Friday, April 9, 2010

Perbankan islam mesti menjadi pilihan

Asssalamualaikum kepada sahabat-sahabat perjuangan. Sudah agak lama saya tidak membuka ruangan blog saya ini kerana mungkin saya terleka dengan perkara yang tidak penting tetapi nasib baiklah ada yang telah menyedarkan saya untuk kembali menulis di ruangan percuma ini. Namun apa yang saya ingin perkatakan ini mungkin telah diperkatakan oleh kebanyakan orang, namun perlu juga saya tampilkan idea saya berkenaan perkara tersebut.

Saya ingi mengulas sedikit berkenaan perbankan islam yang masih ramai lagi tidak mempunyai kesedaran mengenainya. Tidak dapat dipertikaikan lagi mengenai pengharaman membabitkan diri dalam perbankan konvensional disebabkan telah wujudnya inisiatif perbankan islam. Menjadi persoalan disini mengapa masih ramai lagi orang islam yang berurusan dengan perbankan konvensional. Sedarlah saudaraku seagamaku, dosa membabitkan diri dengan riba, yang paling ringan adalah berzina dengan ibu sendiri. Jika dikaitkan dengan makanan, ramai yang jijik jika makanan mereka mengandungi perkara-perkara haram. Tapi bagaimana dengan riba?

Ramai yang mempertikaikan perbankan islam ini. Pada pendapat saya mereka mempertikaikan perbankan islam kerana mereka tidak faham tentang konsep islam itu. Jika mereka faham islam itu, mereka tidak akan mengatakan bank islam itu atau ini dengan niat untuk menjatuhkan institusi islam itu. Namun jika apa yang dikritik itu untuk meningkatkan mutu perbankan islam tersebut, ini sangat digalakkan.

Kalau dilihat tahap kesedaran mengenai perbankan islam ini masih ditahap amat rendah sekali di Negara kita ini. Kebanyakan masjid juga masih tidak mampu untuk membicarakan tajuk ini kerana ia mungkin menyebabkan jamaah yang datang bosan dengan apa yang disampaikan. Namun pada saya ia sesuatu yang mudah untuk menerangkan perkara berkaitan dengan riba kerana ia telah dipelajari sejak sekolah rendah lagi. Maksud saya adalah perkara-perkara asas berkaitan dengan riba kerana riba ini sangat dalam perbahasannya dan tidak mungkin dapat difahami oleh orang awam.

Jadi apa yang perlu diterangkan kepada orang awam ialah berkenaan kewajipan umat islam menyimpan wang di perbankan islam. Perlu juga dinyatakan sebab musababnya kenapa mereka perlu melakukan demikian kerana mungkin mereka tidak dapat membezakan antara perbankan islam dengan perbankan konvensional. Apa yang nyata dan jelas ialah perbankan konvensional mengandungi riba, gharar, jahalah dan perjudian. 

Apa yang saya sangat kecewa ialah sesetengah daripada pegawai perbankan islam sendiri yang tidak dapat membezakannya. Apabila ditanya berkenaan dengan perbezaan antara perbankan islam dan konvensional, mereka menjawab sama saja. Ini satu perkara yang memalukan bagi pihak perbankan islam. Jadi pihak yang bertanggungjawab perlulah mengatasi perkara ini secepat mungkin dengan mengadakan lebih banyak seminar-seminar berkaitan dengan bahayanya melibatkan diri dengan perbankan konvensional.

Saya kadang-kadang kagum dengan orang bukan islam atas minat mereka dengan perbankan islam. Mereka banyak menggunakan produk-produk yang ditawarkan oleh perbankan islam. Mengapa mereka minat dan kenapa kita orang islam tidak minat? Saya tinggalkan persoalan ini untuk anda sendiri jawab. Sebenarnya tiada alasan lagi untuk kita tidak menggunakan perbankan islam kerana ialah adalah alternative terbaik kepada perbankan konvensional.

Kalau kita pergi ke kedai-kedai buku, sudah banyak sekali buku yang berkaitan dengan perbankan islam dijual berbanding dengan awal 90an dulu, amat sukar untuk mendapatkannya. jika adapun, harganya tentulah amat mahal sekali dan ia mungkin sesuai dibaca oleh orang yang bijak pandai saja. Tapi sekarang ia telah banyak ditulis dalam bahasa yang mudah difahami oleh sesiapa saja. Jadi janganlah memberi seribu alasan tidak dapat memahami perbankan islam dengan baik. terutama sahabat-sahabat saya yang mengambil bidang ekonomi dan perbankan islam, marilah kita sama-sama meningkatkan lagi mutu pengetahuan dan mengkaji dengan lebih mendalam lagi isu-isu berkaitan perbankan islam.

Apa yang saya ingin tegaskan disini, menjadi kewajipan umat islam menukarkan akaun daripada konvensional kepada islamik. Saya sangat berharap umat islam sedar atas apa yang dilakukan selama ini. Marilah kita bersama-sama menjana dalam perkembangan bank islam. Semoga dengan usaha kita ini diberi pahala oleh Allah. Jadi apa yang saya nyatakan disini atas rasa tangunggjawab saya menyedarkan umat islam betapa pentingnya menghindarkan diri daripada perbankan konvensional. Wassalam.

No comments:

Post a Comment

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan