Friday, December 30, 2011

mengaji bersama sheikh...

aku bangun daripada tidur, alamak dah pukul 3.30 petang. aku lihat di galaxy aku ada someone hantar mesej di whatsapp. dia tanya aku buat apa. aku pun cakap 'alamak aku tak solat lagi la', aku pun bergegas ke bilik air untuk berwuduk dan langsung menunaikan solat asar yang nyaris-nyaris ditenggelami oleh sinar solat maghrib. aku baru teringat yang aku ada imtihan untuk kelas mengaji aku. aku tak baca lagi ni. aku pun cepat -cepat membelek buku mengaji aku untuk dihafal. 'aaaahhh susahnya nak hafal. kenapa pening kepala pula ni'. aku pun baca ala kadar je. tajwid je pun. kenapa la aku tak ingat-ingat lagi ni. tiba-tiba laungan azan kedengaran. emmmm da tak sempat da. aku pun bersiap- siap untuk bersolat di masjid. aku pergi dengan kawan-kawan.

berjalan kaki ke pejabat sheikh abu ala. dekat duar qubah. jauh juga berjalan ni. 15 minit rasanya. sampai je ke pejabat sheikh, sheikh pula tiada. rupa-rupanya sheikh telah menunggu kami selepas asar tadi. tapi sheikh kata kelas akan diteruskan. kami pun menunggu sambil membaca buku. 'lamanya sheikh ni, jom menyuruk kita tengok sheikh marah tak kalau kita tak ada' aku kata dekat kawan sambil bergelak ketawa. 20 minit lepas tu barulah muncul sheikh yang ditunggu-tunggu.

terus start exam. alaaa tiba-tiba blur plak. padahal tajwid je pun. aku pun hentam jela buat ayat sendiri. malu aku bila sheikh tengok jawapan aku yang entah pape tu. rupa-rupanya sheikh tak kisah pun. dia siap buat teh lagi. lama duk berborak dengan sheikh siap masuk bab kahwin lagi. tanya sheikh macam mana kahwin dengan orang arab. dia cakap mahar nak kahwin dengan arab ni mencecah 6000 dinar. memang terus cancel la cita-cita yang baik tu.


tengok la kawan aku tu da macam boss aku tengok. sheikh suruh die tolong print kan sesuatu. lama buat benda tu la tadi. lepas siap baru la solat berjemaah dengan sheikh. tak sangka juga suara sheikh sedap. hehe.  

apa yang aku kagum sangat dengan sheikh ni, dia cerita tadi anaknya 4 orang jadi jurutera. sorang jadi ahli riadi(math) sorang lagi bahasa inggeris. sorang anak dia menetap di australia, sorang lagi di amerika, sorang lagi di arab saudi. sheikh ni  dulu referee peringkat antarabangsa tau. pernah bertugas di merata dunia. malaysia pun die pernah juga. 

sampai sini jela nak kongsi hari ini. ingat nak buat macam cerita cerpen tadi. tapi tak pandai pula. hehe. k bye.
                                                                                     

saya dah nak exam...

5.40- solat subuh

6.00- mengaji

7.30- study dengan kawan

9.30- memasak untuk bulatan gumbira

saya sedang memotong bawang, hazim sedang mengacau kari ayam.

11.40- bersiap untuk pergi solat jumaat dan solat jumaat.

1.00- makan bersama ahli bulatan gumbira.


2.30- solat asar.

3.30- study dengan kawan lagi.

4.40- solat maghrib.

5.15- study dengan kawan lagi.

6.20- solat isyak.

7.00- discussion subjek bahasa arab.

10.00- buka facebook dan update blog ini. ya Allah penatnya. jadual sewaktu exam yang sangat padat. saya berdoa dan berharap kepadaNya supaya segala usaha saya diberikan hasil yang baik. 

10.40- ingin mengakhiri tulisan yang ringkas ini.

Thursday, December 29, 2011

study study study

6 persoalan kenapa anda perlu study...

1- anda adalah harapan keluarga anda. jika anda tidak berjaya, keluarga anda akan sangat hampa dan anda telah pun menghampakan mereka semua. anda anak yang tidak mengenang jasa orang tua anda. penyelesaian daripada itu anda sangat-sangat perlu untuk STUDY.

2- anda mesti inginkan kejayaan. kejayaan tidak datang dengan sendiri atau diberi dengan percuma. anda perlu mencari kejayaan. hanya dengan STUDY anda akan mengecapi segenap kejayaan.

3- anda mendapat tajaan. anda telah diamanahkan untuk berjaya. anda dihantar belajar untuk menjadi aset negara bukan liabiliti negara. anda sangat-sangat perlu berjaya untuk menyahut amanah yang anda telah pikul sejak anda telah menyetujui kontrak dengan pihak penaja. anda hanya perlu STUDY.

4- malu apabila anda mendapat result yang tidak bagus. apa yang anda perlu lakukan ialah STUDY sahaja. study dengan cara yang betul. study semua bukan tebuk-tebuk sahaja. study awal bukan study di ambang peperiksaan sahaja.

5- hidup perlukan pengatahuan. kaya seseorang adalah disebabkan pengetahuannya. pengetahuan hanya akan didapati apabila anda study sahaja. anda perlu STUDY. anda tidak akan berasa rugi dengan ilmu yang anda miliki kerana ilmu berguna hingga akhir hayat anda.

6- anda inginkan hidup yang selesa di kemudian hari. anda perlu berjaya untuk mendapat kesenangan dalam hidup. anda akan perolehi semua itu hanya dengan STUDY.

STUDY adalah segala-galanya. anda hanya perlu study untuk mendapatkan segalanya. jangan menyesal di kemudian hari dengan kelekaan anda sekarang ini. anda dapat merubah segalanya apabila anda ingin berubah sekarang. menyesal dahulu tidak mengapa jangan menyesal dikemudian hari. ayuh STUDY.


Wednesday, December 21, 2011

tanmiah iktisodiah wa tahktit fil islam..

kejap lagi kelas dr adnan da nak start..aku belum pun mngulangkaji apa yang dr adnan suruh. ishhh aku ni memang malas betul la. dr sruh baca sikit pun aku tak baca. patut la result macam hampes...hehe...

aku bangun awal hari ini sebab ade seorang kawan aku yg baik hati tolong kejutkan subuh..dia call aku..bukan sama rumah pun..susah nak cari kawan yang macam ini...dia ajak pergi masjid..biasalah klu sorang-sorang mesti rasa malas..tapi kalau ada kawan yg ajak, tu yang rasa seronok lebih-lebih lagi kawan yang memang senang mulut untuk kita bercakap dengan dia..tapi tak kan kita nak harap dia ajak kita setiap hari,sekurang-kurangnya kita la pula ajak dia..baru nampak best kan..

ni la kawan aku tu..dia ni kan da macam family kedua aku da.aku selalu pergi rumah dia dulu masa aku belajar kat ikip lagi..tengok sapa lagi smart student??hehe..

masa kami balik dari masjid tadi, kami singgah la kat rumah kawan kami, abang sahel..seronok berborak dengan dia melibatkan masa depan..biasalah pelajar tahun akhir akan bercerita bab-bab kerjaya macam ni..nak sambung belajar ke nak kerja???tu la perkara yang tak dapat nak ditetapkan lagi..perancangan semua tak dapat kita nak tentukan..perancangan Allah lebih besar..ada makan makjanat lagi kat rumah abang sahel..terima kasih abang sahel..

apa kaitan dengan aku tunggang kuda...memang tak ada kaitan langsung sebab orang sekarang memang tak naik kuda lagi...lepas ni memang tak nak naik kuda lagi..sakit la..

kita kembali dengan tajuk asal kita tadi..ape maksudnya? pembangunan ekonomi dan planning dalam islam..susah ke subjek ni??ramai orang cakap susah tapi aku cakap bese-bese je..hehe..tapi markah aku tetap rendah kenapa? sebab aku tak hafal..hehe..aku memang suka tak hafal..tapi markah boleh bla jga kenapa? sebab aku ingat la apa yang aku baca..ingat dengan hafal tak sama ke?..entah la..

tapi nak cakap kat sini belajar cara nak membangunkan ekonomi ni memah seronok..rasa macam nak beli tanah, lepas tu aku nak jadi raja, aku jugak jadi menteri ekonomi..aku nak bangunkan negara aku sendiri...aku nak bina kilang, nak ambil pekerja ramai-ramai..pastu nak eksport barang yang aku buat..ehh modal pulak tak ade..aku pergi pinjam dengan bank islam malaysia..buat mudorobah dengan bank tu..untung bahagi dua..rugi bank yang tanggung sebab aku akan rugi usaha aku..lepas tu aku jadi kaya..rakyat aku pun banyak duit..mereka pun simpan dalam bank yang aku buat..aku laburkan lagi duit tu....aku nak bina banyak sekolah,hospital,rumah anak yatim,rumah orang miskin..semua ni balik modal..untung besar...macam-macam lagi aku boleh buat...mesti cantik negara aku tu..no corruption lagi kat dalam negara aku...haha..ehhhh merapu la pulak aku ni...

sampai sini jela dulu celoteh pagi aku..aku da nak pergi kelas da pun ni...assalamualaikum..

Tuesday, December 20, 2011

kelas ilmu falak..

salam...x sgke la seronok rpenye belajar ilmu falak ni..jap ag aku ade kelas ilmu falak..x sabar rsenye nk g kelas ilmu falak ni..dr yg ajar pn sempoi je...nme die dr bataniah..die ni dr kuliah fizik..hebat kn..dr ni x ambik ghiab pn dlm kelas..that why la x rmai yg dtg kelas die..aku penah da miss skli sbb aku demam baru2 ni...ishhhh dasyat la demam kt jordan ni..mmg sejuk gler2...menariknye ilmu falak ni tuan2..hehe...kte dapat tau alam kte ni mcm mne...sistem dalam alam ni mcm mne berfungsi..siap ade kira2 ag...ape2 pun aku harap aku dpt buat yg terbaik utk final nnt...aku nk g kelas falak dlu la...byeeee,..hehehe...doakan aku...

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan