Sunday, September 30, 2012

Aku jumpa DSAI

"Astaghfirullah al-'azim". Allah yang Maha Agung, ampunkan aku. Sesungguhnya aku banyak melakukan dosa terhadapmu. 

Aku hanya lepak di masjid pada selepas zohor tadi, duduk di rumah pun tidak apa hendak dibuat. Angannya  ingin membaca sebanyak mungkin buku teks keluaran ISRA yang setebal hampir sejengkal. Dasyat. Akhirnya hanya terbaca 3 helai sahaja. Selebihnya waktu untuk internet. Sambil lepak tu niatkan iktikaf, mudahan dapat juga ganjaran. Tanpa sedar waktu asar pun berkunjung. aikk sekejap betul masa berlalu. Apa boleh buat kalau tak ambil pengajaran surah "al-asr".

Usai sahaja solat asar aku menoleh ke belakang. MasyaAllah ramai betul makmum masjid Nur Ehsan ni. Jarang jumpa jemaah masjid lain seramai jemaah di masjid ini. Dahsyat. Kalau kat kampung aku lagilah, terus hilang semua jamaah. Haha.

Betul la kata orang selangor, sekarang ni selangor dah jadi seperti bandar ilmu. Alhamdulillah. Diharapkan ilmu seiring dengan amalan.

Terpandang seorang insan, ibarat insan biasa, tidak membesarkan dirinya, sembahyang di celah-celah insan biasa. MasyaAllah datok Seri Anwar Ibrahim. 2 hingga 3 kali juga aku memandang untuk membenarkan penglihatan aku ini. Selang beberapa orang aku terlihat pula Tan Sri Khalid Ibrahim. Sahla memang mereka ni. Nampaknya parti pembangkang memang mengadakan jelajah. Kebetulan berhenti solat di masjid tersebut dan kebetulan aku pun berada disitu. Untungla sebab kali pertama dapat melihat dan bersalaman dengan mereka.






Memang bergema dengan takbir la di sekitar kawasan tersebut. Biasanya aku lihat bas 2 tingkat tu dalam gambar sahaja. tapi hari ini dapat lihat betul-betul depan mata. Ada kesan cat berwarna merah.

Aku memang anti betul dengan politik "mengada-ngada" ni, kalau tak suka jangan la kacau orang punya tempat. sampai nak lempar-lempar cat pulak, apa yang orang ni dapat ek? rugi lagi adalah. Jangan ada orang upah mereka ni buat macam tu sudahla. 

Aku harap aku tak jadi fanatik terhadap mana-mana parti, yang aku rasa parti tersebut dapat memberi faedah kepada Islam rakyat, aku akan sokong dan sebaliknya begitulah. Tapi betulla kan kadang-kadang rasa teringin nak ditadbir pemerintah baru, macam mana rasanya? Kita tengokla pilihanraya nanti yang entah bila-bila tu.

Saturday, September 29, 2012

AKU takde IDEA

Bermain bersama kanak-kanak ribena. Kadang-kadang seronok kadang-kadang pening kepala. Layan kan saja perangai budak-budak ni. Kalau ada sesuatu peristiwa yang berlaku kita selitkan la dengan nasihat yang berguna supaya ada juga pengisisan buat mereka. Walaupun mungkin mereka tidak ingat apa yang kita katakan tapi saya percaya kanak-kanak ni mudah untuk mengikut apa yang mereka lihat dan dengar. Sebab tu jangan bercakap yang bukan-bukan dengan mereka, pasti mereka mengikut sampai susah untuk nasihat mereka jangan berkata perkara yang tak baik tersebut.

Sekarang ni kanak-kanak tersebut tengah bising di sekeliling kepala saya. Tak mengapalah, tenang sahaja. Rasa kalau dapat sabar dengan keadaan ini insyaAllah bila dah ada anak nanti kita boleh kawal perasaan kalau anak kita menangis atau membuat bisisng. Biasalah kan perangai budak-budak, kalau tak aktif nanti lembab pula budak tersebut.

Tengah bising-bising macam ni memang idea hilang dan tak dapat nak concentrate untuk menulis. sebab tu orang kalau nak tulis perkara-perkara berat mestilah mencari tempat-tempat yang tenang.

Pehhh memang dah tak boleh untuk sambung tulis lagi, lepas ni bila dapat peluang menulis di tempat tenang pasti saya perlu manfaatkan.

Saturday, September 22, 2012

SYARIAH DAN PENGURUSAN

ada gaya macam penasihat syariah x??hehe

Teringat lagi ketika saya di tingkatan 5. Saya pernah mengikuti program motivasi SPM di Universiti Malaya bersama rakan-rakan SPM SMA Chenor yang lain. Motivasi tersebut diadakan selama 3 hari. Itulah kali pertama saya menjejakkan kaki di UM. Pada masa itu pernah juga saya berazam akan menyambung pelajaran disana. Biasalah fesilitator yang terdiri daripada abang dan kakak UM telah memberi semangat pada waktu itu. Tapi tahu-tahu sahajalah semangat budak sekolah bukannya bertahan lama. Tidak sampai seminggu sudah malas semula.

Alhamdulillah Allah itu akan mengabulkan doa kita cuma mungkin kita perlu bersabar. Sebab kalau tanpa usaha dan hanya berdoa sahaja pasti tidak termakbul doa tersebut. Saya pun tidak sangka dapat diterima masuk disitu. UM adalah satu-satunya universiti yang saya pohon dan sangat berharap akan dapat diterima disitu. Memang niat daripada awal saya mahu menyambung pelajaran. Namun kadang-kadang teringin juga untuk bekerja. Kalau sudah bekerja dapat juga membantu ibubapa dan adik-beradik lain. Dapat juga bantu orang yang memerlukan. Tapi mungkin waktu bekerja itu belum sampai lagi dan masih terasa untuk menuntut ilmu. Saya yakin rezeki itu ada dimana-mana walaupun anda bekerja ataupun masih lagi belajar. Rezeki Allah itu kadang-kadang tidak disangka.

Kenapa pilih jabatan syariah dan pengurusan? asalnya sangat susah untuk buat pilihan. Terasa juga nak ambil jabatan usul fiqh tapi entahla. Susah untuk dijelaskan. Akhirnya ambil syariah dan pengurusan. Tetap belajar usul fiqh juga kerana subjek wajib fakulti syariah. Subjek wajib jabatan ada satu sahaja. Kalau macam saya ini ambil secara campuran, kursus dan disertasi. Sem pertama ni ada 4 subjek sahaja. Sem depan baru mula buat disertasi. Menurut kata senior, sangat mudah untuk lulus 4 subjek ni. Yang mungkin susah sikit apabila nak buat proposal disertasi nanti.

Syariah dan pengurusan ini sebenarnya berkaitan dengan islamic banking. Mungkin inilah sebab saya mengambil jabatan ini. Saya pun sangat berminat dengan industri perbankan islam dan sangat berharap dapat menyumbang serba sedikit dalam industri ini. Apa yang saya fikirkan sekarang ini, jika semua institusi kerajaan menyimpan wang dan juga melabur di perbankan islam, insyaAllah industri ini dapat ditingkatkan. Namun perkara ini perlu dikaji dengan lebih mendalam lagi kerana dana yang terlalu banyak seperti ASB yang terpaksa melabur di tempat yang haram kerana ketidakcukupan tempat pelaburan yang halal. Lalu difatwakan halal kerana melihat maslahat yang lebih besar.

Perkara berkaitan dengan riba ini sangat-sangat penting dan perlu diambil tahu oleh semua pihak. Tugas kepada yang tahu mengenai dosa riba ini perlu disampaikan kepada mereka yang masih lagi tidak faham dan seringkali menyamakan perbankan islam dan konvensional. Antara perkara yang seringkali umat islam teribat dengan riba ialah dalam urusan simpanan wang, pinjaman pembelian kereta dan rumah dan urusan insuran. Semoga kefahaman ini akan diketahui dan difahami oleh semua umat islam dan juga bukan islam dengan munculnya dan ramainya golongan terpelajar daripada industri perbankan islam.

Tuesday, September 18, 2012

AKHIRNYA TERCAMPAK KE UM

Sudah 2 bulan lebih Jordan ditinggalkan dan juga berada di Malaysia sambil melihat keindahan bumi sendiri berbanding bumi asing namun pengalaman di negeri asing tidak mungkin akan dilupakan. Setiap hari tanpa menyebut "Jordan" adalah tidak sedap mulut. Pasti ada juga cerita-cerita dan pengalaman di sana untuk dicerita kepada sahabat-sahabat dan juga kaum keluarga. Terasa ingin kembali kesana untuk mengaut sebanyak mungkin pengalaman dan terasa rindu untuk berinteraksi dengan ammu-ammu arab disana. Sudah terasa rindu juga dengan ejekan syabab-syabab arab terhadap bangsa melayu. Semoga suatu hari nanti Allah memberi keizinan untuk menjejakkan kaki ke Jordan lagi. InsyaAllah.

Sudah masuk minggu kedua berada di Universiti Malaya. Antara universiti terkemuka di Malaysia. Rasa sangat bersyukur dapat meneruskan pengajian disitu walaupun hanya dapat bercuti 2 bulan sahaja. Memang target untuk tidak mahu bercuti panjang kerana cuti panjang akan menghabiskan duit simpanan dan juga melembabkan otak. Sekarang pun otak sudah tidak berfungsi dengan baik, sudah banyak ilmu yang telah dilupakannya.

Buat masa sekarang terasa mudahnya mengambil master. Kelas pun ada 4 kali dalam seminggu. Bermula pukul 3 dan habis pukul 6 petang. Biasanya lecturer akan menghabiskan sesi kelas lebih awal. Mungkin sebab baru minggu pertama. Selepas ini pastilah lebih banyak bahan bacaan yang perlu dikhatamkan. Seronok dapat belajar dengan profesor-profesor yang sangat hebat dan mempunyai keluarga yang sangat hebat. InsyaAllah jalan seperti mereka sepatutnya dijadikan contoh buat anak-anak muda sekarang. Supaya kita dapat membina usrah yang hebat dan akhirnya dapat membina ummah yang hebat.

Murah je nak sambung master. Bukan macam ijazah yang memakan belanja yang sangat mahal. Jadi jangan takut la kalau nak sambung master. 


KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan