamanya sudah bergelumang dengan exam. sejak daripada pra sekolah lagi dah ada exam. tapi kenapa masih lagi takut dengan exam kan? aku yang sekarang sudah mengambil master pun masih lagi ada exam. bayangkan sudah berapa exam yang aku lalui sejak pra sekolah? tak terkira kalau nak kira. tapi seronoknya master ni exam sikit sahaja. sem ni aku mengambil 4 subjek. dan ada 3 subjek yang perlu diambil exam. tahap master ni memang malas kalau bab-bab exam ni. biasela dah jemu dengan perkataan exam ni. tapi apakan daya exam tetap perlu diambil, kalau tak, tak dapatlah status master tu nanti.

setakat ni baru lepas satu paper iaitu subjek 'pengajian syariah lanjutan'. ape yang seronoknya ialah banyak pensyarah yang ajar subjek ni. mybe dalam 10 orang yang ajar rasanya. jadi banyak pemikiran yang student dapat dari semua pensyarah ni. jadi kita dapat nilai pemikiran-pemikiran tersebut dan gabungkan ia menjadi satu pemikiran yang natural. penting tau mempunyai pemikiran yang natural ni iaitu menerima pendapat orang lain dengan dada yang lapang. maksudnya tak adalah nak mengutuk, mencaci, perlekehkan pendapat pensyarah-pensyarah tersebut. dulu masa aku sekolah menengah ada sorang ustaz ni kata profesor-profesor universiti ni mengajar tak sedap, cakap tak ada lawak tapi sebenarnya pendapat tu salah. kebanyakan pensyarah yang ajar kat universiti malaya ni memang best. kelakar mereka semuanya ada isi. cara mereka ajar memang senang nak faham. tapi bila pensyarah suruh student terang semula susah jgak nak terang macam mereka terangkan. kalau tak percaya jom la belajar kat universiti malaya. yang paling best yuran pun murah. dan paling penting jugak belajar semua dalam bahasa melayu. ada arab dan bi tu sikit-sikit je.

berbaki lagi 2 exam. exam kat um ni semuanya esei. kat jordan dulu mana biase buat esei pnjang-pangjang ni. jadi memang aku jawab tak berapa panjang la. tengok orang lain jawab mengalahkan tulis tesis da. takut takut markah rendah. huhu. 

alhamdulillah semalam buka mybrain then dapat tawaran biasiswa. maknanya permohonan dah diluluskan walaupun isi borang online haritu cincai je. haha. tapi da 7 hari berlalu surat tawaran tu. hanya tinggal 7 hari sahaja lagi. OMG. sempat ke tak nak siapkan ni. da la tengah musim exam ni. banyak la pulak kpt ni mintak isi tu ngan isi ni. aishhhh... macam mane ni wei??insyaAllah sempat. harap-harapnya. masa-masa ni lah kewangan macam ape ntah. satu sen pon tak ada. terpakse la telefon mama tercinta tadi mintak duit. huhu. sadis sadis. malu pun ada. tapi terpaksa la kan. tu je cara terakhir yang aku ada. sory mama sebab selalu susahkan mama. nanti adan da kerje adan bantu ma pula ea.

sebenarnya biasa la kan anak berumur 22 tahun ni mintak duit family lg. hehe. yang penting kena belajar betul-betul pastu tak guna duit tu untuk benda bukan-bukan. untuk pengetahuan semua, aku ngan kawan aku selalu makan kat rumah je. kami masak kat rumah. tapi masakan bujang jela.

harap-harapnya duit dermasiswa, duit claim tiket flight cepat-cepat la dapat. aku da tak mampu duduk kat kl ni tanpa duit. kalau duduk kampung tak ada duit satu sen pun aku tak kisah sebab setiap hari ada makan free. haha. tapi duduk bandar ni nak bayar sewa, internet, transpot dan bagai-bagai lagi yang memang memeningkan kepala aku untuk belajar dengan tenang. doakan aku berjaya dalam master ni. dapat biasiswa nanti aku boleh cepat-cepat habiskan master ni dengan tenang sekali. insyaAllah.

Sunday, January 6, 2013

POLITIK MEMBOSANKAN


tahun baru 2013 pastinya ditunggu oleh ramai pihak. akhirnya 2013 muncul dengan kisah-kisah politik yang semakin hangat, maklumlah pilihanraya yang semakin hampir. banyak kisah mula disiarkan bagi meraih perhatian dalam undian. jentera-jentera politik telah mula sibuk mencari ahli-ahli lama dan juga baru. paling yang menyampah apabila ada yang asyik nak mintak fotostat ic, macam la tak tahu dia nak masukkan nama dalam parti dia.

jujurnya aku masih belum berminat untuk daftar mana-mana parti memandangkan aku masih belajar. biarlah rahsia aku undi yang mana satu nanti. yang penting kerajaan itu menjaga "maqasid syariah" hehe. yang penting juga aku dah daftar mengundi. excited sebab kali pertama nak mengundi ni nanti. akhir-akhir ini juga nampaknya banyak isu-isu yang telah dimainkan oleh parti politik sampai tak tahu nak percaya yang mana. biarlah percaya dalam hati sahaja, takut diluahkan nanti boleh jadi fitnah pulak, kemudian diikut oleh orang, dah kita yang bertanggungjawab.

nampaknya mahasiswa turut serta dalam membahas isu-isu umno pas dan sebagainyanya ni. aku tak tahu lah dimana sumbangan mereka apabila mereka asyik bertekak sambil berperli-perli ni. tak tahu dimana kesudahannya. atau mungkin aku sahaja yang tak tahu, minta maaf sebab tak ambil tahu walaupun tahu la juga sikit-sikit. alhamdulillah kalau mereka bertekak sambil menyumbang. tapi kurang-kurangkanlah perli-perli sesama islam ni. nampak tak manis.

aku jamin lepas habis pilihanraya nanti semua isu-isu akan sunyi sahaja. masing-masing akan mula sibuk belajar semula. kalaulah berterusan kan okey tu. kadang-kadang aku fikir nampak bagus juga banyak isu ni, banyak juga program yang dapat dijalankan untuk membahas isu-isu tersebut. minda pun semakin berkembang dan terbuka.

aku perhatikan pensyarah-pensyarah universiti terutamanya malaya ni tak ada lah sesibuk mana dalam membahas isu politik ni nak dibandingkan dengan mahasiswa ni semua. kenapa ye? kita lagi hebat ke? hehe. biasalah darah muda memang macam ni, da tua nanti kami senyap la.

bagi aku paling bagus kita jadilah natural, tak terlalu ekstrim dalam memihak parti. bila da ekstrim ni, yang jahat pon boleh nampak bagus, yang bagus lagilah nampak bagusnya. tapi bagus pada parti pihak lain akan dilihat tidak bagus. pasti akan dikorek sehingga jumpa yang tidak bagusnya. masalah tu. aku pasti masing-masing mempunyai sumbangan tersendiri.

lagi satu, cuba-cuba lah mendengar pendapat orang lain dan berlapang dada dengan pendapat orang lain. mungkin kita rasa pendapat dia salah tapi dia rasa betul, nak buat macam mana kan. atau pendapat kita salah tapi kita je syok sendiri rasa betul. so, hati-hati.

Friday, January 4, 2013

KAEDAH TALFIQ DIHARUSKAN DALAM MENYELESAIKAN ISU IBADAH SEMASA


Konsep talfiq telah diamalkan oleh umat Islam tanpa sedar. Indonesia dan Malaysia secara khususnya bermazhab Syafie’ dalam praktik ibadah namun realitinya seringkali teramalkan kaedah talfiq. Maka tajuk ini ingin membahaskan sejauhmanakah kaedah talfiq dapat menyelesaikan isu dalam ibadah semasa umat Islam terutamanya di Malaysia.

Talfiq jika dilihat dari segi bahasa bermaksud mencantumkan, mengumpulkan dan menyatukan. Manakala dari segi istilah pula bermaksud penggabungan antara dua unsur atau lebih. Imam al-Bani al-Husayni telah membahagikan talfiq dari segi usul-fiqh kepada tiga bahagian:

  1. Melakukan sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh para mujtahid iaitu perlakuan menggabungkan pendapat dari pelbagai mazhab dalam satu perkara.
  2. Menggabungkan dua mazhab atau lebih dalam satu masalah. Contohnya orang berwuduk dalam masalah membasuh kepala hanya membasuh sedikit sahaja dalam mazhab syafie’ kemudian menyapu kaki tanpa membasuhnya mengikut sesetengah ulama. Penggabungan ini dinamakan talfiq.
  3. Tidak terikat seorang muslim dengan sesuatu mazhab bahkan mengamalkan pendapat pelbagai mazhab dalam pelbagai perkara.

Jadi talfiq adalah perbuatan mencampurkan pelbagai pendapat mazhab dalam sesuatu masalah dan juga mengamalkannya serta tidak terikat dengan mana-mana mazhab.

Wahbah Zuhaili pula mentakrifkan talfiq sebagai menghimpunkan antara taqlid dua imam atau lebih dalam sesuatu perbuatan diamana setiap perbuatan itu mempunyai rukun atau juziyat yang mempunyai hubungan antara satu sama lain. Apabila seseorang bertaqlid kepada mazhab tertentu dalam sesuatu hukum dan bertaqlid kepada mazhab yang lain dalam masalah hukum lain, maka perbuatan ini dianggap talfiq diantara dua mazhab atau lebih.

Pandangan Ulama Semasa Terhadap Talfiq

Yusuf al-Qaradhawi mengatakan sesungguhnya talfiq yang dilakukan dengan tujuan untuk bertalfiq kepada mana-mana pendapat yang mudah dari setiap mazhab mengikut hawa nafsu semata-mata tanpa meraikan dalil-dalil syara’ adalah tidak harus.

Melihat kepada pandangan-pandangan yang telah diberikan oleh ulama, maka harus untuk bertalfiq dalam perkara yang mempunyai nas-nas yang dilihat lebih menepati syara’ dan juga menepati kepada maqasid syariah. Pada masa sekarang juga amat sulit untuk berpegang kepada satu mazhab sahaja dan sudah tidak relevan lagi doktrin perlarangan talfiq kerana keperluan manusia telah bertambah. Contohnya  dalam hukum pembayaran zakat fitrah di Malaysia dan pelbagai lagi masalah telah tidak hanya bergantung kepada mazhab syafie’ sahaja malah menggunapakai pelbagai mazhab dalam menyelesaikan masalah manusia.

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan