Wednesday, February 29, 2012

SABARMU

walaupun diusir dan dipulau
kau tetap teguh meneruskan usahamu
menunjuk jalan kebenaran
kepada manusia yang tidak mengenal Tuhan

walaupun berbagai fitnah kau terima
walaupun berbagai tawaran disaji
kau tetap teguh dijalan yang satu
jalan kebenaran yang diredaiNya

kau lah insan yang paling disayangi
hingga tidak mungkin dibelah bahagi
cinta untukmu akan terus bersemi dihati
kau lah Rasulullah yang aku rindui.

Tuesday, February 28, 2012

perasaan

disaat pertama kali melihatmu
suasana menceriakan dirimu
gelak-tawa dan senyumanmu
memberi nafas kesejukan di hatiku
sekali kau terpandang ke arahku
bergetar jantung hatiku
pasti Allah yang memberi rasa itu
kerana aku ikhlas dengan perasaanku.

Monday, February 27, 2012

seni di hatiku

peace
    alhamdulillah baru sahaja selesai daripada menghadiri sidang PERTAMA kali ke-6 dianjurkan di jordan. dan kali ini Irbid menjadi tuan rumah. tema kali ini ialah 'MAHASISWA MUSLIM & DAN MASA HADAPAN SENI'. tajuk sahaja mampu menarik minat para mahasiswa dan mahasiswi kerana sangat sesuai dengan jiwa mereka.

    malah apa yang sangat menarik minat mahasiswa dan mahasiswi ialah tetamu jemputan yang dibawa khas dari Malaysia iaitu professor madya abu hassan dan juga ustaz nazrey iaitu bekas solo kumpulan Raihan. soarang lagi ialah daripada amman, jordan iaitu ustaz anhar, calon PHD universiti WISE. ketiga-tiga panel jemputan ini sangat arif mengenai seni yang dianjurkan oleh islam.

    prof banyak menyebut mengenai seni lakonan di malaysia yang memerlukan ramai golongan agama menyertainya supaya cerita yang dihasilkan lebih menepati dengan kehendak syariat. bukan setakat mengkritik filem orang tetapi tiada usaha untuk menyuntik nilai islam kedalamnya.

    industri seni seperti ini memerlukan pemikir yang berfikiran luas dan tidak hanya jumud pada satu-satu mazhab feqah sahaja. apabila kita menggunakan banyak pemahaman feqah daripada imam-imam yang berbeza, pemikiran kita akan lebih berkembang dan banyak perkara kita dapat lakukan.

    bagi yang meminati muzik, tidak salah untuk kita mendengar muzik selagi kita tidak melanggar syarat-syarat yang boleh menjadikan muzik itu haram. seperti kita lalai daripada menunaikan perintah Allah, lirik muzik yang menghina. selain daripada itu, muzik adalah fitrah, untuk manusia berhibur. manusia perlukan hiburan untuk mengembirakan diri mereka.



berbakat sungguh mahasiswa jordan

    kita perlu menyiapkan diri kita untuk menyertai mereka-mereka ini di dalam bidang seni. pengkarya filem di malaysia sangat memerlukan agamawan yang mampu membantu mereka dalam menasihati mereka dalam karya-karya melibatkan nilai agama. selain itu, kita juga mestilah mampu menghasilkan skrip-skrip yang menarik dan mempunyai unsur-unsur dakwah. supaya dengan kehadiran generasi-generasi yang betul-betul faham islam ini kedalam industri seni tanah air mampu menyumbang penambaikan dan ketepatan dalam menyampaikan dakwah islam.

pelakon baru.

ustaz nazrey nyanyi lagu baru dia.
    kita sering melihat filem-filem islamik yang sering ditayangkan dan sesetengah filem tersebut menjadi begitu kontroversi dan akhirnya dikritik dengan begitu teruk. namun orang yang mengkritik tersebut hanya mampu mengkritik tetapi tidak mampu menyumbang untuk mereka. kritikan hanya tinggal kritikan. tiada usaha untuk mencampuri mereka dan menerangkan hal yang sebenarnya.

Thursday, February 23, 2012

kami bakal bapa


    aku, hilal dan amir. ada tak ciri-ciri bapa? hehe. umur macam ni memang tak sabar la nak merasa ada anak. haha. abang hilal kita tu takpe la, bulan 6 ni dah nak kahwin. aku ni memang lambat lagi la. amir pula tak tau la kan. tak dengar cerita pulak dia meminang sapa-sapa lagi. huhu.

    gambar ni kami dalam program ramah mesra johor. aku ni tiba-tiba je kan masuk johor. sebenarnya tiada kaitan langsung dengan johor, cuma ada sahabat-sahabat saja. sebab tu masuk johor. hehe. apa-apa pun program johor memang best dan dapat makan nasi 'ambeng' malam tu. tak pernah dengar pun nama nasi tu sebelum ni.

    nama si comel tu mohamad fateh. ammu doakan fateh selalu sihat-sihat. kesian tengok kulit dia kering. orang besar pun boleh kering teruk, baby macam fateh lagilah mudah kering. dah lama tak pegang baby. rindu kat baby kat kampung. hehe. terima kasih fateh sebab ubat rindu ammu kat adik ammu. hehe.

syahadat cinta

pada sebuah hari
aku berjalan melangkah kaki
langkahku terhenti
mulutku terkunci
sebab seorang bidadari tersenyum padaku
mata ini tidak ingin berbuat zina
dan hati juga tidak ingin dikuasai nafsu
tetapi bidadari itu selalu hadir dalam jiwaku
siapakah bidadari itu?
kuajak seorang teman untuk menemuinya
tetapi langkahku terhenti kembali
apakah ini yang dinamakan cinta
ku memuji kebesaran Allah dan keindahan yang Dia tampakkan
sanggupkah aku mengenalnya?


ku tersenyum kepadamu bukan kerana ingin menggodamu
sebab aku sendiri takut terbakar dalam godaan itu
jika Allah menuntun kita pastilah kita sampai dihujung jalan bersama
semoga cinta yang bersih ini terus subur dalam syahadat cinta.

Tuesday, February 21, 2012

aku ingat itu

     "hidup untuk memberi sebanyaknya, bukan untuk menerima sebanyaknya"

kata-kata yang sungguh memberi semangat kepada aku untuk belajar bersungguh-sungguh supaya hidup aku nanti aku dapat memberi sumbangan sebanyaknya kepada masyarakat malah bukan sebaliknya dengan hanya menerima daripada masyarakat sahaja.

peluang yang aku ada ini mestilah aku gunakan sebaiknya bukan mensia-siakan begitu sahaja. berapa ramai orang di luar sana yang tidak mempunyai peluang seperti aku. demikian aku perlu memanfaatkan semaksima mungkin peluang ini supaya aku nanti dapat memberi peluang kepada masyarakat untuk bangkit dan berjaya.

aku harus bangun dari terlena supaya masyarakat akan datang dapat terus bangkit dan meneruskan perjuangan memajukan diri mereka. aku perlu memotivasikan diri aku untuk berjaya supaya masyarakat dapat merasai motivasi itu juga dan seterusnya mereka juga turut berjaya.

aku ingin mencurahkan sebanyak mungkin ilmu yang aku ada ini untuk kalian semua. supaya kita sama-sama menjadi bangsa yang maju. umat islam yang unggul. yang mempunyai mentaliti kelas pertama. minda yang maju dan mampu bersaing dengan bangsa-bangsa lain di muka bumi ini.

aku tidak mahu kita hanya berharap dan sentiasa meminta belas-kasihan daripada orang lain. cukup la hari ini kita meminta-minta dan esok kita tidak ulanginya lagi bahkan kita mampu memberi kepada orang lain yang meminta.

sematkanlah kata-kata ini didalam jiwa kalian supaya kita sama-sama pergi kehadapan dan jangan sesekali menoleh kebelakang. kita adalah insan yang mampu melakukan perubahan. hidup anda untuk memberi sebanyaknya bukan untuk menerima sebanyaknya.

Sunday, February 19, 2012

isu muroqib


    akhir-akhir ini banyak kejadian yang berlaku di irbid lebih-lebih lagi kes yang melibatkan akhawat. antaranya ada kes ragut, raba dan seumpamanya.

   bila banyak kejadian macam tu, timbullah isu muraqib. dikatakan akhowat ni tak nak bermuraqib la sebab tu banyak kejadian berlaku. kadang-kadang kesian jugak dengan akhowat ni kan. tak kan setiap kali nak keluar kena panggil muraqib. macam tak munasabah. kalau lewat malam tu aku pun akan cakap 'tak takut ke akhowat ni'. tapi ni hari siang. ramai orang pertikai akhowat keluar hari siang tak pakai murokib ke. syabab pulak jangan la tunjuk baik sangat, konon-konon nak muraqib, sampai waktu siang pun nak muroqib. nanti bila akhowat paggil mulalah tak de. tak tepati masa la.

    akhowat pun sama jugak, bila syabab ni datang nak muroqib, jangan la buat die tunggu lama sangat kat luar rumah tu, sejuk tau. apa yang penting tepati lah masa tak kira syabab atau akhowat.

    sabar la akhowat sekalian. lelaki memang tegas sangat bab-bab keselamatan ni kot. nanti isteri die pun mesti die tak bagi keluar sorang-sorang. kesian isteri die kena duduk dalam rumah je dan kalau nak keluar kena ada dia je. nasihat aku la pada syabab jangan la keras sangat bab ni. nanti akhowat ni tak nak kahwin dengan ko.

   rasanya kat malaysia lagi banyak kes melibatkan gangguan kepada akhowat ni. aku pun rasa syabab arab ni lagi baik dari syabab malaysia dari setengah sudut la. kalau kita tengok jugaklah berapa banyak je kes yang berlaku dan tak de la seteruk mana. kadang-kadang tu budak kecik je pun yang sentuh, kat malaysia pun korang sentuh jugak budak kecik. tak perlu kot nak besar-besarkan. nak dibandingkan dengan malaysia, bapak segala kejahatan dilakukan. huhu.


    yang penting jagalah keselamatan masing-masing. semua dah besar dan dah pandai jaga diri. belajar berdikari. rasanya hari siang tak perlulah nak wajibkan akhowat ni kene muroqib. aku rasa jordan ni sangat selamat la. takut lagi aku jalan kat malaysia. jangan la syabab ni beri gambaran buruk kepada akhowat bila akhowat tak guna muroqib. untuk keselamatan jangan la jalan-jalan di tempat gelap berseorangan.




    sapa-sapa yang nak guna khidmat muroqib dari aku, aku sentiasa bersedia. telefon je nombor ni '0776991668'. okeyla aku doakan warga permai sentiasa dalam keadaan selamat tanpa gangguan. sentiasa berdoa supaya dihindari dari gangguan syaitan dari kalangan jin dan manusia. dari kalangan manusia ni yang jahat lagi daripada jin. sebab tu kena hati-hati lagi dengan syaitan manusia ni.

Saturday, February 18, 2012

salji oh salji

salji la hari ni. seronok macam beruk da. hahaha. tapi salji kejap ada kejap tak de. tengah risau ni salji tak de. setiap mase tengok kat tingkap. berharap sangat Allah turunkan salji untuk sem terakhir ni. mesti seronok kalau tengok salji turun depan rumah.

hari ni dengar orang melayu jerit-jerit sebab salji turun. aku pun jerit jugak sikit-sikit. hehe. biasenye dengar arab je jerit. sekarang biar mereka pulak dengar melayu jerit. jerit jakun la da. hehe. salllljiiiiiiiiiiiii...memang seronok sangat salji turun.


sekejap turun sekejap berhenti pulak. macam mana nak banyak salji ni. huhu. ya Allah turunkan salji lebat-lebat untuk hari ni je. amin.

penat

    busy betul 2 hari ni dengan sukan untuk pemilihan wakil karisma iaitu perlawanan sukan antara mantiqah. semalam aku main bola tampar je pun tapi badan ni sakit macam main sukan tinju pulak. biasalah sudah lama tak main. maklumlah sekarang ni kan musim sejuk. sejuk la nak pergi turun main. nasib baik lah main kat sini tak berpeluh sangat, so tak payah lah nak mandi-mandi. haha. aku bukan tak nak mandi lepas main tapi rumah aku ni pemanas airnya rosak. sepanjang musim sejuk ni aku guna air sejuk jelah. huhu. memang menyayat hati betul la rumah ni. tak sabar da nak tunggu panas datang.

    semalam main bola tampar da masuk semi final, dukacitanya kalah di semi final. kalah tipis sangat-sangat je. huhu. sebenarnya main saje-saje je semalam. bukan pernah berlatih pun. da setahun kot tak sentuh bola tampar. tapi aku boleh pulak tiba-tiba pandai main center. okey jugak kalah, tak payah lah aku nak pergi turun main pagi ni untuk final. hehe.

    hari ini jugak ada perlawanan liga bola irbid yang da lama tertangguh akibat exam yang melanda. nasib baik jugak aku punya team perlawanan last sekali. tapi tak dapatlah beli nasi lemak sebab aku malas nak turun awal-awal. takde masa la nak tengok orang main. baik aku duduk depan laptop ni dengar ceramah ke menulis ke kan. ada jugak manfaat. hehe.

   pagi-pagi macam ni memang lapar la. tambah lagi sakit-sakit badan ni. memang meningkatkan rasa lapar la. makan coklat je yang kawan beli dari moroco. memang sedap coklat tu. thanks kawan. masih lagi berfikir nak masak apa ea yang paling menjimatkan kos. maklumlah duit dah takde setelah dihabiskan membeli kitab-kitab kesayanganku. semalam masak bubur nasi. memang jimat la tu. hehe.

    hehe tak nak la berceloteh panjang, cukup la setakat ini dulu cerita aku. salam.

Wednesday, February 15, 2012

SYARAT-SYARAT AKAD YANG SAH MENGIKUT SYARIAT


Terdapat 7 syarat yang mesti dipenuhi oleh seseorang untuk menjadikan akad yang dilakukan sah menurut syariat islam :

1- Redha : iaitu saling redha-meredhai antara dua pengakad.


2- Kemampuan dalam berakad.

a: kemampuan pengetahuan seperti telah baligh dan mampu menguruskan harta.

b: kemampuan hakiki seperti mempunyai pemilikan keatas sesuatu yang ingin diakadkan.


3- Sesuatu yang ingin diakadkan mestilah harta yang mempunyai nilai disisi islam. Harta tersebut
hendaklah halal. Babi, arak dan harta yang haram dikategorikan sebagai harta yang tidak bernilai dalam islam.


4- Mestilah barang yang ingin diakadkan itu diketahui sifat-sifatnya. Tidak dibenarkan wujud 'jahalah' dan 'gharar'.


5- Terhindar daripada riba. Riba ialah penambahan yang disyaratkan pada harta asal.

a: riba al-fadhal

-emas

-perak

-barli

-gandum

-tamar

-garam

Berikut ialah enam item ribawi yang disebutkan dalam hadis. Ia dikategorikan sebagai riba al-fadhal. syarat yang perlu dipatuhi untuk menukar dua item yang sama jenisnya ialah 'tamasul' sama beratnya dan 'taqabud' penyerahan yang segera. manakala jika menukarkan item yang berbeza seperti emas dengan perak hanya perlu 'taqabud' sahaja. Tidak dikenakan apa-apa syarat jika emas atau perak ditukarkan dengan dengan barli, gandum, tamar dan garam.

b: riba al-nasiah(hutang)

-disyaratkan penambahan pada harta yang dipinjam dengan berlalunya tempoh. contohnya A meminjam RM100 daripada B dan B menyaratkan bayar balik sebanyak RM120. RM20 adalah riba nasiah.


-riba al-sorf ialah riba yang mengambil 'illah' emas dan perak iaitu sesuatu yang bernilai. contohnya ialah duit kertas yang digunakan sekarang juga hendaklah memenuhi syarat yang dikenakan keatas emas dan perak.


6- Niat yang betul. Terdapat beberapa akad yang bentuk pelaksanaannya yang bertepatan dengan syariah  tetapi niat yang salah. contohnya ba'i inah yang mana bentuk pelaksanaan yang betul tapi niatnya hanya ingin mendapatkan duit. contoh pelaksanaan ba'i inah ialah bank menjual peti kepada pelanggan dengan harga tangguh sebanyak 5000 dan pelanggan menjual semula peti kepada bank dengan harga segera sebanyak 4000. pelanggan mendapat duit sebanyak 4000 manakala bank untung sebanyak 1000.


7- Suasana yang sesuai. Tidak dibenarkan menjual tanah kepada musuh ketika musuh ingin menyerang orang islam.








Monday, February 13, 2012

pembiayaan dan pelaburan

    hari ini bermulanya pembelajaran subjek tamwil wal istismar. iaitu pembiayaan dan pelaburan. dua perkataan yang berbeza tetapi mempunyai kaitan antara satu sama lain.

    pembiayaan ialah orang yang memerlukan duit untuk membiayai projek yang ingin dilaksanakan. mereka ini juga ialah orang yang kekurangan kewangan dan memerlukan kewangan daripada orang yang mempunyai lebihan kewangan.

    pelaburan pula ialah orang yang meminta untuk dikembangkan hartanya. mereka ialah orang yang mempunyai lebihan kewangan dan akan melaburkan hartanya kepada mereka yang memerlukan duit.

    kebiasaanya harta yang ingin dikembangkan oleh pelabur ini akan dikendalikan oleh institusi perbankan. kemudian orang yang inginkan pembiayaan akan datang kepada bank untuk memohon pembiayaan.

    pembiayaan tidak akan diberikan secara percuma kepada pemohon kecuali 'qard hasan'. jika melihat kepada perbankan konvensional mereka akan mengenakan faedah kepada pemohon. faedah yang dikenakan akan diagihkan kepada bank dan juga pelabur. namun faedah ini HARAM disisi islam.

    islam memberikan alternatif dalam setiap perkara. alternatif kepada pembiayaan yang haram, terdapatnya pembiayaan yang HALAL yang disediakan oleh perbankan islam. antara pembiayaan yang boleh didapati di perbankan islam iaitu Mudhorabah, Musyarakah, Ijara, Murabahah dan sebagainya. pelabur dapat pulangan yang halal hasil daripada cara pembiayaan yang halal.

   

Friday, February 10, 2012

hari jumaat

    sudah seminggu sesi kelas bermula. cepat je berlalu seminggu ni. macam-macam perkara sudah berlaku. kebanyakan kelas-kelas aku sudah tidak sama lagi dengan kawan-kawan yang lain kecuali seorang sahaja yang sama daripada dahulu lagi.

    umur aku pun sudah 21 tahun 10 hari. da 10 hari berlalu hari lahir aku. hari lahir ini banyak dapat hadiah. terima kasih sahabat-sahabat. ada sahabat arab pun turut memberi hadiah. seronok. ada juga yang buatkan kek dan makanan. memang sangat sedap. ini kali terakhir aku sambut hari lahir di jordan. lepas ini mungkin tak dapat nak bersama-sama kawan-kawan macam ni lagi.

    dalam seminggu ni juga galaxy aku rosak setelah cubaan untuk meng'upgrade'. lepas tu terus tak boleh berfungsi. terpaksa dihantar ke kedai untuk diformat. habis semua hilang. nombor telefon semua hilang juga kecuali tinggal sedikit yang di 'save' didalam kad sim. yang penting duit aku juga melayang 10 dinar. sedih juga rasa sebab buat masa sekarang 10 dinar tu sangat berharga.

    'housemate' semua dah ada. seronok juga semua da pulang. yang terakhir pulang semalam dari malaysia. nampaknya telah membeli handphone baru. ramai betul kawan-kawan yang dah tukar gadget. aku bila lagi? aku dah ada galaxy ni cukuplah. ingatkan rosak haritu nak beli yang baru, nasib baiklah sudah 'okey'.

    tadi aku solat jumaat atas tangga. kelakar rasanya. nasib baiklah ada tempat nak solat. hujan tadi, sebab tula tak muat masjid tu. muat-muat je tangga tu untuk aku. imam buat qunut nazilah tadi. doakan orang syiria yang sekarang ni teruk kena bunuh dengan presiden mereka. kenapalah tiada hati perut betul presiden mereka ni. sudah beratus-ratus yang meninggal. aku hanya mampu berdoa semoga rakyat syiria dilindungi daripada kekejaman basyar asad. ya Allah bantu mereka.

    selamat hari jumaat lah kawan-kawan semua. manfaat kan baki-baki hari anda.

Wednesday, February 8, 2012

kenapa?

kenapa akhir-akhir ini saya rasa tak senang hati. saya ada buat salah dengan siapa-siapa ke? saya ada buat salah dengan awak ke?

kenapa saya mesti rasa macam ni. ya Allah tolong tenangkan hati saya. saya nak belajar dengan tenang. saya minta maaf kalau saya ada buat salah dengan siapa-siapa. kalau salah yang saya tidak perasan tolonglah beritahu saya. mungkin hanya salah faham.

saya pun tidak tahu sampai bila saya akan rasa macam ini. saya harap rasa ini tidak berterusan supaya saya dapat hidup dengan bahagia dan dapat belajar dengan tenang.

hari ini ada kelas al-quran, insyaAllah akan rasa tenang bila pergi kelas ni. cuma bila duduk dalam bilik berseorangan, perasaan tidak senang hati itu datang. harap perasaan itu tidak datang lagi. saya hanya perlu bersangka baik. mungkin saya yang terlalu banyak berfikir.

Tuesday, February 7, 2012

banyaknya ilmu

    banyak betul ilmu dalam dunia ni, rasa tak sempat nak buat benda lain da. antaranya ialah ilmu agama la.

    saya nak beritahu ni ialah ilmu dalam internet ni banyak sangat. jadi gunalah sebaiknya. macam-macam ada. macam-macam ulama ada. pandai-pandai la pilih dan fikir. lepas tu jangan la dengar satu jenis orang je. dengar dari banyak mulut ulama supaya minda kita lebih terbuka. lepas tu baru menilai. menilai dari segi hujah dan dalil yang disampaikan.

    dalam facebook ni banyak ilmu dalamnya. tak salah pun main facebook. ambil ilmu daripadanya dan maklumat-maklumat yang bermanfaat. banyak page-page ulama dan ilmu yang sangat bermanfaat untuk di 'like'. rajin-rajin la cari page yang ada manfaat dan tak payahlah cari yang tak bermanfaat.

    ilmu yang biasa orang cari ialah dari youtube la. macam-macam ilmu ada. tafsir, hadis, feqah. semua ada. nak tak nak je yang tiggal kat diri kita. tapi banyak juga ilmu yang salah daripada youtube ni. sebab tu perlu dengar dari banyak pihak. jangan taksub pada satu-satu orang je. taksub ni paling teruk apabila orang yang dia dengar tu cakap salah dia tetap membetulkan.

    google la apa-apa maklumat yang anda ingin tahu. biasanya pasti akan ada maklumat tu. jadi guna la sebaiknya.

Monday, February 6, 2012

HARI PERTAMA DI SEM AKHIR

    sangat tak sangka dan alhamdulillah hari ini ialah hari pertama di sem akhir aku berada di universiti yarmouk. rasa sedih dalam gembira apabila memikirkan waktu sesingkat ini aku berada di sini. tidak sempat lagi untuk mengenali rakan-rakan yang belum dikenali.

biasalah hari pertama masih tiada kelas. hanya datang untuk mencari kelas mana yang akan digunakan.







waktu pulang yang pertama di sem akhir..doakan aku berjaya di sem akhir ini.

Saturday, February 4, 2012

HADIAH DARI TEMAN

terima kasih wahai teman
diatas pemberian yang sangat bernilai
sedangkan yang lain melupakan
dan kau terus mengingati

hanya ungkapan terima kasih
yang mampu aku ucapkan
buat teman yang berbudi bersih
pemberian yang tidak mungkin kulupakan

terima kasih awak sebab bagi hadiah pada saya. saya amat hargai pemberian awak. semoga Allah membalas budi baik awak.


MAULID NABI ATAU IKUT SUNNAH

    ramai orang bersemangat menyambut maulid nabi. tapi yang hairannya sunnah nabi tidak pula diikutnya. tak tahu macam mana dia faham dan menyayangi nabi Muhammad SAW. takkan lah hanya sayang pada waktu lahir sahaja.

    12 rabiul awal tarikh kelahiran nabi pun khilaf sahaja. yang lebih tepat ialah 9 rabiul awal. tapi tidak mengapalah. zaman nabi kan masih tiada tahun hijri lagi. disebabkkan itulah banyak perselisihan di situ.

   Sabda Nabi SAW: “ Seseorang itu tidaklah beriman sehingga Aku lebih dicintainya daripada anaknya dan kedua-dua orang tuanya serta manusia seluruhnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    tidak salah pun untuk sambut maulid nabi selagi mana tidak merasakan maulid itu sebahagian daripada ibadah khusus. tapi apa yang selalu kita lihat, orang yang tak pergi sambut maulid je dituduh macam buat dosa je. alhamdulillah apa yang saya nampak sekarang masyarakat sudah banyak berubah dan mulai faham yang mana ibadah khusus dan umum.

    ayuh sahabat semua, jangan la kita mencintai nabi kita hanya bermusim sahaja. selalulah mencintainya. bagaimana? iaitu dengan sentiasa mengamalkan sunnahnya. mereka yang mengikut sunnahnya lah yang menyayanginya. perbanyakkanlah berselawat kepada baginda. Allahumma solli 'ala Muhammad.


Friday, February 3, 2012

akidah itu mudah sangat

    akidah islam hakikatnya sangat mudah untuk difahami oleh semua lapisan masyarakat tidak mengira yang buta huruf mahupun yang cerdik pandai. akidah islam yang berlandaskan al-quran dan as-sunnah yang tidak berbelit-belit dan sangat jelas. maka tidak hairanlah jika nabi SAW dahulu mengajar para perwakilan yang datang kepada baginda beberapa ketika sahaja dan kemudian perwakilan tersebut mampu mengislamkan seluruh kabilahnya. ini disebabkan konsep akidah yang sangat jelas dan tidak memayah-mayahkan.

    kalau kita lihat dalam surah al-Ikhlas pun sudah mampu memberikan gambaran akidah yang cukup jelas. tetapi apa yang menyusahkan kita pada hari ini ialah akidah yang difahami melalui ahli kalam dan falsafah yang mana sangat sukar dan susah untuk difahami.

    kata Dr Yusof al-Qaradawi: "tambahan pula, perbahasan ilmu kalam, sekalipun mendalam dan kepenatan akal untuk memahami dan menguasainya, ia bukannya akidah....lebih daripada itu perbahasan ilmu kalam telah terpengaruh dengan pemikiran yunan dan cara yunan dalam menyelesaikan masalah akidah. justeru, imam-imam salaf mengutuk ilmu mengutuk ilmu kalam dan ahlinya serta berkeras terhadap mereka." (Al-Qaradawi, thaqafah ad-da'iyah, halaman. 92, beirut: muassasah ar-risalat)

    oleh sebab itu, apa yang terjadi di negara kita dakwah kepada akidah ini tidak subur disebabkan kesusahannya. ini disebabkan terlalu banyak berfalsafah daripada menyampaikan akidah yang terkandung daripada al-quran dan al-hadis. jadi bacalah buku-buku akidah yang jelas membimbing jiwa dan akal bukan falsafah yang menyusahkan.

Wednesday, February 1, 2012

HARI JADIKU

    alhamdulillah hari ini umur saya dah masuk 21 tahun. dapat juga merasa umur setua ini. terima kasih Tuhan.

    biasalah bagi saya kalau masuk je umur baru, ada penyakit datang. selsema dan sakit tekak. mungkin itu penghapus dosa yang lama. Alhamdulillah.

    hari-hari birthday macam ni biasalah melayan kawan-kawan di facebook yang wish. seronok bila ada orang wish. terima kasih kawan-kawan yang wish. nanti birthday kamu semua saya wish pula. walaupun tak sampai seratus pun yang wish, cukup lah tu. ada yang special sikit miskol, chat kat tempat lain. haha.

    sedih hari ini sebab call ibu tak dapat. mybe handfone ibu tiada battery or tiada line kat kampung tu. tidak mengapalah, esok boleh telefon.

   bila masuk juga umur baru ni, saya pun tahu lah umur saya semakin tua dan umur pun semakin singkat. sebab tulah digalakkan selalu meminta maaf dan memberi maaf. saya pun nak mohon maaf kat ibubapa saya, adik-beradik, seluruh family saya, sahabat-sahabat yang selalu saya lukai, dan semua yang mengenali saya. maafkan lah saya. semoga dengan maaf anda semua dapat membantu saya disana nanti.

    umur baru macam ni jugalah kita rasa ada azam baru. nak belajar betul-betul. nak baca buku banyak-banyak. nak beramal banyak. nak buat kebaikan. 'rasa nak kawen pun ada' huhu...semoga Allah menguatkan hati saya dan kawan-kawan semua untuk mengejar Rahmat Allah.

    akhir sekali, sentiasalah sabar dan positive dengan sesiapa pun. semoga semua itu dibalas dengan kebaikan.
birtday tahun lepas..hehe..birthday pertama yang saya sambut.
 

KITA HARAPAN SEMUA

KITA HARAPAN SEMUA
"BERFIKIR POSITIF MENTERJEMAHKAN TINDAKAN YANG POSITIF DAN MENBUAHKAN HASIL YANG POSITIF" mohamad sahdan